NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, December 23, 2013

Tahniah! @aizuddin_mag & @ydabdihatiku Berjaya Kumpul Dana RM2 juta Melalui #KonsertDestini


RM2 juta berjaya dikutip bagi mengisi dana Tabung Pendidikan Anak Bangsa melalui penganjuran konsert amal 'Konsert Destini' yang berlangsung di Dewan Tuanku Agung Canselor (DATC) pada 20 dan 21 Disember kelmarin.

Saya mula terlibat membantu menjayakan program-program Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) antaranya Jelajah Destini Anak Bangsa 2012, 2013 dan program Kembara Ramadhan 2013 turut berbangga di atas kejayaan konsert tersebut.

Syabas dan sekalung tahniah di atas usaha Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato Mohd Aizuddin dan para pegawai yang bertungkus-lumus menjayakan konsert tersebut.
Konsert Destini anjuran Yayasan Tabung Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang bertujuan mengumpul dana untuk membantu pelajar kurang berkemampuan berjaya mencapai sasaran kutipan sebanyak RM2 juta - Harian Metro

Antara foto dari lensa Fariss :



 



 




Arios...!

Wednesday, December 18, 2013

Perang Siber : BN Kembali ke Era Pak Lah - @HishammuddinH20 & Jabatan Media Sosial (JMS) Penentu Survival BN PRU14


Hampir sebulan tidak kemaskini laman blog sebaik saja selesai Pemilihan UMNO 2013 tempoh hari. Sebaliknya saya lebih banyak memerhati situasi perang media sosial yang dilihat semakin 'panas' dengan fitnah serta cerita-cerita negatif berkaitan kerajaan dan kebanyakkan berita tersebut lebih bersifat persepsi untuk memburukkan kerajaan.

Malangnya persepsi dan fitnah yang tersebar melalui media sosial terutama oleh pembangkang berupaya menyerap masuk ke dalam fikiran rakyat dan mereka menganggap perkara yang disampaikan itu satu kebenaran. 

Melihat situasi ini, timbul persoalan di benak fikiran saya - apakah BN mampu bertahan menghadapi segala fitnah dan tohmahan yang disampaikan di media sosial menjelang PRU14?


Persoalan ini timbul selepas melihat beberapa 'kerosakan' yang berlaku gara-gara kenyataan beberapa menteri dan putar belit media pembangkang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat. Ia boleh dilihat di laman-laman Facebook termasuklah dari kalangan ahli parti UMNO sendiri. 

Sebagai contoh kegagalan kerajaan memberikan penerangan awal serta menguruskan persepsi berkaitan isu pengurangan subsidi gula, kenaikkan tarif elektrik, kenaikkan harga barangan dan kenaikkan kadar tol telah meletakkan BN dalam situasi yang bersifat defensif.

Terbaru, kenyataan Menteri SKMM Ahmad Shabery Cheek yang menjawab soalan senator turut cuba diputar belit oleh pembangkang malam tadi. Tidak keterlaluan juga saya katakan, situasi perang media sosial sekarang memperlihatkan BN kembali ketinggalan seperti zaman pemerintahan Pak Lah.

Pendek kata situasi di media sosial ketika ini lebih teruk jika hendak dibandingkan sebelum PRU13 tempoh hari. Mungkin kerana sebelum ini terdapat beberapa pihak yang bertindak sebagai jentera kerajaan untuk menyeimbangi perang di media sosial.

Tetapi kebanyakkan dari mereka dilihat menyepi dan kurang aktif sebaik sahaja tamat PRU13, mungkin juga mereka kembali fokus meneruskan kerjaya masing-masing selepas berpuas hati membantu BN memenangi PRU13 yang dianggap pilihan raya paling getir buat BN.

Berpandukan pengalaman PRU13 dan situasi yang berlaku kini, saya melihat betapa pentingnya kerajaan mewujudkan satu jentera tetap untuk menyeimbangi situasi perang media sosial menjelang PRU14. 

Kerana dalam PRU14 akan datang survival BN bakal ditentukan oleh 8 juta pengundi baru yang kini memperolehi sumber maklumat melalui media sosial.

