Macam anak dengan bapak tak gaya kat atas...?
Hahaha...
Mungkin ada yang pelik apabila saya bertemu dan beramah-mesra bersama Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak.
Kerana Datuk Tajuddin Abdul Rahman 'The Pasir Salak Gangster' sebagaimana gelaran yang saya berikan kepada beliau sebelum ini merupakan pemimpin veteran yang dikritik oleh saya terutama ketika kempen Pemilihan UMNO 2013.
Artikel hentaman saya boleh dibaca di pautan - [Tampar ahli Pemuda], [Pelingkup MOA], [Ugut Ketua Cawangan], [Pejuang Bangsa atau...?]
Waktu itu saya beranggapan bagi melakukan tranformasi dalam parti serta meremajakan UMNO perwakilan perlu menggantikan pemimpin 'season' dengan muka-muka baru.
Namun, walaupun dikritik dan dihentam teruk, beliau berjaya mempertahankan jawatan Ahli Kerja Tertinggi UMNO apabila memperolehi undi sebanyak 127 dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara.
Melihat kemenangan beliau terdetik di hati saya - "apa yang hebat sangat pasal orang tua gila ni selain 'outspoken' di Parlimen sehingga M.Kulasegaran pernah dipanggil 'bastard'?
(memang ahli Parlimen PR 'bastard' pun haha..)
Mana tidak hebat, mampu membuat 'comeback' selepas diterima semula menyertai UMNO pada tahun 1998, dipilih sebagai Timbalan Ketua pada tahun 2000 dan kini memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak serta mendapat kepercayaan menduduki barisan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sehingga sekarang.
Melihat kejayaan beliau berpolitik, saya meluahkan hasrat untuk bertemu mata dengan beliau. Akhirnya hari ini satu jam beliau meluangkan masa menerima kunjungan peribadi saya di pejabat beliau Tingkat 16, Wisma Tani.
Dato Maharajalela, Demi Parti & Orang Melayu
Datuk Tajuddin, menjadikan semangat juang Dato Maharajalela dan Dato Sagor sebagai inspirasi diri serta barisan ahli UMNO Pasir Salak memandangkan kawasan ini terkenal dengan semangat perjuangan Melayu, jika parlimen tersebut tumbang kepada pembangkang ia menggambarkan kelemahan perjuangan orang Melayu itu sendiri.
Hasil semangat juang inilah antara resipi kejayaan beliau bersama barisan jentera UMNO Pasir Salak ketika kempen PRU13 yang menyaksikan BN berjaya pertahankan P73 Pasir Salak dengan majoriti lebih 7,000 undi iaitu majoriti kedua tertinggi bagi kerusi parlimen dalam negeri Perak.
Demi parti UMNO dan orang Melayu adalah asas utama setiap kali beliau melaksanakan amanah sebagai pemimpin, maka tidak hairanlah walaupun pernah dipecat dari UMNO, beliau tidak berpaling tadah kepada parti dengan menuduh atau memburuk-burukkan parti.
Setia & Tidak 'Oppurtunist'
Di akhir pertemuan beliau turut berikan tips kejayaan beliau dalam berpolitik iaitu kena berani, tegas, setia dan tidak bersikap 'oppurtunist' dan jangan sesekali memperalatkan orang lain demi kepentingan peribadi atau politik antara sebab Datuk Tajuddin disenangi oleh ahli UMNO di bahagian yang diwakilinya.
Maka tidak hairanlah sebelum menerima kunjungan saya, beliau terlebih dahulu menerima kunjungan Ketua Wanita, Ketua Puteri dan barisan AJK dari bahagian yang diketuainya.
Tujuan saya berjumpa beliau selain menjernihkan hubungan, adalah kerana saya mahu mengenali sendiri karakter pemimpin veteran yang cukup dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan bengis.
Pertemuan kami berakhir di mana Datuk Tajuddin meminta izin untuk menunaikan solat Zuhur. Hasil pertemuan kami boleh dikatakan hanya satu karakter peribadi Datuk Tajuddin yang betul iaitu beliau 'outspoken', tidak pula saya dilempang walaupun saya melemparkan pelbagai tuduhan sebelum ini.
Hahaha...
Terima kasih juga kepada Datuk Ibrahim Katop, yang turut melayan saya sementara menunggu Datuk Tajuddin selesai bermesyuarat.
Arioss...!
Arioss...!
YY : Tak kenal maka tak cinta...haha!





.jpg)
.jpg)




