NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label JMS. Show all posts
Showing posts with label JMS. Show all posts

Saturday, January 18, 2014

JMS : Aktivis Siber UMNO Pilih Novandri Berbanding Kamarulzaman - UMNO #SyokSendiri Lagi!


Mula-mula sekali saya nak ucapkan selamat datang ke dalam 'Circle Of Fire' kepada Al Kamarulzaman Ab Latif, individu yang dilantik mengetuai Jabatan Media Sosial UMNO (JMS), sebuah jabatan yang berada di bawah parti UMNO.

Dr. Novandri mungkin faham perihal 'circle of fire' tetapi saya yakin Kamarul tidak berapa arif mengenai 'circle of fire' yang wujud di kalangan aktivis siber BN walaupun dia merupakan individu yang berpengalaman sebagai journalis dan kini merupakan tonggak dalam Umno Online.

Beberapa hari lepas satu 'thread' di laman Facebook saya berkaitan penubuhan JMS mendapat respon ramai pihak. Ada perkara tidak sepatutnya diceritakan secara terbuka turut terdedah. Benar walaupun selepas 1,185 komen (campur Azmi APA masuk meraban) ia masih tiada kata putus.

Akhirnya saya memilih untuk 'ceasefire' sebelum lebih ramai nama individu yang terlibat dalam perang siber serta nama-nama pembesar UMNO diheret oleh pelayar-pelayar Facebook.


Berikutan 'thread' berkenaan, saya telah berjumpa dengan seorang aktivis siber UMNO yang terlibat dalam perang siber sejak tahun 1998. Dalam pertemuan kami, dia turut menyatakan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik penubuhan JMS.

Individu tersebut memaklumkan kepada saya bahawa pejabat UMNO (Abdul Rauf dan Dato Abu) menyenaraikan tujuh nama untuk mengepalai JMS. Saya juga dimaklumkan bahawa dalam tujuh nama calon tersebut nama Tun Faisal tersingkir awal gara-gara permainan dalam pejabat UMNO.

Sama ada benar atau bohong, hanya Allah sahaja yang tahu.

Tak mengapa kita ketepikan Tun Faisal (TF), kita anggap saja TF tidak layak untuk mengepalai JMS, walaupun jika disusun tujuh resume di antara calon-calon lain. Saya yakin berdasarkan pengalaman, kepimpinan dan kemahiran resume TF lebih baik berbanding enam lagi calon.

Hahaha...

Pi mai pi mai akhirnya nama Kamarulzaman dipilih dan dilantik oleh TS Muhyiddin Yassin untuk memegang jawatan sebagai Pengarah JMS atas perkenan Rauf dan Pak Abu, manakala Dr. Novandri pula sebagai Timbalan Pengarah.

Saya juga difahamkan TS Muhyiddin akan menetapkan satu KPI dan akan menilai perlantikkan Kamarulzaman dalam masa enam bulan.

Justeru, semalam satu 'thread' dibuka di laman Facebook di mana rakan-rakan aktivis siber UMNO yang terdiri dari pelbagai kumpulan termasuk dari MIC serta otai dari Teh Tarik Bersama YB (TTYB) telah memberikan input mereka.

Soalan saya di antara Kamarulzaman dan Dr. Novandri siapa yang mereka yakin lebih arif mengenai perang siber?

Rata-rata mengenali dan yakin bahawa Dr. Novandri lebih faham situasi perang siber :





PAUTAN UNTUK KOMEN SELEBIHNYA
Aktivis siber lebih mengenali Dr. Novandri - jadi atas kapasiti apa Kamarulzaman dilantik sebagai Ketua Pengarah manakala Dr. Novandri sebagai timbalan?

Input dari siapa Abdul Rauf serta Pak Abu guna dalam menyenaraikan individu untuk mengepalai JMS sebelum diangkat kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri?

Apa kamu ingat JMS satu organisasi main-main ke Rauf?

Dari segi hierarki parti juga ternyata Abdul Rauf dan Pak Abu memperlekehkan Dr. Novandri, kerana Dr. Novandri pernah memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian serta Ketua Seketeriat Maya Barisan Nasional, Pulau Pinang.

Saya tidak pasti adakah Kamarulzaman pernah memegang jawatan lebih tinggi dari Dr. Novandri dalam hierarki parti UMNO. Kerana berdasarkan input yang saya dapat Kamarulzaman hanya journalis yang pernah membangunkan website pemuda UMNO dan kini bersama Umno Online.

Berdasarkan pengalaman, kebolehan, kepimpinan di mana UMNO letak pemimpin seperti Dr. Novandri?

Hello, Dr. Novandri itu pemimpin kerana pernah mengetuai Seketeriat Maya BN Pulau Pinang. Satu organisasi yang ditubuhkan melibatkan persetujuan dari UMNO, MCA, MIC dan Gerakan, Rauf tahu ke tidak.

Dia tidak sepatutnya berada di bawah individu yang tiada pengalaman serta tidak pernah mengetuai satu seketeriat yang terlibat dalam perang siber!

