BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, August 15, 2013

Nazri, Nedim, Pegawai Khas Tidak Bergaji & Jawapan Menteri...


Kronisme...?

Nepotisme...?

Nazrisme...?

Walaupun UMNO hanya memiliki 88 kerusi, para pemimpinnya masih lagi berada dalam keadaan selesa, tidak berubah malah terus berlagak dengan kedudukan yang dimiliki. Nazri Aziz antara pemimpin UMNO yang sering dilanda pelbagai kontroversi berhubung tindak-tanduk anaknya Nedim sebelum ini.

Ternyata Nazri Aziz tidak belajar dari sejarah kejatuhan pemimpin di negara arab, sebelum kejatuhan Presiden Mesir Hosni Mubarak, isu yang melibatkan anaknya iaitu Gamal Al Din Mohammed Hosni Sayed Mubarak menjadi perbualan kerana kekayaan dan pengaruh yang dimiliki beliau.

Akhbar Egyptian Daily, Al Ahram melaporkan satu senarai panjang akaun bank yang didakwa dimiliki oleh Gamal. Al Ahram melaporkan Ketua Pendakwaraya Mesir menerima laporan mengenai sejumlah wang luar biasa yang telah didepositkan ke dalam akaun-akaun tersebut yang diyakini milik anak lelaki Hosni Mubarak.

Maklumat dan cerita mengenai kekayaan yang dimiliki oleh Gamal Hosni Mubarak dengan menggunakan pengaruh bapanya terus tersebar dan telah menimbulkan kemarahan serta rasa benci rakyat kepada kerajaan yang akhirnya menyaksikan tumbangnya kerajaan Hosni Mubarak.

Itu satu contoh pemimpin jatuh disebabkan kebencian rakyat terhadap anak mereka, mungkin kejatuhan pemimpin negara arab belum cukup untuk membuka mata pemimpin UMNO.

Jadi tidak hairanlah Nazri Aziz melantik anaknya sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelancongan, walhal tindakan tersebut bukan sahaja memperlihatkan wujudnya amalan nepostisme di kalangan pemimpin UMNO, malah ia mampu membangkitkan perasaan benci rakyat terutama anak muda kepada mereka.

Tidak cukup perbuatan nepotisme dengan mengutamakan anak-beranak, jawapan dan lagak sombong Nazri Aziz menjawab isu berbangkit juga sedikit sebanyak menyumbang kepada penolakkan anak muda terhadap UMNO.

Teliti jawapan Nazri Aziz :
` my son does not even get paid by the Government..in fact I could even rename him my office boy..no problem..an office boy who drives a Ferrari '..Nazri Aziz said jokingly..commenting on his son's appointment as his Special Officer in his Ministry...
Itu jawapan seorang Menteri...

Dulu apa jawapan Nazri Aziz membabitkan kontroversi hubungan anaknya dengan Michael Chia?

Teliti transkrip di bawah :
Are you concerned that your son and his family are being followed? 
I'm a rich man, I'm powerful, good looking. (reporters giggle) Wealthy. So what can I do? My son ask, 'Pa, is it...' I say, 'Look, you are my son.' 
Will you lodge a police on your son being followed?  
Why should I? It doesn't bother me. I'm popular, I have a film star punya status here you know? Celebrity. Bukan film star local, Hollywood punya (laughs). No, but there is nothing I can do, (if) they want to follow.
Cayalah pak menteri!

Jika beginilah perangai pemimpin UMNO, jangan mimpilah parti keramat orang Melayu ini akan terus dihormati oleh anak-anak muda di masa akan datang.

Meneliti rekod Nazri Aziz sepanjang memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini, timbul satu persoalan - atas dasar apakah Nazri Aziz diberi kepercayaan oleh DS Najib Razak  menerajui Kementerian Pelancongan?

Ada sesiapa boleh jawab...?

7 comments:

Anonymous said...

Atas dasar main sondol kot. Nazri kalo suruh sondol dia sondol je sapa yg bos dia suruh. Hahahaha mcm dia sondol mahathir ketika PAKLAH jd PM.

Anonymous said...

Kami selesa datuk di kementerian pelancongan..korang xbkerja bawah dia..korang mne tau..stakat nk cr ksalahan org je..dia bgus ape..pkerja sntiasa djamu dgn majlis agama..bukAn mcm zaman ng yen yen..zaman tari mnari..pk2 kan ye

QalamQabut said...

Anon, August 15, 2013 at 7:49 AM,

Ini macam kes N.Ajis di Kelantan le kot...

N.Ajis pandai membuai pengikutnya. Nazeri pun pandai membuai pengikutnya, dan jugak mengampu bos. Itu ciri2 pemimpin UMNO sejati.

Anonymous said...

Ya. Saya pun ada dapat input dari org dalam MOTOUR, life is very much better under Nazri. Not that I agree with his arrogant attitude. But it seems in office he is very professional and decisive. No nonsense events, and see definitely no Ba Kut Teh as national food. No post cab meetings in Raub. No shoe maker as the face of Malaysia Truly Asia..... pikir pikir kan lah... maybe with the press his just being a politician, stepping on their toes and having fun bila org melatah....

Mohd Izham said...

majlis Ilmu? you must be joking.....

Anonymous said...

Azeez rahim punya cerita terbaru takde ke? Takkan dah senyap, banyak orang tak senang duduk azeez jadi pengerusi tabung haji, ungku aziz dah letak benchmark pengerusi tabung haji di satu tahap yg tinggi, dari segi akademik dan pangalaman bisnes. Ya betul azeez byk buat kerja kebajikan tapi tak boleh disamakan dgn dunia korporat. Azeez buat kerja kena ada kamera wartawan dan blogger, sbb nak canang satu dunia ex tingkat 4 ni buat kerja moolia, belakang masyukk...buat kerja ada makna

Anonymous said...

Atas dasar sanggup buat apa sahaja asalkan kedudukan "bosnya" kekal dan tidak digugat semasa PAU nanti? Bos mana tak sukerr..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...