NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, February 22, 2012

PapaGomo Cuba Lempar Taik Lembu Ke Muka VC #UiTM @datosahol - Apa Motifnya?


Blogger 'Ikon' bagi sesetengah pemimpin UMNO semalam telah mendedahkan surat dari BPR berkaitan dengan VC UiTM Dato Sahol kononnnya mereka mahu satu siasatan lanjut diadakan. Mungkin mereka tidak yakin dengan siasatan yang dilakukan oleh BPR pada tahun 2007.

Sebelum saya pergi lebih jauh, ingin saya tegaskan di sini hubungan saya dengan blogger 'ikon' bernama PapaGomo OK! Kami tiada masalah!

Semalam beberapa blog telah 'memanaskan' kembali isu Dato Sahol VC UiTM yang dikatakan telah menyalahgunakan kuasa beliau dalam pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu.

Bahasa mudahnya, mereka ini menjadi penyambung lidah pembangkang, mereka cuba 'Menakuk di Kepala Takuk' dalam kes ini.

Modus operandi yang digunakan oleh blogger ini tetap sama, lebih kurang jam 10.00 pagi arahan kepada blogger pencacainya akan diberikan dan mereka akan memainkan isu ini serentak.

Matlamat mereka hanya satu 'panggilan emas' dari Dato Sahol atau pun Dato Sahol disingkirkan dan digantikan dengan seorang Professor gila yang kononnya dirinya adalah pakar propaganda. Siapa professor gila yang saya maksudkan?

Nanti saya dedahkan nama professor gila ini...

Sebelum kita pergi jauh, kita perlu meneliti terlebih dahulu surat yang dikeluarkan oleh blogger 'POLONG TIDAK BERTUAN' ini dalam usahanya memastikan seorang Professor gila menggantikan tempat Dato Sahol.

[KLIK IMEJ]
[KLIK IMEJ]

[KLIK IMEJ]
[KLIK IMEJ]


Sisatan BPR pada tahun 2007 mendapati tiada kesalahan yang dilakukan oleh Dato Sahol, malah setiap pegawai-pegawai yang ditemuduga telah mengesahkan bahawa tiada salahguna kuasa dilakukan oleh Dato Sahol.

Selain itu PapaGomo tidak 'highlight' bahawa Dato Sahol tidak isytihar bahawa dua nama yang tersenarai merupakan anak beliau. Ini bermakna anak-anak Dato Sahol memohon biasiswa ini mengikut prosedur biasa yang dilalui oleh anak-anak orang lain.

Jadi di sini pegawai temuduga langsung tidak mengetahui tentang anak Dato Sahol, malah Dato Sahol sendiri pun tidak terlibat sama sekali dalam pemilihan calon untuk biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu sebagaimana dinyatakan dalam surat yang dipaparkan.

Tiada unsur salahguna kuasa membabitkan Dato Sahol oleh BPR tetapi kenapa PapaGomo berserta 'anjing' belaannya begitu beria-ia sekali  mendedahkan surat ini?

Adakah menjadi satu kesalahan jika anak-anak Dato Sahol yang cemerlang dalam akademiknya memperolehi biasiswa ini?

Besarkah dosa anak-anak Dato Sahol yang mana bapanya bertungkus-lumus menjaga nasib beratus-ribu anak-anak Melayu UiTM dibandingkan dengan dosa seorang menteri yang dikaitkan dengan skandal lembu yang cuba ditutup oleh PapaGomo?

Mungin PapaGomo ingin melihat Dato Sahol dipaksa letak jawatan sebagaimana nasib yang menimpa nasib seorang armada tinggi tentera laut yang mana dipaksa meletak jawatan gara-gara kebodohan PapaGomo mendedahkan video rakaman dalam kapal selam Scorpene?

Kisah ini juga akan diceritakan nanti...

Dengan menyambung lidah pembangkang bolehkah saya gelarkan blogger bernama PapaGomo ini sebagai 'TROJAN HORSE' yang beliau labelkan kepada Anuar Mohd Nor?

Sudahlah gagal menyahut cabaran Anuar Mohd Nor supaya bersumpah serta dedahkan RAW Video di Carcosa Seri Negara, kini blogger pujaan sesetengah pemimpin UMNO yang hidupnya disara sebuah agensi kerajaan ini cuba menjatuhkan manusia yang begitu banyak jasanya kepada anak-anak Melayu?

Banyak lagi kebodohan PapaGomo akan saya dedahkan selepas ini. Akhir sekali nak tegaskan lagi sekali, saya dengan PapaGomo OK!

Pssst... kedudukan aku sekarang 'NOTHING TO LOOSE'!

YY : Nanti tunggu kes NFC yang cuba ditutup oleh PapaGomo serta kes sebuah agensi kerajaan tabur duit rakyat buat konvesyen yang tak berguna! - Gua nak tengok macam mana lu nak tutup taik lembu NFC!

18 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Panglima Harimau said...

Bro,kalau lu tak puas hati dengan post PapaGomo,lu lawan balik post dia.
Bukan sentuh hal peribadi dia yang lain sampai lu nak kata Gomo disara dan sebagainya.
Sebelum cakap orang disara,apa kata kita tengok diri kita dulu.

NSK said...

Menulis nie bukan dedah ape saje demi kejar populariti dan ranking...

Apa yg paling utama adalah kreadibiliti fakta & kesahihan yg tak menimbulkan aib.

Apa nak jadi kalu dah jdkan medan yg ada tuk jatuhkan org2 tertentu, malahan org itu begitu akrab dan sinonim dlm mempertahankan nasib anak2 melayu.

