NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Elak Kowting : Hanya Operasi Bersepadu Mampu Perangi Tauke Premis Judi @Zahid_Hamidi @PDRMsia @NajibRazak


Kalau sebut judi online, negeri Selangor merupakan 'champion' di mana terdapat ratusan premis judi yang berlesen serta tidak berlesen. Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membanteras premis judi di semua peringkat mendapat respon pelbagai pihak.

Malangnya, rata-rata melihat kenyataan Zahid Hamidi hanya retorik, kerana terdapat dakwaan bahawa kebanyakkan premis judi 'dilindungi' oleh pegawai atasan PDRM sendiri. 

Tapi jika diteliti, dakwaan yang diperkatakan masyarakat mungkin ada kebenaran, memandangkan kebanyakkan premis judi online mampu beroperasi seperti biasa selepas dua jam pihak polis merampas segala peralatan mereka.

Disebabkan kelemahan inilah. masyarakat tidak yakin dengan kemampuan PDRM dalam memerangi premis judi kerana terdapat juga premis yang 'dijaga' oleh pegawai atasan tertentu.

Justeru untuk mendapatkan pandangan rakyat menerusi media sosial berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri yang mahu menubuhkan pasukan khas untuk banteras premis judi.

Saya membuat dua posting di laman Facebook mengenai lokasi premis judi yang beroperasi hanya beberapa meter dari Balai Polis.



BACA KOMEN POSTING

BACA KOMEN MASYARAKAT

Bagi saya masyarakat menyalahkan PDRM dek kerana segelintir anggota yang turut mengunjungi premis berkenaan.

Selain itu, pengakuan bersumpah ASP Mior Fahim Bin Ahmad, dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor pada tahun 2007 membuktikan wujudnya 'kerjasama' jalan belakang antara anggota dengan tauke judi.

Nota : Al-fatihah buat ASP Mior Fahim Bin Ahmad

PENGAKUAN BERSUMPAH ASP MIOR
Tetapi bagi saya, sekarang bukan masa untuk mencari salah siapa, sekarang adalah masa untuk berjuang membanteras premis judi yang membiak di seluruh negeri kerana tauke-tauke judi tidak lagi takut kepada undang-undang.

Jadi sahabat-sahabat PDRM perlu bangkit mengembalikan maruah Sang Saka Biru yang begitu digeruni oleh tauke premis judi dan aktiviti persundalan ketika dulu, tapi kini Sang Saka Biru tidak lagi dihormati dan tidak lagi digeruni oleh anak muda terutama anak cina.

Sebab itu setiap kali roadblok golongan ini tidak menghormati individu yang menyarung Sang Saka Biru kerana bagi mereka kamu boleh 'kowting' dengan nilai RM100!

Jadi, bagaimana kita mahu banteras aktiviti judi yang telah memusnahkan puluhan ribu nasib rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama?

Kami mencadangkan agar diadakan tindakan & operasi besaran secara bersepadu melibatkan :

1. Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
3. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
4. Syarikat Bekalan Air
5. Jabatan Imigresen Malaysia
6. Jabatan Agama Islam
7. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
8. Syarikat Telekomunikasi
9. Pengiat Media Sosial / Wartawan
10. Ahli Politik di kawasan masing-masing
11. Ahli Majlis Tempatan
12. Orang Awam

seperti dicadangkan oleh Biswardi Hasbi.

Pihak ATM bertindak memantau operasi dan sebagai langkah berjaga-jaga kerana aktiviti perjudian merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan dunia 'underworld'.



Arios...!

Tuesday, March 11, 2014

10 Hari Lagi : Sidang Media Program #SelawatPerdana Turut Mendoakan Keselamatan Penumpang #MH370


Seluruh rakyat Malaysia berduka di atas kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang kini memasuki hari ketiga pencarian. 

Sidang pelancaran program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul bertempat di Royal Chulan Square jam 3.00 petang tadi turut mendoakan keselamatan ke atas penumpang dan kru pesawat MH370.


Program Selawat Perdana bakal diadakan pada 21 Mac 2014 di Dataran Masjid Putra, Precint 1, Putrajaya adalah sebuah program keagamaan anjuran sekumpulan anak muda bertujuan menyatukan kembali perpaduan umat Islam di Malaysia tanpa mengira fahaman politik.

Rakyat News :
Umat Islam yang mahu mengikuti program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul disarankan untuk tidak membawa unsur-unsur ideologi politik pada program tersebut.

Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun Datuk Kamarudin berkata ideologi pemahaman politik tidak diperlukan dalam program tersebut bagi melihat umat Islam di negara ini untuk terus bersatu dalam memperjuangkan Ukhmah Islamiah.

"Apabila kita bercakap berhubung soal Islam dan Agama, ada sesetengah orang melebelkan bahawa hanya parti politik tersebut sahaja yang mampu untuk menghuraikan dan membawa Agama Islam.

"Kami generasi muda tidak berfikir bahawa parti politik itu adalah segala-galanya. Kita mahukan satu penyatuan besar yang membawa wadah perjuangan yang besar ukhwah Islamiah untuk bersatu," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelancaran Program Selawat Perdana di sini, hari ini.

Program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul yang dianjurkan oleh barisan generasi muda di bawah naungan Sekretariat Selawat Perdana akan diadakan pada 21 Mac ini di Dataran Masjid Putra, Putrajaya.

Dengan bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan, program yang bermula pada jam 9 malam itu dibuat bagi menghimpunkan umat Islam terutama golongan muda supaya mengagungkan kebesaran Allah SWT dab menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikon yang perlu dicontohi.
Disamping itu, program tersebut dilihat meberi manfaat kepada umat Islam apabila budaya selawat, zikir dan qasidah dapat menjadi pemankin perpaduan umat Islam di Malaysia.
Program kali ini lebih berbentuk santai kepada hadirin yang hadir apabila turut menghadiri program tersebut iaitu pendakwah terkenal, Habib Syech Abdul Qodoir As Seggaf dan tausiyah pula disampaikan oleh Habib Ali Zaenal.

Turut dimenyerikan keadaan dengan kehadiran kumpulan In-Team, Al-Mawlid dan finalis program Imam Muuda, Pencetus Ummah serta ikon agamawan.

Dianggarkan lebih setengah juta pengunjung menghadiri program tersebut yang turut disiarkan secara langsung di saluran TV AlHijrah, Astro Oasis, RTM1 dan Streaming Live.


Tinggal 10 hari saja lagi untuk kita meluahkan rasa cinta ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan bacaan selawat dan qasidah sempena Malam Selawat Perdana, Cinta Allah dan Rasul.

Saturday, August 24, 2013

Selain Aksi Tomoi Bikin, Jangan Lupa Bersama Nabil, XPDC dan Jamal Abdillah Malam ini di #HariKoperasi13 @SKM_Malaysia



Gempak sungguh Hari Koperasi yang berlangsung 23 hingga 25 Ogos ini di Dataran Darul Aman, Kedah. Jika semalam pengunjung dihidangkan dengan aksi muay thai, malam ini satu konsert mini yang menampilkan artis tempatan, diantaranya Jamal Abdilah, XPDC, Angah dan Nabil.

Buat orang Kedah dan kawasan sekitar, jangan lupa berkunjung ke Dataran Darul Aman, Jitra. Pakat mai ramai-ramai nooo...

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..


Ikut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja esok confirm raya...

Layan lagu raya dari Jamal mampu membangkitkan mood untuk mohon maaf kepada semua sahabat hahaha...


Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
Maaf Zahir & Batin 
Lepas raya blogger balun sama sendiri sebab pemilihan...?

Tanda-tanda sudah ada sekarang...

Tuesday, April 19, 2011

Pengumuman : Khas Untuk Semua Blogger BN Dari Blog House Malaysia.

Adalah dimaklumkan bahawa Blog House Malaysia akan mengadakan "Bengkel Untuk Berblogging". Majlis ini akan disertai oleh tetamu istimewa iaitu Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak.

Tokoh negarawan terulung Tun Dr. Mahathir Mohammed turut menyerikan majlis dengan bertindak selaku spekaer jemputan.

Tiada sebarang bayaran dikenakan. Tiada kategori nyamuk atau elit. Jom kita berjumpa atas nama satu semangat iaitu "Kita Semua Bloggers".

Majlis akan diadakan pada :

Tarikh : 24 APRIL 2011

emelkan maklumat anda ke : register1marbc@gmail.com


Double Y : Jom semua bloggers.. nyamuk ka, tikus ka, elit ka, veteran ke, old timer ke, blogger english ke, blogger bahasa melayu ke.. Jom semua.. atas semangat bloggers..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal