Menjelang pemilihan UMNO yang ditunggu-tunggu lebih 150,000 ahli perwakilan, kita dapat melihat semakin ramai pemimpin yang tampil menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan tertinggi dalam parti.
Bukan sahaja pemimpin yang memenangi kerusi parlimen dalam PRU13 tempoh hari malah pemimpin yang tewas di kerusi parlimen semasa PRU13 iaitu Datuk Puad Zakarshi turut serta menawarkan diri bagi mempertahankan jawatan MT.
Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang khabar atau pengumuman dibuat oleh Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan. Ini menimbulkan sedikit persoalan kepada para pemerhati politik kerana ketika pemilihan UMNO 2008, pada awalnya Datuk Nur Jazlan menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua parti iaitu Timbalan Presiden sebelum menarik diri.
Walaupun dipandang sinis keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua adalah kerana beliau berhasrat membawa pembaharuan dan menjadi suara orang muda di peringkat tertinggi parti. Tetapi hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana tiada pencalonan daripada bahagian-bahagian.
Dalam pemilihan UMNO 2008 pemimpin yang berhasrat bertanding jawatan tertinggi parti perlu mendapatkan jumlah kouta tertentu untuk bertanding sesuatu jawatan. Sistem kouta telah mengagalkan hasrat Datuk Nur Jazlan untuk membawa pembaharuan sekaligus mewakili aspirasi orang muda di peringkat tertinggi parti.
Setelah perlembagaan parti dipinda, jika ditanya pemerhati politik nama Nur Jazlan antara pemimpin yang disebut bakal menawarkan diri bagi merebut jawatan tertinggi parti menjelang pemilihan 2013, tetapi sehingga hari ini tiada sebarang pengumuman dibuat beliau. Adakah Datuk Nur Jazlan masih 'trauma' dengan pengalaman tahun 2008?
Kejayaan mempertahankan parlimen yang diwakilinya adalah bukti beliau merupakan pemimpin yang masih diterima oleh rakyat, terutama rakyat di sekitar parlimen Pulai. Tindakan Datuk Nur Jazlan sedikit sebanyak menimbulkan tanda-tanya, kenapa pemimpin yang diterima rakyat di parlimen seperti Nur Jazlan tidak mahu merebut jawatan tertinggi parti...?
Jika Isa Samad yang pernah terlibat politik wang masih tidak segan silu menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden, Puad Zakarshi yang tewas PRU13 tempoh hari masih mahu mempertahankan MT.
Datuk Nur Jazlan sewajarnya menawarkan diri bagi merebut sekurang-kurangnya ahli MT UMNO ini kerana telah berjaya mempertahankan Parlimen Pulai dengan majoriti lebih 3,000 walaupun berdepan dengan calon 'heavyweight' dari PAS iaitu Salehuddin Ayub semasa kempen PRU13 tempoh hari.
Hello!
Datuk Nur Jazlan, mahu beri ruang kepada orang muda atau Datuk sudah tidak berminat lagi dengan jawatan tertinggi dalam parti...?