BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, February 2, 2012

3 Jam Bersama Menteri Besar Ahmad Said - Hampir Tiada Isu Besar di Ganu Kiter!


Humble!

Itulah perkataan yang mampu saya ucapkan bila saya bersama beberapa rakan blogger berkesempatan mengunjungi negeri Terengganu untuk majlis makan makan dan sessi borak santai bloggers bersama MB Terengganu DS Ahmad Said dan pemimpin negeri Terengganu.


Sebelum ini saya sering melihat beliau dalam perdebatan sidang dewan negeri, yang mana sekali pandang gaya lagak MB Terengganu ini tidak ubah seperti 'samseng' dalam filem-filem lama Melayu.

Namun bila berhadapan dan berpeluang berbicara dengan tuan empunya badan persepsi saya terhadap DS Ahmad Said mula berubah.

Saya agak kagum bila beliau menceritakan kisah perjalanan karier politik beliau yang bermula sekitar usianya 20-an.


Melalui ceritanya saya dapat membayangkan kedudukan yang beliau sandang ketika ini merupakan hasil kerja kuat yang bermula dari bawah. Tidak hairanlah jika beliau begitu memahami kehendak rakyat Terengganu dari segenap lapisan masyarakat.

Dalam sessi borak tersebut, pelbagai soalan diajukan terutama sekali soalan-soalan berkaitan dengan  keupayaan dan persiapan UMNO Negeri Terengganu dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Dalam penjelasan yang panjang lebar boleh dikatakan hampir tiada isu besar yang dapat dibangkitkan oleh pembangkang di negeri tersebut.

Sepanjang pentadbiran beliau, banyak pembaharuan dibuat dari segi pendidikan serta meningkatkan taraf hidup rakyat Terengganu.

Memandangkan pengundi muda merupakan aspek serta penentu kemenangan dalam PRU yang akan datang Ahmad Said selaku MB memaklumkan banyak program melibatkan golongan muda dibuat di negeri tersebut.

Aktiviti yang menjadi kegilaan golongan muda seperti futsal, berlumba, berbasikal fixie dan banyak lagi dijadikan program utama di setiap bahagian dalam memastikan golongan muda terus didekati oleh UMNO/BN negeri tersebut.

Golongan mahasiswa di Terengganu juga didekati dan diberi pelbagai kemudahan serta peruntukkan yang mana ketika menjawab soalan saya beliau memaklumkan baru sahaja selesai menjalankan program dengan golongan mahasiswa di negeri itu.

Peruntukkan sebanyak RM17 juta juga diberikan oleh kerajaan negeri dalam membangunkan kemudahan bagi IPT yang wujud di negeri itu.

Disebabkan sebelum ini heboh kes di mana Ahmad Said difitnah oleh blogger pembangkang yang mana beliau bertindak menyaman blogger terbabit,blogger 1Peluru ambil kesempatan bertanyakan soalan tersebut kepada Ahmad Said.

Dan jawapan yang diberikan membuatkan saya 'angkat topi' kerana walaupun blogger tersebut telah memohon maaf serta menarik artikel Ahmad Said tegas berkata individu yang terlibat memfitnah dirinya perlu selesaikan dengan peguam yang dilantik.
"Mintak maaf sekalipung kes telah berjalang, jawablah dengan peguam saye", katanya.
Melihat jam lebih 1.00 pagi saya terpaksa 'memotong' percakapan beliau dengan meminta izin untuk menjamah hidangan yang disediakan.

Disebabkan beliau tidak 'surrender' terpaksalah kami 'surrender' memandangkan kami para bloggers yang penat. Tetapi beliau dilihat agak 'steady' malah tidak kisah jika perbualan tersebut dilanjutkan sehingga jam 5.00 pagi.

Nampaknya negeri-negeri lain wajar mengikuti langkah Menteri Besar DS Ahmad Said dan UMNO Negeri Terengganu dalam mengiktiraf peranan bloggers dan pengamal media baru.

Sepanjang pengalaman saya berblog hanya MB Perak DS Dr. Zambry Abd Kadir dan MB Terengganu DS Ahmad Said dilihat lebih ke depan dalam menghargai dan mengiktiraf peranan para bloggers.

Negeri-negeri lain bagaimana...?

Terima kasih juga kepada Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Shabery Chik yang 'cilok' kami di tengah perjalanan pulang semata-mata mahu kami merasai keenakkan satar dari Kemaman!


Tuala bersulam cenderahati dari YB Ahmad Razif
Sekali lagi ucapan Terima kasih dan sekalung tahniah kepada DS Ahmad Said, Datuk Wan Hisham, YB Ahmad Rafiz dan UMNO Negeri Terengganu. Dari kami Unit Media Baru (UMB)... 


YY : Din Ninja Turtle timo kaseh boh... walaupun bas tinggalkan YY - Din Ninja Tutrle punya pasal YY tutup matalah! hehehehe!

6 comments:

dinturtle said...

terimakasih boh ....

Anonymous said...

Good story bro. semoga BN kekal memerintah Ganung. kiter mmg suke dgn cara Ahmad Said tadbir Ganu.

Aku Peduli Apa @ APA said...

Terbaik bro Yus,
Sape yg berani tinggalkan DY...gua kasi pancit tayar dia.Ha ha ha

Anonymous said...

Felda Terengganu nak kena jual, Ahmad Said. Pandai-pandailah dari Wan Mokhtar.

Brader Jai said...

tolong edit artikel ini.brader jai pun kene tinggal!selamat ade YY!kah kah kah

Anonymous said...

Said dgn Jusoh dh berbaik ke. Jgn dok baloh lamo sbb dok rok cetong tgk dua ni baloh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...