NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, February 2, 2012

Kepala Babi dan Angpau Babi...


Pagi tadi kita digemparkan dengan penemuan anak babi yang dikerat-kerat dan diletakkan di hadapan masjid Al-Hidayah, Sentul.

Dua hari lepas juga kes yang sama dilaporkan di Masjid Nurul Iman Bt.18, Rawang.

Bukan mahu menuduh, tetapi perkara mencabar sensiviti umat Islam ini semakin menjadi-jadi bila DAP menang dan dapat sedikit kuasa.

Lebih-lebih lagi apabila parti Islam PAS sendiri bagaikan 'menghalalkan' babi semata-mata demi meraih undi dari kaum cina.


Melihat dua keping foto sudah cukup untuk menggambarkan betapa terdesaknya PAS dalam meraih sokongan masyarakat bukan Islam, kerana mereka tahu bahawa masyarakat Islam mula jauh hati dalam menyokong perjuangan mereka yang dilihat semakin liberal.

Ditambah dengan serangan betubi-tubi dari Hasan Ali semakin membuatkan PAS semakin tertekan kerana mereka pada awalnya sama sekali tidak menyangka bahawa Hasan Ali akan tampil memerangi mereka secara habis-habisan.

Undi Islam semakin jauh terpaksalah mereka meredah ke pasar-pasar babi bersalaman dengan penjual daging babi walaupun mereka tahu bahawa babi dikategorikan sebagai najis berat dalam ajaran Islam.


Kenapa mereka tidak menunggu para penjual daging babi ini selesai urusan perniagaan mereka, lalu kumpulkan mereka di satu tempat dan dari situ agihlah angpau sebanyak mana mereka mahu?

Mungkin semua ini dilakukan atas arahan pihak tertentu, yang mahukan PAS dilihat sentiasa bersikap terbuka. Sebab itu wartawan Malaysiakini difahamkan turut serta dalam 'ekspidisi' jelajah pasar babi oleh PAS?

Nampaknya sepanjang 6 tahun berkawan dengan DAP, bukan DAP semakin memahami Islam. Sebaliknya PAS semakin hari semakin terbuka minda mereka untuk menerima apa sahaja saranan DAP.

Maka tidak hairanlah bila pasar babi dijadikan medan untuk mengagihkan angpau Tahun Baru Cina.

6 tahun hubungan PAS bersama DAP apa yang kita masyarakat Islam dapat hari ini?

Kita hanya dapat melihat kesucian agama kita diperkotak-katikkan oleh mereka hanya untuk mendapatkan undi bukan Islam...

Imbas balik artikel : 6 tahun berkawan dengan PAS - DAP masih tak faham Islam [KLIK]

5 comments:

Horas! said...

Aku setuju bro. Nampaknya DAP yg berjaya tarbiyah PAS..bukan sebaliknya. Hasilnya skrg tengok la..dgn babi pun puak yang mengaku Islam dari org Islam yg lain ni sanggup bergelumang.

Anonymous said...

umno = babi

X-PAS said...

DAP tak penah nk faham Islam. nampak gaya PAS terpaksa bersikap terbuka terima apa saja ajaran agama lain walaupun perkara haram.

demi undi babi pun silap hari bulan PAS mkn!

Bukan Senang Diperdaya said...

risau dgn org yang masih fanatik dekat parti yang da jadi seperti lembu dicucuk idung nie...ngikut ajer....halal & haram pun da tak kira.. Nauzubillah...

Anonymous said...

Sebagai orang islam saya terpanggil nak komen pada dua insan muslim ni...apakah tiada cara untuk mendapati simpati kepada kaum cina dan terpaksa meredah dipasar dipenuhi daging dan darah babi itu? semata mata untuk memenangi PRU 13 ini....Jika ini lah perlakuan mereka sebenarnya dapatlah diandaikan bahawa moral mereka serendah martabat binatang itu...pendek kata apa jua juak-juak ini buat aalah diharuskan oleh pemimpin mereka. Babi pun babi lah......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...