NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, April 29, 2014

Kerajaan CAT Salah Guna Kuasa Dalam Projek Parking, Guan Eng Diminta Letak Jawatan!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng diminta meletak jawatan sehingga siasatan SPRM terhadap tuduhan salah guna kuasa dalam projek sistem parking selesai. 

Menurut Ramesh Rao, pada 25 April yang lalu aduan difailkan kepada SPRM membabitkan dua tuduhan iaitu menyalah guna kuasa selaku Ketua Menteri dalam projek sistem parking serta pencerobohan secara haram Bukit Relau.



Dimaklumkan esok satu desakan besar-besaran agar Guan Eng meletakkan jawatan akan dilakukan oleh Pertubuhan Minda Sosial & Prihatin serta Kongres Melayu Pulau Pinang. 

Nampaknya kini, Guan Eng tidak lagi mengamalkan konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) sebagaimana dihebohkan DAP ketika dulu. 

Ia terbukti melalui isu pembelian mercedes selain kegagalan Guan Eng menjelaskan mengenai wang kutipan 20 sen hasil 'jualan' beg plastik pada hari isnin iaitu Hari Tanpa Beg Plastik (HTBP) yang diperkenalkan DAP sejak 2010.

Kepada masyarakat Penang, esok baik hangpa pakat ramai-ramai kasi ajaq Guan Eng :

Arios...!

Monday, April 28, 2014

Blogger PR Dakwa Pemilihan PKR Tak Telus & Mungkin Berlaku Sebotaj


Blogger Aduka Taruna melalui laman Facebook mendakwa pemilihan PKR yang dijalankan terlalu berkecamuk dan dilihat tidak telus serta berkemungkinan bakal berlaku sebotaj di antara kem calon yang bertanding.



Paling kelakar adalah calon yang bertanding boleh mendekati meja pengundi dan membantu pengundi untuk mengisi kertas undi tersebut.




Harap-harap, tiada insiden kerusi terbang seperti mana berlaku pada tahun sebelumnya.

Hahaha...

Arios...!

Wednesday, April 23, 2014

Tian Chua Jangan Biadap, Lebih Baik Tutup Mulut & Jangan Bercakap Pasal Hukum Islam!



Menurut Majlis Fatwa hukum asal bersumpah adalah makruh tetapi ia boleh menjadi sunnah, harus, wajib dan haram, bergantung kepada keadaan;
  • Haram : apabila bersumpah untuk melakukan perkara yang haram, atau meninggalkan yang wajib atau bersumpah dusta ke atas sesuatu.
  • Wajib : apabila tiada jalan selain bersumpah untuk memberi pengajaran kepada orang yang zalim dan untuk menegakkan kebenaran.
  • Sunat : sekiranya bersumpah itu menjadi wasilah ke atas orang-orang yang mendengar, dan menjadi penyebab mereka membenarkan sesuatu peringatan dan sebagai nasihat ke atas mereka.
  • Harus : sekiranya bersumpah untuk melakukan perkara ketaatan, serta menjauhi perkara maksiat, atau untuk mendorong melakukan ke arah kebenaran atau untuk memberi peringatan.
Tetapi status sumpah ini tidak diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Dalam kes sumpah Dato Eskay, beliau melakukan sumpah adalah bagi membuktikan lelaki dalam video yang didedahkan oleh beliau adalah Anwar Ibrahim.

Maksudnya, Eskay bersumpah demi menegakkan kebenaran kerana merasakan tiada jalan lain untuk beliau membuktikan di pihak yang benar. Justeru, sumpah Dato Eskay dilakukan dalam keadaan wajib.

Seperti diisyaratkan dalam al-Quran: 
“..kamu menahan kedua orang saksi sesudah solat (untuk bersumpah) dengan nama Allah jika kamu ragu (terhadap mereka),  
“(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun ia kaum kerabat,..” (Surah al-Maa’idah 5:106)
Dalam sumpah Eskay tujuan menggunakan al-Quran adalah bagi menguatkan kandungan sumpah. Sebabnya, bagi seorang Muslim, al-Quran adalah firman Allah dan setiap daripada kita wajib mempercayai firman Allah.