Jika semua perkara dalam UMNO DS Najib Razak dan TS Muhyiddin Yassin hanya mendengar dan menerima sahaja input yang dibawa oleh Abdul Rauf, apa kata kita tukarkan sahaja nama parti kepada United Malay Rauf Organisation (UMRO)

Hahaha...

Arioss..!

Hello Rauf, i'm not afraid la brader!



YY : Ini antara yang dimaksudkan dengan input - harap Rauf boleh faham. Moron...!

Wednesday, December 18, 2013

Perang Siber : BN Kembali ke Era Pak Lah - @HishammuddinH20 & Jabatan Media Sosial (JMS) Penentu Survival BN PRU14


Hampir sebulan tidak kemaskini laman blog sebaik saja selesai Pemilihan UMNO 2013 tempoh hari. Sebaliknya saya lebih banyak memerhati situasi perang media sosial yang dilihat semakin 'panas' dengan fitnah serta cerita-cerita negatif berkaitan kerajaan dan kebanyakkan berita tersebut lebih bersifat persepsi untuk memburukkan kerajaan.

Malangnya persepsi dan fitnah yang tersebar melalui media sosial terutama oleh pembangkang berupaya menyerap masuk ke dalam fikiran rakyat dan mereka menganggap perkara yang disampaikan itu satu kebenaran. 

Melihat situasi ini, timbul persoalan di benak fikiran saya - apakah BN mampu bertahan menghadapi segala fitnah dan tohmahan yang disampaikan di media sosial menjelang PRU14?


Persoalan ini timbul selepas melihat beberapa 'kerosakan' yang berlaku gara-gara kenyataan beberapa menteri dan putar belit media pembangkang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat. Ia boleh dilihat di laman-laman Facebook termasuklah dari kalangan ahli parti UMNO sendiri. 

Sebagai contoh kegagalan kerajaan memberikan penerangan awal serta menguruskan persepsi berkaitan isu pengurangan subsidi gula, kenaikkan tarif elektrik, kenaikkan harga barangan dan kenaikkan kadar tol telah meletakkan BN dalam situasi yang bersifat defensif.

Terbaru, kenyataan Menteri SKMM Ahmad Shabery Cheek yang menjawab soalan senator turut cuba diputar belit oleh pembangkang malam tadi. Tidak keterlaluan juga saya katakan, situasi perang media sosial sekarang memperlihatkan BN kembali ketinggalan seperti zaman pemerintahan Pak Lah.

Pendek kata situasi di media sosial ketika ini lebih teruk jika hendak dibandingkan sebelum PRU13 tempoh hari. Mungkin kerana sebelum ini terdapat beberapa pihak yang bertindak sebagai jentera kerajaan untuk menyeimbangi perang di media sosial.

Tetapi kebanyakkan dari mereka dilihat menyepi dan kurang aktif sebaik sahaja tamat PRU13, mungkin juga mereka kembali fokus meneruskan kerjaya masing-masing selepas berpuas hati membantu BN memenangi PRU13 yang dianggap pilihan raya paling getir buat BN.

Berpandukan pengalaman PRU13 dan situasi yang berlaku kini, saya melihat betapa pentingnya kerajaan mewujudkan satu jentera tetap untuk menyeimbangi situasi perang media sosial menjelang PRU14. 

Kerana dalam PRU14 akan datang survival BN bakal ditentukan oleh 8 juta pengundi baru yang kini memperolehi sumber maklumat melalui media sosial.

Paling tidak pun optimumkan peranan jentera-jentera siber yang wujud ketika PRU13 dan ditambah baik peranan mereka dari masa ke semasa sekaligus menyahut seruan DS Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari.

Hishammuddin Tun Hussein bertanggungjawab tubuhkan JMS?


Saya tidak pasti sejauh mana kesahihan cerita mengenai cadangan barisan Majlis Tertinggi UMNO yang dikhabarkan berkira-kira untuk menubuhkan Jabatan Media Sosial (JMS). Khabarnya ia dipertanggungjawabkan kepada Naib Presiden UMNO iaitu DS Hishammuddin Tun Hussein bagi merangka plan serta strategi JMS.

Jika benar, saya menyambut baik penubuhan JMS kerana ia dilihat perlu bagi menangkis segala tohmahan dan menguruskan persepsi berkaitan kerajaan sekaligus menyaingi kewujudan Red Bean Army (RBA) yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Tetapi diharap individu yang bakal dilantik oleh DS Hishammuddin Tun Hussein kelak bagi mengepalai JMS perlulah terdiri daripada mereka yang arif mengenai perang yang berlaku di media sosial.

Keperluan memberikan penjelasan awal penting di masa akan datang bagi mengelakkan kerajaan dilihat sering kali berada dalam keadaan defensif.

Jangan pula dilantik individu yang boleh menjadi liabiliti kepada parti serta pegawai-pegawai PM yang hanya menjaga sejumlah kecil penggiat media sosial sebaliknya lebih kepada mengisi perut dan poket sendiri. 

Arios...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal