BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, February 9, 2012

[FOTO] : "Jangan Balik" - Kata-Kata Penghuni Rumah Kenangan Cheng Kepada Mahasiswa #AmanKampus


Tidak sempurna rasanya jika saya tidak kongsikan sebanyak mungkin gambar peserta Kembara Aman Kampus bersama golongan warga emas penghuni Rumah Kenangan Cheng di Melaka pagi tadi.

Penghuni di rumah Kenangan Cheng ini cukup gembira malah menganggap mahasiswa yang melawat mereka di rumah tersebut ibarat anak mereka sendiri. Maklumlah tidak ramai yang melawat mereka termasuklah keluarga mereka sendiri, jadi kesudian mahasiswa Aman Kampus telah berjaya mengembirakan hati golongan warga emas ini.


Paling menyayat hati adalah disaat peserta ini ingin pulang, di mana ada di kalangan warga emas ini tidak sanggup melepaskan mereka pergi kerana ingin mahasiswa Aman Kampus terus menemaninya kerana hidup mereka terlalu sunyi. Kami yang membuat liputan turut tersentuh bila melihat tingkah-laku yang ditunjukkan warga emas ini.

Jadi saya kongsikan beberapa keping gambar lagi untuk tatapan para anak muda di luar sana, banyak lagi perkara-perkara yang lebih berfaedah boleh dilakukan daripada mencetuskan huru-hara di malam tahun baru.







"InsyaAllah kami datang lagi" - mahasiswa Aman Kampus memeluk warga emas  penghuni Rumah Kenangan Cheng

Penghuni Rumah Kenangan Cheng tidak mahu peserta Aman Kampus pulang.
"Kami pulang dulu uncle" - mahasiswa Aman Kampus bersalam dengan warga emas berbangsa cina sebelum pulang

Baca juga liputan khas di beberapa blog& portal :


YY : Mana lebih bermanfaat , panjat pagar atau mengembirakan hati orang tua?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...