Di sini saya ingin kongsikan satu perkara yang membezakan Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa untuk meraih publisiti media. Pro Aspirasi tidak perlu menipu rakyat Malaysia bahawa ada mangsa yang kononnya Nazak untuk mendaptkan publisiti.
Tidak perlukan keganasan dan menghuru harakan keamanan sejagat yang mana melibatkan pihak Polis. Jika pihak sebelah sana menggelarkan POLIS dengan gelaran yang bukan-bukan contohnya 'Anjing UMNO' tetapi dipihak Aspirasi kita menghargai jasa Pihak POLIS yang selama ini menjadi tunjang kepada keselamatan kami menjalankan sisi jelajah Aman Kampus ini.
Hanya 2 jam sahaja masa untuk kami berehat. Sebaik sahaja selesai Program Aman Kampus di Perlis, Kami telah bergegas dari Perlis untuk ke Kuala Lumpur. Kami telah bertolak dari Perlis jam 2 petang dan selamat tiba di UTM KL jam 10 malam tadi.
Perjalanan yang mengambil masa 8 jam dengan berbekalkan rehat 2 jam sahaja merupakan pengorbanan seluruh anggota Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat dalam misi mendekati masyarakat Malaysia di Semenanjung ini.
SISWA PRIHATIN : masyarakat dan mahasiswa sedang memask DODOL
SISWA PRIHATIN
Program Siswa Prihatin ialah satu program yang berunsurkan prihatinnya mahasiswa kepada masyarakat setempat. Selain itu juga, program ini di anjurkan untuk mengerat hubungan silaturrahim di antara kedua belah pihak. Perkara yang dilakukan oleh mahasiswa ialah seperti kenduri sekampung, membersihkan sekitar kampung, surau dan lain-lain lagi.
Tujuan program ini ialah untuk memupuk semangat muhibah di antara mahasiswa dan penduduk kampung supaya penduduk kampung yakin dengan kebolehan mahasiswa untuk memimpin negara suatu masa nanti. Program ini dijalankan selama 2 jam setengah untuk membolehkan mahasiswa beramah mesra sambil memberi bantuan kepada penduduk setempat.
SISWA CERGAS
Program siswa cergas ini adalah salah satu aktiviti untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat umum dan juga belia mengamalkan gaya hidup yang sihat.Aktiviti senamerobik dan juga permainan bola sepak dan bola jaring akan diadakan bagi mengeratkan hubungan diantara mahasiswa dan juga NGO yang terlibat dengan masyarakat setempat
Sdr. Shahar Presiden Aspirasi, Sdr. Syed Presiden Alumni UNIMAP dan Sdr. Izuan YDP MPP USM sedang membuat lintasan langsung di MHI |
peserta sedang memanaskan badan untuk aktiviti kayak
sebahagian peserta Aman Kampus yang memberi sokongan
pengacara MHI
Shahar jatuh..1 Malaysia tengok beb!!! |
Dari kiri, Nurul Shuhada, M. Zul, Ally Iskandar dan Shahar yang baru sahaja salin baju selepas basah lenjun |
YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim (ADUN Tambun Tulang) sedang beramah mesra dengan masyarakat |
BACA SELANJUTNYA [KLIK SINI]
No comments:
Post a Comment