Dengan al-Quran di atas kepala orang yang bersumpah atau memegangnya, dia dapat lebih berasakan kebesaran Allah sehingga apa yang diucapkannya benar-benar sesuai dengan isi hatinya.

Jadi siapa Tian Chua mahu mempertikai sumpah yang dilakukan oleh umat Islam?

Tian Chua seorang ekstremis, seorang yang menggalakkan keganasan, siapa beri dia kelayakkan untuk berbicara mengenai hal ehwal berkaitan hukum orang Islam?

Jika Tian Chua seorang cina yang baik, dia akan berfikiran seperti uncle dalam video ini ;



Pihak polis sudah selesai ke belum kertas siasatan kes Tian Chua mahu gulingkan kerajaan, jika sudah siapkan kertas siasatan tolong cepat-cepat serah kepada peguam negara untuk pendakwaan.

Kali ini kita mahu tengok Tian Chua didakwa, itu pun kalau Ghani Patail ada telur...!

Arios...!

Sunday, April 20, 2014

Anwar Ibrahim Ziarah Kematian Teoh Beng Hock & Karpal Singh Tapi Tak Ziarah Arwah Ustaz Azizan?

Aksi menundukkan kepala di hadapan mayat mendiang Karpal Singh seperti dalam foto di atas bukan kali pertama dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Aksi ini pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin PAS ketika kes Teoh Beng Hock.


Ironinya, Anwar Ibrahim tidak hadir menziarahi atau memberikan penghormatan terakhir jauh sekali bagi mengiringi jenazah arwah Ustaz Azizan yakni rakan kerjasama dalam pakatan yang juga saudara sesama Islam.


Selain Anwar Ibrahim, Wan Azizah juga kelihatan begitu sedih meratapi kematian Karpal Singh, ia digambarkan melalui foto yang disiarkan di Malaysiakini. 


Malangnya wajah wanita bertudung dan bersarung tangan ini tidak tidak kelihatan ketika ustaz Azizan terlantar di hospital sehingga dikebumikan, yang kelihatan waktu itu hanya wajah kesedihan Datin Sri Rosmah Mansur ketika mengiringi PM menziarahi saat-saat akhir arwah Ustaz Azizan di hospital.


Mungkin bagi Anwar Ibrahim dan PKR kematian si kafir lebih mulia daripada kematian saudara seagama Islam. Saya bukan ustaz, saya tidak layak komen bab hukum-hakam agama. 

Satu soal jawab di ambil dari Abu Aqif Studio mungkin berguna :

"Ustaz Idris sudah menerangkan haram diletakkan mayat di hadapan ketika jemaah sedang bersolat waktu. Orang yang sedang bersolat tiada niat langsung untuk tunduk hormat kepada jenazah. Namun ianya tetap diharamkan di dalam Islam. Apa tah lagi jika menunduk dengan sengaja dengan bertujuan untuk memberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Bagi umat Islam perkara ini diharamkan dan perlu dielakkan. Jika dilihat pada solat jenazah sekalipun, rukun solat jenazah, tidak ada satu pun rukunnya menunduk atau rukuk ataupun sujud. 

Namun ada di kalangan pemimpin Islam tidak peka akan isu ini dan sewenang-wenangnya melakaukan perkara yang diharamkan. Diharap selepas ini, dapat dikongsikan video dan kenyataan ini kepada seluruh umat Islam supaya perkara yang sama tidak berulang lagi."

Soalan:

Anwar Ibrahim datang ziarah orang kafir mati tapi tak datang sahabat Islamnya yang mati seperti arwah Ustaz Azizan dan arwah Ustaz Harun Taib?

