Artis popular bakal gegarkan UiTM Shah Alam untuk mengisi tabung amal YDAB!
Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) yang telah berjaya membantu ribuan pelajar lepasan SPM melalui program Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) sejak tiga tahun yang lalu, bakal menganjurkan Konsert Destini bagi mengisi tabung amal dan dana biasiswa buat membantu golongan pelajar kurang berkemampuan yang sedang mengikuti pengajian Pra Diploma MDAB di UiTM.
Sepanjang penglibatan saya melalui dua siri jelajah YDAB, seingat saya yayasan tersebut telah berjaya membantu lebih 15,000 pelajar lepasan SPM dari golongan kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di peringkat universiti.
Konsert Destini YDAB dengan kerjasama UiTM yang bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember ini merupakan program sampingan selepas program yang dijayakan yayasan tersebut sepanjang tahun 2013 antaranya Jelajah Destini Anak Bangsa 2013, Mengubah Destini Anak Orang Asli, Mengubah Destini Orang India serta Kembara Ramadhan pada bulan ramadhan yang lalu.
Aizuddin Dato Ghazali, CEO YDAB |
Menurut sahabat saya Dato Aizuddin merangkap CEO YDAB, setakat ini sudah lebih 2,000 keping tiket berjaya dijual sejak dibuka untuk tempahan pada awal November tempoh hari. Bagi mereka yang berminat untuk membuat sebarang tempahan tiket boleh hubungi alamat dan talian di bawah :
Dewan Agung Canseleri UiTM, Shah Alam (kaunter mula dibuka pada 9 pg – 5 ptg)
Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) UiTM, Kampus Puncak Perdana.
Pejabat YDAB beralamat 7-3 Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S) U13/S, 40170, Shah Alam.
(Tel. : 03-3343 5080)Twitter : @YDABdihatiku
Facebook : Yayasan Destini Anak Bangsa
YY : Suka berhibur sambil beramal...
No comments:
Post a Comment