NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, September 12, 2012

[POLITIK DULU & HARI INI] : Mahathir Pertahan, PAS Pula Mengaibkan Anwar Ibrahim


Kisah dulu-dulu kadang-kala seronok untuk dikenang, paling tidak pun ianya menarik untuk dibaca dan perlu difahami kerana sejarah mengajar kita banyak perkara dan sejarah tidak pernah menipu.

Anwar Ibrahim sahaja yang suka menipu...

Hahaha...


"Budak-budak sekarang celik saja mata terus sokong Anwar" - antara keluhan yang saya dengar dari orang-orang tua yang tidak berparti namun mereka mengikuti hal politik di negara kita sejak zaman merdeka. Ungkapan ini diluahkan setiap kali kes-kes demontrasi melibatkan mahasiswa.

Kita tidak boleh menafikan fakta bahawa Anwar Ibrahim merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO, Anwar juga bekas Menteri Kewangan dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1 Disember 1993 sebelum dilucutkan jawatan pada 2 September 1998.

Tanggal 3 September 1998 pula Anwar Ibrahim disingkirkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu pun selepas Anwar terus berdiam diri walaupun peluang dan ruang untuk beliau mempertahankan diri berkaitan tuduhan rasuah dan liwat.

Tun Mahathir pertahan Anwar Ibrahim



Ketika Tun M bermatian-matian mempertahankan timbalannya, Mat Sabu dan pemimpin PAS melalui akhbar Harakah, Aliran dan Tamadun secara konsisten mengaibkan dan membuat serangan besar-besaran bertujuan menjatuhkan UMNO/BN melalui skandal yang melibatkan Anwar.

Namun rata anak muda yang menyokong perjuangan Anwar hari ini jika ditanya apakah yang mereka tahu mengenai Anwar Ibrahim, rata-rata akan menjawab Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang dizalimi oleh Tun M. Lebih malang lagi ada yang percaya Anwar Ibrahim adalah mangsa konspirasi Tun M.

Walhal Tun M merupakan individu yang mempertahankan Anwar ketika 'surat beracun' pertama disebarkan dan ketika hebat PAS membuat serangan menyerang peribadi Anwar.

Selain itu Tun M turut memberi sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim dan mengatakan Anwar bakal penggantinya pada 22 November 1996.

Pada  25 Ogos 1997 Tun M sekali lagi mempertahankan Anwar atas tuduhan kononnya Anwar Ibrahim terlibat dengan salah laku seks dan rasuah sebagai tuduhan bermotifkan politik.


Selepas melihat Tun M mempertahankan dirinya, Anwar mula keluarkan kenyataan pada 26 Ogos 1997 mengatakan tuduhan mengaitkan dirinya merupakan fitnah terancang bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya.

Tun M juga turut membuat kenyataan tegas dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-44 yang mana sesiapa yang cuba mempersoalkan kedudukan Anwar atau cuba membuang Anwar dari pejabatnya patut 'ditembak'.
"I do not know what to do with these people..... we should shoot them"  
Tun Mahathir NST - 1 September 1997 
Dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 7 September 1997 pula, Tun M masih tetap mempertahankan Anwar dan menangkis segala tohmahan yang dibuat ke atas individu yang bakal menggantikan dirinya.

Tun M dalam buku 'A Doctor In House' turut menyebut keakraban mereka dan hobi menunggang kuda (Tun M & Anwar) yang turut diselitkan dengan sindiran sinis atau bahasa qias :
"Selama bertahun-tahun kami mempunyai hubungan peribadi yang baik. Beliau menunggang kuda sepertimana yang saya lakukan, walaupun terbukti beliau adalah penunggang yang tidak sabar, sebelum beliau pandai menunggang dengan betul, beliau sudah mula menunggang kencang, beliau jatuh dan hampir patah lehernya dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Kemudian beliau menuduh pihak polis pula yang mencederakan lehernya" - Tun Mahathir A Doctor In House 2011


Tetapi Tun M dicemuh, dicaci dan dihina oleh pengikut Anwar hari ini, individu yang jatuh dek kerana kerakusan nafsu sendiri sekarang ini bergabung dengan bekas musuhnya satu ketika dulu semata-mata mahu memenuhi hasratnya yang tidak kesampaian.


Dulu lain, sekarang lain, dulu benci sekarang sayang

Anwar Ibrahim antara pemimpin UMNO paling lantang mengkritik PAS sebelum dikaitkan skandal, disebabkan serangan yang dibuat ke atas PAS. Mat Sabu tidak melepaskan peluang yang muncul untuk menyerang secara besar-besaran Anwar ekoran skandal yang belum dituduh di mahkamah pada waktu itu.