Jawab:

Sesama muslim kita mempunyai hak antara satu sama lain. Terdapat beberapa hadith yang membicarakan berkenaan hak sesama muslim. Ada yang menyatakan 5 hak Ada juga membicarakan 6 hak yang boleh dituntut dan wajib diberi oleh semua umat Islam yang terdapat di dalam hadith sahih di antaranya adalah apa yang disebutkan dalam sebuah hadits shahih bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْهُ وَإِذَا عَطِسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

"Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam: Jika engkau bertemu dengannya maka ucapkan salam, dan jika dia mengundangmu maka datangilah, jika dia minta nasihat kepadamu berilah nasihat, jika dia bersin dan mengucapkan hamdalah maka balaslah (dengan doa: Yarhamukallah), jika dia sakit maka kunjungilah dan jika dia meninggal maka antarkanlah (ke kuburan) (Riwayat Muslim)

1. Bagi salam bila bertemu
2. Penuhi jemputan
3. Apabila diminta nasihat, berilah nasihat
4. Apabila bersin, doakanlah dia
5. Apabila sakit, ziarahilah dia
6. Apabila mati, iringilah jenazahnya

Al-fatihah buat arwah Ustaz Azizan dan arwah Ustaz Harun Taib...

Arios...!

Thursday, April 17, 2014

Pembangkang Cuba Jadikan Kematian Murugan Seperti Kes Kugan - Ramesh Rao


Pembangkang dilihat cuba menjadikan kematian Murugan Muniandy sebagai isu perkauman sebagaimana dilakukan terhadap mendiang A. Kugan yang ditemui mati dalam lokap pada tahun 2009. 

Saya memuji langkah saudara Ramesh Rao, Presiden Pertubuhan Minda Sosial & Prihatin yang ke depan membela kematian Murugan jika benar ada unsur salah laku oleh pihak polis. 

Selain turut mengingatkan pembangkang jangan menyalahkan polis tanpa bukti yang sahih serta menjadikan kematian Murugan sebagai isu perkauman.

Tindakan Ramesh Rao sekurangnya berjaya membantutkan hasrat pembangkang untuk memanipulasi kesedihan keluarga mendiang Murugan demi kepentingan politik mereka.

http://www.malaysiakini.com/news/260057

Semalam malaysiakini melaporkan kematian Murugan di ruangan berbayar, selepas itu berita tersebut dimainkan oleh beberapa bloggers serta laman-laman Facebook milik PR. Berdasarkan carian 'google' jelas dilihat tujuan sebenar pembangkang bukan untuk membela kematian Murugan sebaliknya untuk memburukkan kerajaan.



Jika diteliti, ia taktik yang sama digunakan oleh pembangkang ketika memanipulasi kematian Kugan bagi memburukkan imej pihak polis dan kerajaan.

Difahamkan hari ini, Ramesh Rao turut mengadakan satu sidang media mencabar Anwar Ibrahim menyelesaikan isu air di Selangor.




Siapa si Ramesh Rao sebenarnya?

Nak kata pemimpin MIC bukan, pemimpin Kimma lagi la bukan. Takkan UMNO kot?

Nampak gaya gua kena siasat latar belakang Ramesh Rao, siapa mamat ni dan apa fungsi NGO Pertubuhan Minda Sosial & Prihatin?

Saya nak komen lebih pun tak boleh sebab cuma kenal sebagai Ramesh Rao di Facebook dan juga Twitter. 

Walau apa pun, bro Ramesh lu memang steady kerana menyedari hasrat pembangkang untuk mempolitikkan kematian Murugan.

Arios...!

Wednesday, April 16, 2014

Lutut Mengeletar, Badan Lemah Menerima Berita #MH370 - Datin Sri Rosmah Mansur


"Hentikan segala spekulasi bagi menjaga hati keluarga penumpang dan anak kapal" - itulah hasrat Datin Sri Rosmah Mansur kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak 40 hari yang lalu.

Walaupun ramai sering mengutuk serta mengeji beliau, saya tersentuh melihat keikhlasan Datin Sri Rosmah bila bertemu dengan seluruh keluarga mangsa MH370 tempoh hari.

Majoriti rakyat masih meletakkan harapan agar semua penumpang dan anak kapal ditemui dalam keadaan selamat walaupun telah memasuki 40 hari kehilangan.

