BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, February 18, 2012

Setuju Dengan @MahasiswaMsia SMM Kembara #AmanKampus Tak Berkesan


Tidak sempat mengemaskini laporan mengenai Kembara Aman Kampus semalam kerana kesuntukkan masa. Kini Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat telah tiba di Selangor yang merupakan lokasi terakhir dalam siri jelajah mereka.

Masuk hari ke-13 Kembara Aman Kampus kumpulan minoriti mahasiswa yang kini semakin ditolak oleh kelompok mahasiswa rasional mula gelisah dan resah sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan di sebuah portal pro pembangkang.

Dalam kenyataannya kumpulan SMM mendakwa kembara yang diadakan oleh Aspirasi tidak menggugat serta tidak beri kesan kepada mereka, malah mereka juga tidak terancam dengan gerakan ini.

Saya sangat setuju dengan Pengerusi SMM yang bernama Syukri Abd Razab bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah yang diberhentikan kerana pencapaian akademiknya kurang memuaskan sebelum beliau diterima belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Memang benar gerakan yang dilakukan Aspirasi tidak berjaya beri kesan dan impak kepada SMM serta mahasiswa pro pembangkang, sebaliknya gerakan yang dilakukan oleh Aspirasi telah memberi kesan mendalam kepada masyarakat di setiap negeri.

Kenapa saya katakan jelajah Aman Kampus beri kesan kepada masyarakat?

Ianya beri kesan kepada masyarakat kerana...

Mahasiswa Kembara Aman Kampus bergotong-royong secara sukarela mengecat pagar di sebuah tanah perkuburan....


Tetapi mahasiswa SMM lebih suka panjat pagar sebuah Universiti ketika orang sibuk menyambut tahun baru...


Kembara Aman Kampus memang tak berkesan kepada SMM tetapi berkesan kepada masyarakat kerana...

Mahasiswa SMM lebih suka dampingi golongan tua yang berjawatan dalam parti politik yang memang memberi kesan kepada perjuangan mereka....

Mahasiswa SMM lebih suka dekati orang tua yang berjawatan dalam parti politik

Tetapi mahasiswa Kembara Aman Kampus mendekati golongan tua yang disisihkan saudara sendiri bagi menggembirakan hati warga tua yang kesunyian...


Mahasiswa Kembara Aman Kampus memang tidak memberi kesan kepada SMM tetapi beri kesan kepada masyarakat kerana...

Mereka mendekati golongan pelajar sekolah dan memberi mereka motivasi serta nasihat-nasihat berguna dengan harapan pelajar-pelajar ini juga mengikuti jejak langkah mereka untuk belajar di menara gading...


Tapi mahasiswa SMM jika mereka ada adik kecil yang masih bersekolah sekalipun, mungkin motivasi untuk membenci kerajaan yang akan mereka suntik kepada adik-adik seperti bapak budak ni...


Akhir sekali mahasiswa Kembara Aman Kampus berjaya beri kesan kepada masyarakat kerana mereka dekati golongan cacat serta mereka yang kurang upaya bagi menggembirakan hati mereka...





Tetapi mahasiswa SMM bertindak mencacatkan diri sendiri untuk memperlihatkan kepada masyarakat kononnya dirinya tidak berupaya...


Hahaha...

Kalau tidak beri kesan kenapa kamu buat kenyataan media terhadap Kembara Aman Kampus anjuran Mahasiswa Aspirasi..?

Moron...!

2 comments:

Anonymous said...

Kahkahkah... simple tp padat

Anonymous said...

Kesian nak dapatkan simpati terpaksa rembat wheelchair sedara dia. Dgr kabar sampai mengamok tuan punya wheelchair. hihihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...