Paling tidak pun optimumkan peranan jentera-jentera siber yang wujud ketika PRU13 dan ditambah baik peranan mereka dari masa ke semasa sekaligus menyahut seruan DS Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari.

Hishammuddin Tun Hussein bertanggungjawab tubuhkan JMS?


Saya tidak pasti sejauh mana kesahihan cerita mengenai cadangan barisan Majlis Tertinggi UMNO yang dikhabarkan berkira-kira untuk menubuhkan Jabatan Media Sosial (JMS). Khabarnya ia dipertanggungjawabkan kepada Naib Presiden UMNO iaitu DS Hishammuddin Tun Hussein bagi merangka plan serta strategi JMS.

Jika benar, saya menyambut baik penubuhan JMS kerana ia dilihat perlu bagi menangkis segala tohmahan dan menguruskan persepsi berkaitan kerajaan sekaligus menyaingi kewujudan Red Bean Army (RBA) yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Tetapi diharap individu yang bakal dilantik oleh DS Hishammuddin Tun Hussein kelak bagi mengepalai JMS perlulah terdiri daripada mereka yang arif mengenai perang yang berlaku di media sosial.

Keperluan memberikan penjelasan awal penting di masa akan datang bagi mengelakkan kerajaan dilihat sering kali berada dalam keadaan defensif.

Jangan pula dilantik individu yang boleh menjadi liabiliti kepada parti serta pegawai-pegawai PM yang hanya menjaga sejumlah kecil penggiat media sosial sebaliknya lebih kepada mengisi perut dan poket sendiri. 

Arios...!

Tuesday, November 19, 2013

YDAB & #UiTM Kumpul Dana Tabung Amal Melalui #KonsertDestini @ctdk @itsrossa @YDABdihatiku


Artis popular bakal gegarkan UiTM Shah Alam untuk mengisi tabung amal YDAB!

Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) yang telah berjaya membantu ribuan pelajar lepasan SPM melalui program Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) sejak tiga tahun yang lalu, bakal menganjurkan Konsert Destini bagi mengisi tabung amal dan dana biasiswa buat membantu golongan pelajar kurang berkemampuan yang sedang mengikuti pengajian Pra Diploma MDAB di UiTM.

Sepanjang penglibatan saya melalui dua siri jelajah YDAB, seingat saya yayasan tersebut telah berjaya membantu lebih 15,000 pelajar lepasan SPM dari golongan kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

Konsert Destini YDAB dengan kerjasama UiTM yang bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember ini merupakan program sampingan selepas program yang dijayakan yayasan tersebut sepanjang tahun 2013 antaranya Jelajah Destini Anak Bangsa 2013, Mengubah Destini Anak Orang Asli, Mengubah Destini Orang India serta Kembara Ramadhan pada bulan ramadhan yang lalu.

Aizuddin Dato Ghazali, CEO YDAB
Menurut sahabat saya Dato Aizuddin merangkap CEO YDAB, setakat ini sudah lebih 2,000 keping tiket berjaya dijual sejak dibuka untuk tempahan pada awal November tempoh hari. Bagi mereka yang berminat untuk membuat sebarang tempahan tiket boleh hubungi alamat dan talian di bawah :


Dewan Agung Canseleri UiTM, Shah Alam (kaunter mula dibuka pada 9 pg – 5 ptg) 
Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) UiTM, Kampus Puncak Perdana.

Pejabat YDAB beralamat 7-3 Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S) U13/S, 40170, Shah Alam.
 
(Tel. : 03-3343 5080)
Twitter : @YDABdihatiku
Facebook : Yayasan Destini Anak Bangsa  


YY : Suka berhibur sambil beramal...

Monday, November 4, 2013

#PRKSgLimau : BN Tewas, Pengundi Sungai Limau Kekal Pilih PAS Walaupun Calon Proksi Phaholrazi


Sebelum itu, tahniah buat skuad Pahang yang berjaya menewaskan pasukan Kelantan 1 - 0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia semalam sekaligus mengakhiri penantian 21 tahun penyokong skuad Tok Gajah untuk melihat pasukan mereka bergelar juara. 

Walaupun kecewa kerana Kelantan gagal mempertahankan Piala Malaysia buat kali ketiga, saya akur kerana kalah menang adat dalam pertandingan. Malah sahabat blogger RBF dilaporkan masih dalam keadaan trauma ekoran kekalahan Kelantan.

Itu cerita pasal bola...

Kita tinggalkan cerita bola, kita kembali kepada Pilihan Raya Kecil N20 DUN Sungai Limau di mana lebih kurang satu jam sahaja lagi seluruh pusat pengundian akan dibuka oleh SPR bagi membolehkan 27,000 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penduduk Sungai Limau.

Persoalannya mampukah BN merampas kerusi Sungai Limau yang dianggap sebagai kubu PAS?

DUN Sungai Limau yang mempunyai 19 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dikuasai PAS selama lima penggal di mana semasa PRU13 yang lalu, PAS berjaya memenangi kerusi tersebut majoriti 2,774 undi.


Mengikut pemerhatian saya BN memiliki peluang yang cerah berdasarkan sikap dan penerimaan pengundi terhadap jentera kempen BN berbanding sebelum ini. 

Menurut penduduk tempatan, berdasarkan beberapa Pilihan Raya yang lepas, masyarakat Sungai Limau dikatakan agak sukar menerima kehadiran jentera BN di kawasan mereka.

Namun keadaan ini mula berubah selepas pengkhianatan dan komplot dalam PAS Kedah terhadap arwah Ustaz Azizan. 

Selain itu kejayaan BN yang dipimpin oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mentadbir selepas berjaya merampas Kedah dalam PRU13 yang lalu turut mengubah sokongan pengundi terutama golongan muda untuk menyokong BN.


Sokongan terhadap PAS dikatakan dipengaruhi oleh Pondok Bukit Besar dan Pondok Pak Ya Junid iaitu antara sekolah pondok yang dikunjungi oleh Dato Mukhriz Mahathir berbanding PAS yang sibuk menggantung replika kaki arwah Ustaz Azizan bagi meraih undi simpati penduduk Sungai Limau.

Manakala berdasarkan kajian Ilham Centre sehingga saat akhir kempen PAS meraih sokongan sekitar 55 ke 60 peratus pengundi diekori BN sebanyak 40 ke 45 peratus.


Hasil kunjungan saya sepanjang dua hari di PDM Bukit Besar, Bukit Choras, Gelam Tiga, Batu 16, Permatang Buloh dan Sungai Dedap. PAS dijangka mengekalkan kerusi Sungai Limau sekaligus menafikan usaha BN untuk membawa perubahan di kawasan tersebut.

Melalui kemenangan PAS yang akan diumumkan seawal jam 9.00 malam oleh SPR yang turut menyediakan 18 generator TNB - membuktikan bahawa pengundi Sungai Limau tidak mempertahankan maruah arwah Ustaz Azizan kerana tetap memilih proksi Phahrolrazi atas dasar ingin mengekalkan kawasan tersebut kepada PAS.

Ia turut mengagalkan usaha Dato Mukhriz Mahathir untuk menunaikan pesanan arwah Ustaz Azizan ketika menyerahkan pentadbiran negeri, agar menjaga dan mentadbir negeri Kedah dengan baik malah lebih baik dari apa yang dilakukan olehnya.

Walaupun menang dan berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau, percayalah kemenangan itu tidak bermakna, kemenangan itu tidak semanis kemenangan BN merampas negeri Kedah ketika PRU13 yang lepas.

Saya tidak yakin pengundi Sungai Limau membaca blog saya atau tidak - jika ada sahabat pembaca yang merupakan pengundi berdaftar di DUN Sungai Limau. Tiada apa yang saya mahu katakan selain tahniah kerana Sungai Limau tetap kekal kepada PAS tapi dikuasai Phahrolrazi.


YY : Menang merampas pentadbiran negeri lebih manis dari kejayaan mengekalkan kerusi DUN...

Sunday, November 3, 2013

TPM Kata BN Ada Harapan di #PRKSgLimau - Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan & Jentera Diminta Siap Siaga!