Anwar turut mengatakan kerjasama di antara PAS dengan beberapa NGO cina sebagai kerjasama dua kumpulan ekstremis dan disiarkan dalam NST pada 14 April 1986.

Malah PAS dikatakan mencemburui kejayaan BN dan dasar-dasar BN, sebaliknya PAS lebih banyak menghabiskan masa membohongi rakyat dan mengkritik dasar kerajaan.



Serangan PAS ke atas Anwar semakin memuncak sekitar 1997 hingga 1998 di mana PAS bertindak mengaibkan Anwar secara besar-besaran melalui akhbar Harakah, Aliran dan Tamadun. 

Tatkala mahkamah belum pun menghukum Anwar Ibrahim, PAS terlebih dahulu menjatuhkan hukuman ke atas Anwar, tatkala Presiden UMNO pada waktu itu pertahankan Anwar,PAS lebih ghairah mengaibkan Anwar.

Serangan Media Cetak Pro PAS Terhadap Anwar






DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh turut menyerang Anwar kerana didakwa gagal bertindak dan memberi penjelasan berkaitan skandal kewangan negara antaranya kerugian Forex  RM30 billion oleh Bank Negara pada tahun 1994.

Hahaha...

Jadi Menteri Kewangan pun gagal sehingga Bank Negara kerugian, malah satu penjelasan serta perincian tidak Anwar Ibrahim nyatakan kepada rakyat pada waktu itu.

Sekarang jelajah untuk merdekakan rakyat, jelajah bercerita pasal ketirisan, turunkan harga kereta dan pelbagai janji manis.

Malangnya ada yang percaya kata-kata durjana ini.

Nanti saya sambung lagi kisah politik dulu & hari ini, dulu benci sekarang sayang...

Hahaha...

Arios!

12 comments:

Anonymous said...

Bro YY,

Terima kasih atas entri ini. Pada awalnya saya rasakan terlalu panjang, namun selepas dibaca banyak fakta dan kenyataan penting dimuatkan.

Inilah yang anak muda hari ini tak tahu pasal anwar dan perlu diperluaskan.

Anonymous said...

Fakta yang perlu difikirkan dan diketahui anak muda dan umum amnya pada hari ini mengenai 'mereka'

Anonymous said...

Komen dan info yang sangat bagus dan ada bukti sekali.. moga celik lah anak muda yang telah dibutakan oleh mereka..

Khairul Kasmat said...

Hmmm.. hakikatnya.. fakta mcm ni la yang selalu dilupakan/tak dipandang/buat2 xtau/mmg tak tahu oleh para penyokong PAS dan DAP. Sbb dlm fikiran mereka skang ni mmg telah diselaputi perasaan kebencian semata-mata kepada UMNO walaupun dlm diam mmg JELAS Anwar bersalah.

Yuseri Yusoff said...

InsyaAllah kita korek lagi buat bacaan mereka yg malas baca buku, tapi rajin pergi berdemo.

Hahaha...

Anonymous said...

hai, inilah fakta yang patut diketahui oleh anak muda yang semasa kecil tak mahu belajar, sekarang baru mahu belajar, belajar sekarang ni pun dari 'sejarah baru' yang dicipta oleh pembangkang untuk menjatuhkan apa yg kita sedia ada. sekaligus golongan muda yg buta sejarah itu mengaku tahu segala-galanya tentang politik. malunya.... malu. fakta sebenar mari dibongkar semula! agar mereka celik!

Anonymous said...

Bagus...kerana benar dan betul....

Anonymous said...

BGUS.... DARI DULU AKU TUNGGU ORANG KLUARKN CERITE NI.....

Anonymous said...

Terbaik tuan teruskan lagi supaya org2 muda berfikir dan rajin mencari bahan2 ilmiah bukan buta2 p dgr ceramah politiktus

Yuseri Yusoff said...

Terima kasih di atas komen-komen yg menyokong. InsyaAllah saya akan teruskan.

Anonymous said...

BAGUS... CERITA INI MEMANG TAK RELEVAN DENGAN ISU POLITIK SEKARANG

Anonymous said...

Budak2 ni berlagak terlalu pandai. Membaca boleh tapi tak reti buat analisa. Just terima je bulat2 apa yg org lain kata. Lebih sensasi lebih bagus. Lepas tu terpekik terlolong mcm org kena sampuk. Konon kebebasan. Adalah lebih baik bertanya dan mendengar dulu sebelum berkata2 tentang isu yg tak tau hujung pangkal. Jika itu di amalkan, tentu ramai yang tak tertipu dengan kata2 manis makhluk bernama Anwar Ibrahim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...