Ikuti luahan hati Datin Sri Rosmah Mansur bila terkenangkan peristiwa MH370 :
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi anggota keluarga penumpang dan anak kapal. 
"Jangan buat spekulasi selagi tak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu," katanya. 
Sesiapa yang mempunyai maklumat sahih dan kredibel perlu tampil ke depan dalam usaha ke arah mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas. 
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara selama sejam terbitan BernamaTV yang disiarkan secara langsung malam tadi. 
Ia juga disiarkan secara langsung melalui laman web Bernama. "Jangan seperti anda baling batu dan sembunyi tangan (dalam membuat spekulasi). 
Itu pengecut namanya, jangan mengata saja, tak bagi solution (jalan penyelesaian)," 
Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. 
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi. 
Rosmah berkata sebagai seorang wanita dan ibu, beliau dapat menyelami kesedihan dirasai anggota keluarga terbabit yang terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan tentang nasib orang tersayang yang berada dalam penerbangan itu. 
Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku. Bagaimanapun katanya beliau merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini. 
"Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong. 
Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka," katanya. 
Bila ditanya tentang reaksi pertamanya apabila mendapat berita berhubung insiden itu, Rosmah berkata beliau merasa sedih dan terkejut. 
"Saya terkejut, lutut menggeletar, badan juga rasa lemah, malah terus berdoa kapal terbang segera ditemui," 
Perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal. 
Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38. 
"Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu," katanya. Katanya lagi, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal. 
Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38. 
Menurut Rosmah lagi, hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan negara lain menyaksikan pelbagai negara tampil membantu mencari MH370 dengan pelbagai aset dan kelengkapan canggih. 
Turut berkongsi sedikit dengan penonton mengenai perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin asing berhubung perkara itu. 
"Belum sempat suami saya habis bercerita mengenai insiden kehilangan pesawat tu, ramai yang terus menyatakan kesediaan untuk membantu dan bertanyakan apa yang boleh mereka bantu," katanya. 
Usaha mencari itu pada satu ketika melibatkan sehingga 26 negara dan ia dilihat sebagai operasi pencarian paling besar dalam sejarah penerbangan.

Update : 8.30 pm  

[VIDEO] : Calon Timb. Presiden PKR Si Ekstremis Tian Chua Malu Besar Hanya Lapan Saja Penyokong Berhimpun!


Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh dan lapan...

Lapan orang saja....?

Hahaha...

Hanya lapan orang saja pengikut si ekstremis Tian Chua...?

Rozan ini saja ke yang mampu kamu kumpul untuk tunjukkan kesetiaan kamu kepada Tian Chua...

Takkan ini saja jumlah pengikut yang menyokong Tian Chua, satu nama besar dalam PKR yang turut menawarkan diri untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR...?

Aksi demo paling bodoh untuk tahun 2014 ;



Hahaha... lagu untuk hari ini ;



YY : In politics stupidity is not handicap...

Tuesday, April 15, 2014

Mahu Gulingkan Kerajaan Dalam Masa 5 Bulan - Si Ekstremis Tian Chua Ditahan Bawah Akta Hasutan 1948


Setelah lebih sebulan laporan polis dibuat, akhirnya Tian Chua telah ditahan pada jam 7.45 malam tadi di lobi Hotel Armada kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan.



Tian Chua sebelum ini bertindak mengeluarkan kenyataan mahu menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri DS Najib Razak dalam tempoh lima bulan sebaik sahaja Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman atas kesalahan meliwat.

Ekoran kenyataan biadap tersebut, satu laporan polis dibuat oleh bekas ADUN Batu Kawan, Huan Chen Guan pada 7 Mac yang lalu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Harap kali ini Tian Chua didakwa di mahkamah dan jangan pula pemimpin UMNO atau mana-mana peguam bertindak memaafkan kebiadapan Tian Chua.

Arioss..!

Sunday, April 13, 2014

Langkah Penjimatan @AhmadMaslan Belanjakan RM17 Juta Publisiti GST Tapi Rakyat Tak Faham? @NajibRazak


GST...