Siap Siaga! - kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin tengah hari tadi meminta jentera pemuda bersiap siaga sebarang kemungkinan yang dilakukan oleh PAS menjelang malam pembuangan undi ketika membuat lawatan ke Bilik Gerakan Pemuda BN yang turut diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Ini kerana PAS mungkin membuat provokasi jahat bagi meraih undi simpati dari penduduk Sungai Limau, selain itu menurut TPM kajian sikap ke atas pengundi menunjukkan BN mempunyai harapan cerah untuk memenangi DUN Sungai Limau.


Selain membuat lawatan TPM turut melepaskan konvoi bermotorsikal pemuda BN - Naib Ketua Pemuda Azwanbro yang memberikan taklimat akhir kepada Ketua-Ketua Pemuda BN sebaik sahaja selesai lawatan TPM turut mengarahkan jentera bersiap siaga kerana PAS dijangka menggunakan taktik kotor sebagaimana dilakukan sebelum ini.




Foto lain - KLIK

Saturday, November 2, 2013

#PRKSgLimau : "Kita Kena Buat Sesuatu Bagi Azizan Kalah, Baru Nasir Naik Jadi Exco" - Kata Proksi Calon PAS



Hanya tinggal 48 jam sahaja lagi sebelum berakhirnya tempoh kempen PRK Sungai Limau, satu rakaman perbualan Phahrolrazi yang berusaha menjatuhkan arwah Ustaz Azizan didedahkan.

Dalam perbualan telefon tersebut jelas kedengaran bahawa Phahrolrazi ingin merancang supaya arwah Ustaz Azizan kalah di DUN Sungai Limau dalam PRU13 bagi membolehkan Nasir Mustafa dinaikkan sebagai Exco.

Jika calon PAS adalah proksi kepada individu yang pernah cuba menjatuhkan arwah semasa hayatnya. Tiada sebab  untuk pengundi Sungai Limau harus KEKAL dengan dengan memilih calon PAS pada 4 November nanti.

Pengundi Sungai Limau perlu BERANI HIJRAH dengan memilih BN bagi menghalang usaha Phahrolrazi yang meletakkan proksi apabila gagal menjatuhkan arwah semasa PRU13 lima bulan lalu.


YY : Replika kaki arwah merupakan provokasi paling hina dalam sejarah PRK di Malaysia...

#PRKSgLimau : Khairul Azwan Harap Pengundi Muda Fokus Agenda Pembangunan


Sg. Limau merupakan medan ujian pertama bukan sahaja buat Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun malah ia juga merupakan ujian bagi barisan exco baru dalam Pemuda UMNO Malaysia.


Walaupun Naib Ketua Pemuda UMNO tidak turun berkempen sejak hari pertama, berdasarkan komen rakan-rakan yang turun lebih awal berbanding saya. Setakat ini Azwanbro dilihat berupaya melaksanakan tanggungjawabnya selaku Naib Ketua Pemuda.


Sebagai Naib Ketua Pemuda, Azwanbro mendekati pengundi muda di Sg. Limau dengan menekankan serta memfokuskan aspek pembangunan di kawasan tersebut. 

Apa yang menarik adalah sessi soal jawab turut diselitkan setiap kali mendekati pengundi muda di beberapa PDM yang dilawati. Melalui sessi soal jawab, ia membolehkan para golongan muda tempatan berinteraksi dan meluahkan bentuk pembangunan yang diinginkan.


Baki 2 hari sahaja lagi, adakah pengundi Sg. Limau mahu KEKAL dengan apa yang ada sekarang atau mereka BERANI HIJRAH bagi melihat pembangunan dilaksanakan di kawasan tersebut?

Friday, November 1, 2013

#PRKSgLimau : Sambutan Hambar di Ceramah Anwar Ibrahim Petanda Penduduk Sg. Limau #BeraniHijrah


Kita sering melihat Anwar Ibrahim dan media-media pro pembangkang menyiarkan gambar program ceramah mereka yang dihadiri berpuluh ribu rakyat Malaysia terutama ketika negara menghampiri PRU13 tahun lalu. 

Namun di Sg. Limau pertama kali saya melihat program ceramah yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim tidak diberikan sambutan oleh penduduk tempatan.


