NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, August 9, 2012

[VIDEO #SaveKelantan] : Penjaga Ladang Depu Akui Gagal - Satu Lagi Penipuan Husam Musa Terbongkar!


Kelantan Koridor Depu adalah salah satu projek yang diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan usahasama 2 syarikat dan dirasmikan sendiri oleh KDYMM Raja Perempuan Kelantan di Sekolah Menengah Ugama(Arab) Darul Saadah, Beta Hulu, Kota Bharu sekitar tahun 2007.


Ketika kerajaan negeri Kelantan membuat pengumuman projek Ladang Depu pada tahun 2007, berpuluh-puluh billboard telah dipasang di sekitar jalan-jalan utama di negeri Kelantan bagi menghebohkan projek tersebut kepada rakyat Kelantan kerana penanaman pokok depu atau gaharu masih baru dan tidak diusahakan oleh negeri-negeri lain.

Sedangkan harga untuk sekilogram depu gred 'double-super' dikatakan bernilai RM12,000-RM14,000 untuk sekilogram manakala harga pasaran untuk minyak gaharu dikatakan mencecah sehingga RM45,000/kg bergantung kepada kualiti kayu gaharu.

Mengambil kira nilai pasaran depu/gaharu inilah Kelantan Koridor Depu diumumkan sebagai projek untuk meningkatkan ekonomi rakyat Kelantan. Projek Ladang Depu ini dijalankan dengan menggunakan sistem 'pajak & kongsi' oleh kerajaan negeri PAS.

Ini kerana mereka yang mengikuti penanaman depu/gaharu dikatakan mampu meraih hasil yang lumayan selepas 4 tahun usia tanaman tersebut diusahakan.

Saya ulangi 4 tahun selepas tanaman tersebut diusahakan.

Tetapi kenapa sehingga kini diam serta sepi tanpa berita?

Walhal jika diteliti projek yang dimulakan sejak tahun 2007 dan kini memasuki tahun 2012, bermakna  jangka masa lima tahun telah dilalui pokok depu tersebut, pokok-pokok ini sepatutnya telah boleh ditebang untuk diproses dengan anggaran sebatang pokok RM1,000.

Malah Husam Musa ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Adun Nenggiri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Husam dengan begitu yakin memberitahu bahawa projek tersebut berjalan mengikut apa yang telah dirancang.



Benarkah jawapan yang diberikan oleh Husam Musa, jika benar berapa banyak nilai yang telah diperolehi hasil daripada Ladang Depu yang dikatakan bakal meningkatkan ekonomi rakyat Kelantan itu?

Kerana sehingga kini tiada sebarang berita tentang jumlah pendapatan yang diperolehi oleh pengusaha atau mereka yang bekerja di ladang depu diumumkan oleh kerajaan negeri Kelantan, tiada juga sebarang kilang pemprosesan terbesar berjaya dibina hasil koridor depu yang diwar-warkan oleh PAS di Kelantan.

Adakah ladang tersebut berjaya, atau ianya hanyalah sekadar 'projek atas billboard', 'projek batu asas' sebagaimana yang selalu dilakukan oleh PAS?

Untuk mendapatkan jawapan ini, krew Kelantan Cyber Warriors telah bertindak mengunjungi tapak Ladang Depu yang terletak di Bertam, Gua Musang, Kelantan pada hari ketiga umat Islam meraikan Ramadhan sebagaimana intro yang dipaparkan sebelum ini. 

Hasil yang diperolehi adalah :


Pokok depu yang ditanam di bawah Koridor Depu 'mapuh kerah cokeng'!
Semak samun turut memenuhi sekliling pokok depu.
Lihat paparan gambar di bawah bagaimana keadaan batang pokok depu yang berusia 4 tahun di bawah projek Kelantan Koridor Depu :


Bandingkan pula dengan keadaan pokok depu yang berusia 4 tahun di Dannok, Thailand :


Perbezaan ketara ini adalah kerana pokok depu di Dannok, Thailand dijaga baik tetapi pokok depu di Gua Musang tiada penjagaan rapi yang diberikan.

Rakaman pengakuan 'mandur' ladang tersebut turut membuktikan bahawa projek ini memang GAGAL, sekaligus menunjukkan bahawa Husam Musa telah menipu ketika menjawab soalan Adun Nenggiri!



Kelantan Cyber Warriors cabar Husam Musa untuk buktikan jumlah pendapatan dan mereka yang telah berjaya sepanjang 5 tahun Koridor Depu dijalankan oleh kerajaan negeri PAS!

Siapa tauke cina yang begitu mudah memperolehi tanah-tanah di sekitar Gua Musang ini?

Kroni 'ente' kah Husam Musa?

Nantikan pendedahan seterusnya dari krew Kelantan Cyber Warriors...


1 comment:

Anonymous said...

Hahahahahaha ..
Aku bukan nak menghina bro... segolongan orang kelantan memang suka diperbodoh..
Ini Projek Gaharu untuk Balak....

Aku garu belakang engkau , engkau tanam pokok gaharu..

kalau tanam sawit .. 5 tahun dah tuai hasil bro ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...