Goods and Services Tax atau dalam bahasa melayu Cukai Barangan dan Perkhidmatan...

GST adalah satu perkara yang bermanfaat kepada rakyat dan ia diakui sendiri oleh Anwar Ibrahim ;


Justeru saya merasakan beruk-beruk pembangkang yang bermain dengan playkad membantah GST tempoh hari hanya bertindak untuk menarik perhatian delegasi Australia dengan harapan aksi mereka disiarkan di tabloid-tabloid utama di negara berkenaan.

Pelaksanaan GST juga memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah. GST akan menurunkan IHP tetapi bukan bermakna IHP mesti turun selepas GST dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain.

Ok cukup sampai situ, kerana saya bukanlah salah seorang dari 500 speaker yang dilatih menjelajah memberi penerangan kepada rakyat. Ironi di sebalik 500 speaker terlatih ini, rakyat dilihat masih samar-samar dan kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan GST.

Usahkan rakyat, rasanya masih ada wakil rakyat yang masih kurang jelas perihal GST.


Ok ketepikan promosi melalui televisyen, radio, billboard - kita tengok publisiti GST yang dilakukan oleh MOF dalam usaha menerangkan kepada rakyat Malaysia mengenai kebaikkan sistem GST.



Boring...

Kita tengok yang lain pulak...



Juga memboringkan seperti Ahmad Maslan...

Kita cari yang up to date sikit...



Melihat bahan-bahan rasmi GST yang memboringkan ini, maka tidak hairanlah pembangkang mudah manipulasi isu GST dengan menyebarkan pelbagai bahan-bahan yang lebih menarik untuk ditonton.

Saya boleh luangkan masa seharian untuk mencari semua bahan-bahan berkaitan GST yang rasmi dikeluarkan oleh MOF. Tapi rasanya cukuplah dengan beberapa video ini sebagai contoh. 

Hairan dana RM17 juta dibelanjakan untuk publisiti GST, tapi masih ramai rakyat yang keliru, kurang jelas malah ada yang tidak faham apakah kebaikkan GST dan kenapa ia perlu dilaksanakan.

Kenapa MOF tidak menggunakan aktivis media sosial pro BN yang terdiri daripada Facebookers, Bloggers, Kartunis sebagai platform dalam menyebar dan perbesarkan sebaran serta info mengenai GST?

Justeru boleh Ahmad Maslan berikan signifikan atau peratusan berapa ramai rakyat yang faham mengenai GST setelah membelanjakan sebanyak RM17 juta sepanjang dua tahun publisiti dilakukan?

Tidak malukah MOF setelah belanjakan RM17 juta bagi program publisiti di media sosial selepas kena balun dengan PR, aktivis Facebookers, Bloggers pro BN juga yang kamu cari minta bantu perjelaskan.

Jangan pula Datuk Ahmad Maslan sikat rambut sambil berkata publisiti GST menelan belanja RM17 juta ini merupakan langkah ke 12 penjimatan kerajaan hasil inisiatif sendiri memandangkan PM hanya umumkan 11 langkah sahaja.

Hello MOF, jangan syok sendiri di media sosial perlukan rangkaian yang luas dan percayalah aktivis media sosial yang secara sukarela membantu BN mempunyai rangkaian mereka tersendiri.

Mungkin kalau kena gaya tak perlu habis berjuta...



Hahaha...

Arioss...!

YY : Sharing is caring...!

Reformis Persoal Tian Chua & Sivarasa Mengenai Dana RM100 Juta Milik Parti?



Sejak 2012 kita ketahui, SUARAM merupakan instrumen kepada badan Amerika iaitu National Endowment for Democracy (NED) dan National Democracy Institute (NDI) dalam melemahkan kerajaan atas nama hak asasi manusia.

Menjelang pemilihan PKR kedengaran rungutan daripada reformis yang mula mempersoalkan dana milik parti yang diterima oleh Tian Chua serta Sivarasa dari badan Amerika berjumlah RM100 juta.

Menurut otai-otai reformis, melalui dana yang diperolehi PKR berjaya menyogok Lajim Ukim supaya menyertai PKR dengan bayaran sebanyak RM20 juta selain membiayai gerakan kumpulan MNLF bagi menghuru-harakan Sabah sebelum PRU13.

Perkara ini didedahkan oleh blog - Mr. Kinabalu Boy


Malah khabarnya kumpulan reformis yang setia berjuang bersama Anwar Ibrahim berang selepas mengetahui bahawa baki wang tersebut tidak diserahkan kepada parti sebaliknya Tian Chua bertindak menyerahkan kepada SUARAM.

Mereka juga dikatakan merancang untuk mendesak Tian Chua dan Sivarasa memberi penjelasan sebelum pemilihan PKR. Ini kerana tindakan Tian Chua yang memasukkan dana tersebut ke dalam tabung SUARAM dianggap telah membelakangkan perjuangan parti tersebut. 




RM100 juta...?

Jika benar dana tersebut dibelanjakan untuk menyogok Lajim katakan sebanyak RM20 juta...

Membiayai kumpulan pemisah Filipina MNLF juga RM20 juta...

Rekayasa fitnah perbicaraan Scorpene di Perancis pun RM20 juta

Baki ada dalam RM40 juta...

Soalan buat totok-totok PKR berapa ramai kumpulan dan pejuang reformis bakal terbela jika Tian Chua serahkan RM40 juta kepada parti bukan kepada SUARAM...?

Mungkin reformis tidak perlu menangis lagi sebagaimana berlaku pada tahun 2009 ;

BACA SINI


Arioss...!

YY : Buat fitnah lebih kaya dari jual unta wow!

Friday, April 11, 2014

SUARAM Rasuah Kakitangan Kerajaan, Apa Status Siasatan KDN?


Cerita mengenai pihak asing membiayai gerakan SUARAM bukan perkara baru, ia telah didedahkan sebelum ini oleh beberapa pihak yang pernah bersama gerakan tersebut seperti Gobalakrishnan, Lokman Adam dan Azwanddin Hamzah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Malah JMM turut mendedahkan bahawa sejak 1998, sebanyak RM100 juta telah disalurkan oleh pihak asing kepada SUARAM menerusi IKD dan Malaysiakini. SUARAM dipercayai menjadi agen bagi PKR dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Selain itu SUARAM juga bertindak merasuah kakitangan kerajaan bagi mendapatkan dokumen-dokumen sulit yang boleh dijadikan bahan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Perkara ini pernah didedahkan Azwanddin pada tahun 2012 di mana JMM mempunyai bukti penglibatan 10 kakitangan kerajaan dengan SUARAM.



Ekoran pendedahan tersebut, KDN ketika itu diterajui DS Hishammuddin Tun Hussein dikatakan memantau aktiviti SUARAM serta menyiasat dakwaan yang didedahkan oleh JMM.

Persoalannya apakah status siasatan tersebut, adakah ia diteruskan atau telah terhenti sebaik saja portfolio Kementerian Dalam Negeri bertukar menteri bertanggungjawab?


Pada siapa soalan ini harus diajukan.

Adakah KDN masih memantau aktiviti SUARAM atau ia sudah dihentikan?

Memandangkan DS Zahid Hamidi sibuk membantu sekelompok kaum cina DAP yang sebelum ini malu menjadi warganegara Malaysia sehingga bertindak mengoyakkan pasport Malaysia kita tangguhkan dulu persoalan berkaitan SUARAM.

Hahaha...

Arios...!


Wednesday, April 9, 2014

Elak Pertanian Dilabel Punca Tanah Runtuh @IsmailSabri60 Lancar Kempen Peliharalah Tanah Kita #DSIS


Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. 

Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti.

Setiap kali berlaku kejadian tanah runtuh, sektor pertanian sering dikatakan punca dan penyebab utama kejadian hakisan tanah.