Apa yang saya perhatikan rata-rata penduduk yang hadir hanya mahu melihat Anwar Ibrahim secara langsung di depan mata mereka, majoriti dari hadirin dilihat sekadar singgah buat seketika dan terus berlalu sebaik sahaja mereka melihat susuk tubuh Anwar Ibrahim.

Mak cik senyum lepas tengok bang Non merapu..
Mungkin penduduk Sg. Limau iaitu rakyat Malaysia secara umumnya sudah jemu dan muak mendengar skrip Anwar Ibrahim yang sama serta dilihat semakin ketandusan isu untuk memburuk-burukkan BN.

Khabarnya terdapat dua lagi program ceramah Anwar Ibrahim, bukan tiada rakaman video cuma khuatir kalau saya letak video bagi orang PAS tengok, nanti ada yang kata video itu besi pulak.

Hahaha...

Arios...!

#PRKSgLimau : Penyokong PAS Tolak Kehadiran Anwar Ibrahim di Sg. Limau


Para penyokong PAS (penyokong arwah Ustaz Azizan) menaikkan kain rentang  sebagai tanda protes mereka terhadap kehadiran Anwar Ibrahim menjelang dua hari sebelum tiba hari pembuangan undi pada  4 November ini.

Thursday, October 31, 2013

#PRKSgLimau : #PASMunafik Ritual Padi Sempena Nama Calon PAS Oleh TG Hadi Awang Syirik & Bidaah



Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan program ‘Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi’ yang di hadiri oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan.

Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah. 

Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut, namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu mempunyai unsur-unsur syirik Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan ‘ritual’ tersebut bukan merupakan amalan sunah.

Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah melakukan perkara sepertinya “Apa yang dibuat oleh Tuan Guru, Hadi Awang itu dikira perkara yang umum, selama mana tidak ada unsur syirik atau sebagainya. 

“Berkaitan doa awal tanam pagi, di dalam as-sunah kalau kita teliti atau dikaji ia tidak boleh dikhususkan. Bimbang ia akan jadi satu amalan tetap, sehingga kalau tak buat ritual tersebut, (dan kebetulan) padi tak bagus atau tak jadi. Ia akan dikategorikan sebagai bidaah.

“Amalan macam ni, (berkemungkinan) akan disusuli dengan perasaan kalau benda ni tak buat, tidak akan berkat.. sekiranya ia tidak dibuat rumah tidak akan didirikan dengan baik, padi tidak akan tumbuh yang macam ni ada unsur syirik.

“Kerana ada ritual tertentu sehingga masyarakat menjadi percaya dan kaitkan dengan ibadah. Patut dibuat secara umum dan bukannya ada ritual tetap” katanya.

Beliau turut mempertikai sikap pembangkang yang ‘double standard’ sambil merujuk tindakan mereka yang menghentam hebat program ‘ancak’ yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suatu ketika dahulu.

“Contohnya masa isu Ancak, pembangkang hentam kaw kaw.. yang ni boleh tapi masa Dr Zambry tak boleh” tegas beliau lagi.

Yang hairannya, tiada seorang pun pemimpin Pas yang dianggap sebagai ulama tampil untuk mempertikaikan tindakan Hadi Awang ini. Sedangkan ketika isu ‘ancak’ hampir kesemua dari mereka tampil menghentam dan mengkritik kononnya melakukan amalan yang bukan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw.

Kesimpulannya inilah wajah sebenar pembangkang yang penuh dengan sikap hipokrit dan double standard yang perlu didedahkan kepada rakyat.

Saturday, October 26, 2013

#PRKSgLimau : Mahfuz yang Dulu Bukan yang Sekarang, Dulu Desak Ust. Azizan Letak Jawatan Sekarang?



Terlebih dahulu sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Tertarik melihat Pesuruhjaya PAS Kedah Mahfuz Omar yang mendakwa BN melancarkan kempen tidak berakhlak dan beradab kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaitkan arwah Ustaz Azizan dalam ucapannya.

Hahaha...

