BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, February 10, 2012

#AmanKampus Johor Bahru - Pekan, Pahang : Ada Mahasiswa Bergaduh Kerana KFC?

YB Adham Bin Baba - ADUN Pasir Panjang
Maaf...

Kami tidak dibekalkan dengan KFC sebaliknya perjalanan Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat dibekalkan dengan nasi bungkus berlaukkan seketul ayam goreng, sayur dan sambal belacan.

Paling menarik perhatian saya ialah menu makan malam mahasiswa Aman Kampus ini terpaksa dimakan dalam bas oleh ketika dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Pekan, Pahang malam tadi.

Semalam saya tidak sempat kemaskini laporan mengenai aktiviti mahasiswa bersama golongan kurang upaya (OKU) di Felda Bukit Besar sebagaimana dijanjikan memandangkan konvoi kami tiba di Universiti Malaysia Pahang pada jam 12.30 tengah malam.

Ketika 'Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat' di Felda Bukit Besar kelmarin, selain dihadiri oleh ADUN Pasir Panjang YB Adham Bin Baba ianya turut dimeriahkan dengan kehadiran golongan peneroka FELDA Bukit Besar banyak perkara menarik yang dapat dirakam oleh lensa kami.

Masyarakat di Felda Bukit Besar yang sporting habis...
Jadi untuk menunaikan janji saya semalam, saya paparkan beberapa keping gambar mahasiswa bersama masyarakat peneroka Felda Bukit Besar :

Mahasiswa/i memperkenalkan diri kepada masyarakat peneroka
Mengaminkan bacaan doa
"Tadah tangan macam ni makcik" - Siswi ini mengajak golongan kurang upaya mengaminkan doa
"Rasa sayang hey... rasa sayang sayang hey..." - siswi Aman Kampus menyanyi bersama golongan kurang upaya
Ceria - itulah raut wajah anak peneroka Felda yang kurang upaya bila didukung oleh siswi Aman Kampus
Apa agaknya yang dibisikkan oleh siswi ini?

"Alamak ada orang ambik gambar kita" 
Mohd Shahar Presiden sambil diperhatikan oleh YB Adham Bin Baba.
"Aman Kampus Bagus...." - YB Adham Bin Baba bersama golongan kurang upaya Felda Bkt. Besar
Selain bersama golongan kurang upaya kumpulan mahasiswa Kembara Aman Kampus semalam turut bersama dengan pelajar sekolah Tingkatan 5 SMK Sultan Alauddin yang mana sessi 'Ikon Mahasiswa' dijalankan serentak memandangkan kumpulan kembara Aman Kampus ini dipecahkan kepada dua kumpulan.

Sekitar foto 'Ikon Mahasiswa' di SMK Sultan Alauddin :


YDP MPP UTHM - Hafiz Ariffin 

Siapa mahasiswa yang bergelar DS...?

Apa yang diceritakan beliau sehingga pelajar tingkatan 5 SMK Sultan Alauddin terlopong...?

Nanti-nantilah kita cerita...

Baca juga laporan dari sudut berbeza di blog dan portal rasmi Kembara Aman Kampus :

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...