Contohnya kadar hakisan tanah kebun sayur kawasan terbuka di Cameron Highlands mencecah 84 tan  sehektar setahun meskipun penggunaan tanah untuk aktiviti pertanian di kawasan tersebut hanya sekitar 7.4 hektar. 

Bagi mengatasi masalah tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif memperkenalkan kempen 'Peliharalah Tanah Kita' satu kempen yang menetapkan garis panduan dalam pembangunan tanah bercerun untuk sektor pertanian.


Buku panduan versi terbaru yang dilancarkan oleh DS Ismail Sabri di Wisma MOA semalam bakal mengelakkan persepsi negatif sesetengah pihak yang sering kali menganggap sektor pertanian adalah punca berlakunya hakisan tanah.

Kempen 'Peliharalah Tanah Kita' beberapa langkah transformasi terbaru MOA selepas mengadakan 'bilateral meeting' bersama Vietnam ketika kunjungan PM DS Najib Tun Razak tempoh hari.


Selepas Vietnam, Kementerian Pertanian melalui DS Ismail Sabri turut mengadakan 'bilateral meeting' bersama Denmark bagi mengeratkan kerjasama yang sedia ada antara kedua-dua negara dalam sektor pertanian, perikanan dan ternakan.



Monday, April 7, 2014

SUARAM Taja Tian Chua Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Cabar Azmin Ali?



Selain perebutan jawatan Presiden melibatkan pasangan suami isteri, pertembungan tiga penjuru melibatkan penyandang iaitu Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan Tian Chua untuk jawatan Timbalan Presiden PKR juga dilihat bakal menghangatkan bahang pemilihan PKR 2014.

Menurut sumber dalaman PKR, perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR lebih panas selepas Tian Chua turut menawarkan diri untuk bertanding kerana Tian Chua dikatakan bakal mendapat bantuan sepenuhnya dari SUARAM.



SUARAM mahu Tian Chua memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR kerana keupayaan yang dimiliki oleh Tian Chua dalam menghasut dan mencetuskan kebencian di kalangan rakyat. 

Tian Chua antara peranan penting yang membantu SUARAM dalam memfitnah kerajaan konon terdapat perbicaraan di Mahkamah Perancis berkaitan pembelian Scorpene.

Malah SUARAM dikatakan akan membantu dan membiayai sepenuhnya kempen Tian Chua sepanjang pemilihan PKR 2014 yang bermula 25 April hingga 11 Mei 2014.

Nampaknya selain perlu melepasi halangan yang dibina dari kem Khalid Ibrahim, Azmin Ali terpaksa berhempas pulas merobohkan tembok yang dibina oleh Tian Chua dengan bantuan SUARAM yang dibiayai oleh Open Society Institute (OSI) yang diasaskan oleh Soros.


YY : Mampu ke Azmin Ali pertahankan jawatan apabila Tian Chua dibantu oleh pertubuhan Suara Anak Haram? 

Saturday, April 5, 2014

@IsmailSabri60 Optimis Tingkatkan Pengeluaran Beras Petani Tempatan #DSIS


Tertarik melihat perubahan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri sejak berpindah dari KPDNKK.

Antara perubahan yang dilakukan adalah menjadikan semua kakitangan sebagai satu satu keluarga besar, tiada vvip atau vip serta mengarahkan setiap program tidak perlu hiasan melampau bagi mengelakkan berlaku pembaziran seperti diucapkan dalam perhimpunan bulanan MOA minggu lepas.

Selain menyelesaikan isu tertangguh dengan negara-negara jiran berkaitan bidang pertanian dan perikanan, DS Ismail Sabri menerusi MOA optimis untuk meningkatkan pengeluaran beras negara bagi mengurangkan kebergantungan terhadap beras import.

Langkah ini bertujuan meningkatkan pengeluaran beras oleh petani tempatan sebanyak 100 peratus menjelang tahun 2020 kerana ketika ini hasil pengeluaran beras oleh petani tempatan hanya 70 peratus.

Petikan laporan Bernama :



Pertahan Islam, Tolak Tuntutan Comango! #AntiComango


Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mahu umat Islam di negara ini bersatu menolak tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) bagi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana ia jelas bercanggah dengan Islam.