Mahfuz nampaknya cuba meraih simpati kaum keluarga arwah Ustaz Azizan Razak memandangkan kaum keluarga arwah difahamkan menolak calon pilihan PAS kerana turut terlibat dengan Phahrolrazi mengacau urusan pentadbiran negeri Kedah ketika ia di bawah pimpinan Ustaz Azizan. [sini]

Mungkin Mahfuz fikir rakyat di Sg. Limau dan Kedah umumnya  terlalu bodoh sehingga lupa apa yang berlaku sekitar Februari 2012, di mana Ustaz Azizan dikritik dan dikecam hebat orang PAS sendiri.

Malah hubungan mesra arwah dengan BN serta kehadiran arwah dalam program IM4U turut dikecam, sehingga membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong Ustaz Azizan yang terdiri dari golongan ulamak.


Penyokong arwah Ustaz Azizan akhirnya mengeluarkan amaran PAS Kedah bakal menerima padah dalam PRU jika terus mengecam Ustaz Azizan Razak. Pergolakkan dalaman PAS Kedah di antara penyokong erdogan dan ulamak antara faktor PAS tewas dalam PRU13 yang lalu.

Ketika isu pergolakkan dalaman PAS hangat diperkatakan, menurut sumber dalaman PAS selain Phahrolrazi, Mahfuz Omar dikatakan turut terlibat dalam mendesak Ustaz Azizan letak jawatan, ia didedahkan oleh beberapa laman blog PAS sehingga Mahfuz tampil membuat penafian.


Tindakan Mahfuz yang mahu TPM mohon maaf kepada keluarga arwah tidak lebih sekadar percubaan untuk menutup kisah lalu serta bimbang memandangkan dalam PRU13, PAS menguasai kerusi DUN Sg. Limau yang mempunyai 19 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan majoriti 2,774 undi.

DUN Sg. Limau bukanlah kubu kuat PAS sebaliknya rahsia kejayaan PAS mengekalkan kerusi DUN Sg. Limau selama lima penggal sebenarnya disebabkan pengaruh dan rasa sayang penduduk kepada arwah Ustaz Azizan Abdul Razak yang bersikap mesra.

Kini Mahfuz Bean Omar yang dulu bukan yang sekarang...

Dulu cuba nak jatuhkan arwah Ustaz Azizan...

Sekarang Mahfuz jadi sayang kepada arwah...

Hahaha...

Rakyat Sg. Limau  perlu Berani Hijrah kepada BN untuk mengajar puak-puak erdogan dalam PAS Kedah!



YY : Bro Mahfuz hang dah mintak maaf dengan arwah ustaz Azizan dan keluarga arwah ke belum?

Friday, October 25, 2013

100 Touch Point #Bajet2014 Yang Perlu Rakyat Tahu Selain Pemansuhan Subsidi Gula!



Edited : 10.01 pm

Bajet 2014 yang dibentangkan oleh PM DS Najib Tun Razak dirangka berdasarkan lima teras utama iaitu - Merancakkan Aktiviti Ekonomi, Mengukuh Pengurusan Fiskal, Mengunggul Modal Insan, Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar dan Mesejahtera Kehidupan Rakyat.

Berdasarkan 'touch point' dalam Bajet 2014 boleh dikatakan ia bajet yang lengkap dan adil untuk seluruh rakyat Malaysia. Tetapi apabila meneliti laporan media saya merasakan 100 'touch point' ini tidak mungkin sampai kepada rakyat dek kerana satu perkara iaitu kerajaan bertindak menarik subsidi gula sebanyak 34 sen berkuat-kuasa esok.

Adalah lebih baik sekiranya pemansuhan ini dibuat secara berperingkat di mana dalam masa yang sama penerangan mengenai tujuan pemansuhan subsidi perlu disampaikan kepada rakyat. Langkah ini bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan putar belit serta hasutan pembangkang kerana persepsi yang dimainkan oleh PR mengenai subsidi gula sedikit sebanyak membuatkan BN kurang popular.

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal tanpa perlu menunggu lama pembangkang sudah mula mensensasikan subsidi gula - [SINI] 

Berikut merupakan Touch Point dalam Bajet 2014 :












YY : Teh O Ais naik harga tak aney...?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...