Hal2 yg PG bangkitkan itu adalah satu rahsia... kalu ia pun nak betulkan keadaan harus hal itu diselesaikan secara dlman oleh pihak kementerian..

YY saya tau agensi yg duk taja sesetengah blogger kita. Malangnya agensi ini juga ditadbir urus oleh seorg menteri yg boleh dikatakan liabiliti pada kerajaan... tak percaya tanyalah org2 kementerian dia...

Jeepers Creepers said...

gua x paham sepatah harampun isu ni so gua malas nak masuk campur hahaha.

Anonymous said...

I hv a feeling tht these ppl who r against dato sahol due to their jealousy towards this vc of uitm actually paid bloggers to write bad abt him. Im not surprised at all, in fact i know who some of them are. This one guy has a thick moustache, yeahh, this guy is a killer, he hates dato sahol to the max, and trust me, he is willing to do everything to destroy dato sahol. Dia dah bosan duk rumah la ni. Dah kontrak tak sambung, bukan salah dato sahol pun. Then the other guy is known for his madness, im not talking about metaphorically mad but seriously mad, he doesnt have it all up there in his head, got a few screws missing from his brain, this other guy is an old guy, old as a dinosour if u wanna ask me, he likes to create stories, another guy iwas working in india but this snake does come bk from to time just wishfull thinking to become the vc of uitm one day. Another is a woman who likes to tell lies, when shevwas serving as a director in one of the centres, everyday she couldnt stop bad mouthing dato sahol, she even went to the extend on making such huge FITNAH. Eeeish such evil ppl. I really hope dato sahol would take them to court! And if vc of uitm need a witness to testify on a few things to put these snakes to jail then i volunteer!

Anonymous said...

Siapa yg dibayar tu untuk tulis buruk psl prof sahol? Kalau ya, jahatnya! Tak selamatla ko di dunia dan akhirat.

Malay Delima said...

Terbaik la bro, bro punya artikel ni mmg power la hentam papa gomo dan "pencacai2" dan "anjing2" belan dia...apa pun mmg terbaik.

Anonymous said...

double y dibayar oleh siapa untuk menjatuhkan papa gomo.?anda sebenarnya tak faham pun apa yg gomo tulis. so tak perlulah anda ulas kerana anda yg tak faham bahasa sebenarnya

Anonymous said...

Dato Sahol tak declare dua2 anak perempuan dia tu kepada komitee kiranya bagus lah tu. Sebab tu bila disiasat, tak sorang pun kata mereka di suruh oleh Dato Sahol untuk beri biasiswa tu pada anak dia. Lain lah kalau Dato Sahol ada masuk campur dalam hal ini. Anak-anak dia semua ikut proper channel. Kalau dah memang layak, ikut prosedur, apa salahnya kalau anak dia dapat pun. Kenapa lah pasal ini pun nak dengki. Bila lah kita nak maju kalau macam ni la perangai orang kita yang suka mengaibkan orang. Sah ada orang yg tak puas hati dengan Dato Sahol disebabkan oleh agenda tertentu. Tak de kes lah hal berkenaan Dato Sahol ini. Kenapa perlu di perbesarkan macam ni? Tak dok benda pung. Banyak sumbangan Dato Sahol ni kepada mereka yang memerlukan. Kenapa tak Nampak semua tu? Yang dia tolong orang lain tu banyak! Ni pasal kes anak dia mohon biasiswa pun menjadi masalah, apa salahnya kalau mereka nak mohon pun? Kenapa tak boleh? Kenapa la orang kita suka dengki.

Malay Delima said...

Bro anon 1035 jgn la cakap cam tu kat yy. Bro yy ni dah lama kenal dgn papa gomo takan la tak faham lg apa yg gomo tuliskan tu..bro yy ni tak di bayar oleh sesiapa pon bro 1035..klau bro yy ni tak faham gomo takan dia dia boleh buat artikel cam ni betul tak?

Anonymous said...

Nak settlekan masalah ni senang aje. Buat sesi angkat sumpah di Masjid kat UiTM. Bawak Datuk Sahol,Ibrahim Abu Shah dan sesiapa lagi, dan suruh angkat sumpah ni: "Demi Allah sepanjang saya berkhidmat di UiTM saya tidak pernah menzalimi orang lain dan tidak pernah salahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi, keluarga, saudaramara, sahabat handai dan sekiranya saya berbohong, saya rela agar saya dilaknat Allah di dunia dan akhirat"

Anonymous said...

setuju pasal buat sesi angkat sumpah. aku rasa dato sahol sanggup, tapi org yg lain tu mungkin x berani sb tahu akan di panah petir kalau menipu dalam sumpah. hahaha

AmenoWorld said...

Tumpang baca je le aku tak faham isu pun dalam hal neh

Anonymous said...

Sebelum lu org sibuk angkat sumpah, betulkan solat 5 waktu dulu. mcm sial je mentaliti, sikit2 sumpah, bangkit subuh jgn harap

Anonymous said...

Cam mana lu tau org tu sembahyang je x?

Anonymous said...

Sy cadangkan agar double y guna bahasa yg lebih berhemah dan tidak lucah serta kasar. Dgn ini, maklumat yg d tulis lebih menampakkan integritinya. Malu kalau kota noe mencaci atau guna bahasa kasar. Nanti maklumat yg kita brkan org pn x percaya.

Mata Hati Jiwa said...

cubalah sedara2 buang sikap ego tu..xkemana dgn ego yg ada.. tegur bkn marah, mencaci bkn teguran...

Mata Hati Jiwa said...

tidak kemana dengan ego sedara2..k. tegur bkn marah, mencaci bukan teguran..kembalilah kepada perjuangan asal..jgn lupa diri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...