Yang Dipertua Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata umat Islam perlu meletakkan kepentingan agama terlebih dahulu berbanding perkara lain.

“Bantahan kerajaan terhadap tuntutan Comango ini jelas membuktikan kerajaan amat tegas dalam mempertahankan agama Islam sebagai agama persekutuan, mempertahankan budaya dan nilai-nilai yang masih menjadi asas kepada struktur kenegaraan kita,” katanya selepas menghadiri Karnival Bicara Sakinah di sini hari ini.


Comango pada Oktober tahun lepas dilaporkan menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender kepada Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland.

Semalam, kerajaan Malaysia tegas mempertahankan kedaulatan Islam apabila menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam 232 syor negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam sesi penerimaan muktamad mengenai hak asasi manusia di Geneva.

Kebanyakan syor yang ditolak ialah tuntutan dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Okt 2013.



Dr Asyraf yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata pendirian kerajaan itu merupakan satu perkembangan yang sangat baik dalam usaha mempertahankan Islam di negara ini, namun ancaman itu dijangka berterusan kerana Comango dijangka terus membuat pelbagai tuntutan sehingga sesi berikutnya pada 2017.

“Ini bermakna kejayaan ini tidak akan bertahan, Comango akan ada susulan kerana semakan ini empat tahun sekali dan desakan ini akan terus berlaku.

“Apabila kita bersatu dengan sendirinya apa jua tuntutan asing yang dibawa akan tertolak dan pada masa yang sama Yadim akan teruskan sokongan kepada NGO Islam untuk kita merangka pelan jangka panjang untuk kita berjuang,” katanya. (umno online)


Jalankan tanggungjawab anda sebagai orang Islam dengan menandatangani petisyen menolak Comango - [SINI]

Thursday, April 3, 2014

Ekstremis PKR Tian Chua Mahu Gulingkan @NajibRazak Kerana Pihak Berkuasa Tidak Tegas?


Kelebihan menjadi pemimpin parti pembangkang adalah mereka boleh menghasut kebencian, fitnah kepada pemimpin kerajaan termasuk isteri tanpa perlu berasa risau dikenakan tindakan undang-undang. 

Malah tidak keterlaluan jika kita katakan pemimpin pembangkang kebal dari sebarang tindakan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas semua rakyat Malaysia.

Jika masih ingat dulu Tian Chua pernah menyiarkan gambar memfitnah DS Najib Razak konon sedang menjamu selera bersama Altantuya dan Razak Baginda di laman blog miliknya.


Walaupun gambar yang disiarkan berniat jahat mengaitkan DS Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya, tetapi apa tindakan yang dikenakan terhadap Tian Chua?

Seperti biasa, dipanggil soal-siasat selepas itu dibebaskan tanpa tindakan susulan.

Mungkin kerana tiada ketegasan daripada pihak berkuasa menyebabkan pemimpin pembangkang seperti Tian Chua tidak sedikit pun mematuhi undang-undang serta etika sebagai wakil rakyat.

Tidak cukup memfitnah perdana menteri, Tian Chua juga menunjukkan sikap ekstremis apabila bertindak mengigit seorang anggota polis serta memfitnah anggota-anggota yang terkorban dalam peristiwa Lahad Datu.



Jadi tidak hairanlah Tian Chua dengan berani menghasut untuk menggulingkan kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak malah berbangga mengatakan dia memegang rekod sebagai individu yang paling banyak memiliki laporan polis.



Tak perlu sakit kepala fikir apa nasib Tian Chua kerana seperti biasa rakyat akan bertindak membuat laporan polis dan pihak polis akan membuka kertas siasatan dengan memanggil Tian Chua untuk beri keterangan selepas itu bebas tanpa tindakan susulan.

Malaysia Books Of Records patut masuk nama Tian Chua sebagai manusia paling banyak memiliki laporan polis dan satu-satunya rakyat Malaysia yang masih bebas selepas mengigit anggota polis.

Hahaha...

Arioss...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...