NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Rosmah Mansur. Show all posts
Showing posts with label Rosmah Mansur. Show all posts

Saturday, July 12, 2014

Prihatin Nasib Rakyat & Kanak-Kanak Bosnia, Datin Sri Rosmah Mansor Sumbang RM100 Ribu


Menyedari cabaran lebih 1.6 juta rakyat Bosnia terutama 50,000 kanak-kanak yang terjejas akibat banjir teruk yang berpunca dari taufan Tamara pada bulan Mei lalu, penaung kepada The Global Children's Wellbeing Fund, Datin Sri Rosmah Mansur memberikan sumbangan RM100,000 bertujuan meringankan penderitaan rakyat Bosnia sempena Ramadhan.

Sumbangan cek oleh Datin Rosmah Mansur disampaikan kepada Duta Besar Bosnia, Tarik Bukvic di Seri Perdana semalam. Untuk rekod Malaysia merupakan negara yang rapat dengan Bosnia sejak 1992 hingga 1995 ketika Bosnia berhadapan dengan konflik.

Memetik laporan The Star :


Pembangkang yang 24 jam mengutuk isteri PM tidak pula ke depan dalam membantu rakyat Bosnia, apatah lagi mahu berbicara mengenai rakyat Palestin.

Arios...!

Thursday, June 19, 2014

Program PERMATA Jadi Mangsa Kerana Iri Hati MP Rantau Panjang Terhadap Rosmah Mansor?


Orang tua pernah berpesan, kalau tidak tahu sila bertanya kepada yang tahu, kalau tidak pandai, belajar dari yang pandai. Malangnya pesanan orang dulu kala tidak dipratikkan oleh kebanyakkan ahli PAS. 

Jika ahli bawahan sahaja mempamerkan sifat dungu mereka, itu adalah perkara yang biasa kita lihat. Namun agak luar biasa apabila pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat di dalam Dewan Parlimen turut mampamerkan sifat dungu mereka.

Perbuatan Siti Zailah yang mempersoalkan (menuduh) program Permata bertujuan menaikkan nama Datin Sri Rosmah Mansur mungkin tidak keterlaluan tetapi bagi saya ia menggambarkan satu kebodohan yang jelas dan nyata dipamerkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Kerana projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Hasilnya, kini Kazakstan difahamkan mahu menjadi program Permata sebagai model untuk dilaksanakan di negara mereka.

Penubuhan Permata pula bukan dilakukan oleh Datin Sri Rosmah Mansur sendirian, sebaliknya ia dibuat bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja yang sungguh membimbangkan.

Justeru, apa gila YB Siti Zailah mengatakan program Permata bertujuan menaikkan nama Datin Sri Rosmah Mansur?

Setakat ini tiada satu pun nama Datin Sri Rosmah Mansur melonjak naik kerana kecemerlangan anak-anak yang mendapat pendidikan awal melalui Permata. 

Sebaliknya nama serta imej negara yang melonjak naik di mana Kazakhstan serta beberapa negara lain mengakui dan mahu menjadikan program Permata Negara sebagai model untuk dibangunkan di negara mereka dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanal seawal usia 4 tahun.


Apa yang saya nampak, tindakan YB Rantau Panjang cuba membangkitkan nama Datin Sri Rosmah Mansur semata-mata mahu mencipta isu baru selepas satu persatu fitnah yang mereka mainkan dilihat tidak berjaya menarik perhatian masyarakat.

Dari cerita pasal Permata baik kita cerita apa tindakan YB Siti Zailah untuk membangunkan pendidikan kanak-kanak seawal usia 4 tahun di Rantau Panjang sejak memegang jawatan ahli parlimen Rantau Panjang?

Setahu saya, ramai anak-anak Rantau Panjang tercicir dalam bidang pendidikan disebabkan kemiskinan.

Apa tindakan YB Siti Zailah..?

Takkan nak hantar mereka mengikuti program Permata pulak?

Hahaha...

YY : AG coming soon...

Wednesday, April 16, 2014

Lutut Mengeletar, Badan Lemah Menerima Berita #MH370 - Datin Sri Rosmah Mansur


"Hentikan segala spekulasi bagi menjaga hati keluarga penumpang dan anak kapal" - itulah hasrat Datin Sri Rosmah Mansur kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak 40 hari yang lalu.

Walaupun ramai sering mengutuk serta mengeji beliau, saya tersentuh melihat keikhlasan Datin Sri Rosmah bila bertemu dengan seluruh keluarga mangsa MH370 tempoh hari.

Majoriti rakyat masih meletakkan harapan agar semua penumpang dan anak kapal ditemui dalam keadaan selamat walaupun telah memasuki 40 hari kehilangan.

Ikuti luahan hati Datin Sri Rosmah Mansur bila terkenangkan peristiwa MH370 :
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi anggota keluarga penumpang dan anak kapal. 
"Jangan buat spekulasi selagi tak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu," katanya. 
Sesiapa yang mempunyai maklumat sahih dan kredibel perlu tampil ke depan dalam usaha ke arah mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas. 
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara selama sejam terbitan BernamaTV yang disiarkan secara langsung malam tadi. 
Ia juga disiarkan secara langsung melalui laman web Bernama. "Jangan seperti anda baling batu dan sembunyi tangan (dalam membuat spekulasi). 
Itu pengecut namanya, jangan mengata saja, tak bagi solution (jalan penyelesaian)," 
Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. 
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi. 
Rosmah berkata sebagai seorang wanita dan ibu, beliau dapat menyelami kesedihan dirasai anggota keluarga terbabit yang terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan tentang nasib orang tersayang yang berada dalam penerbangan itu. 
Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku. Bagaimanapun katanya beliau merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini. 
"Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong. 
Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka," katanya. 
Bila ditanya tentang reaksi pertamanya apabila mendapat berita berhubung insiden itu, Rosmah berkata beliau merasa sedih dan terkejut. 
"Saya terkejut, lutut menggeletar, badan juga rasa lemah, malah terus berdoa kapal terbang segera ditemui," 
Perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal. 
Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38. 
"Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu," katanya. Katanya lagi, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal. 
Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38. 
Menurut Rosmah lagi, hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan negara lain menyaksikan pelbagai negara tampil membantu mencari MH370 dengan pelbagai aset dan kelengkapan canggih. 
Turut berkongsi sedikit dengan penonton mengenai perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin asing berhubung perkara itu. 
"Belum sempat suami saya habis bercerita mengenai insiden kehilangan pesawat tu, ramai yang terus menyatakan kesediaan untuk membantu dan bertanyakan apa yang boleh mereka bantu," katanya. 
Usaha mencari itu pada satu ketika melibatkan sehingga 26 negara dan ia dilihat sebagai operasi pencarian paling besar dalam sejarah penerbangan.

Update : 8.30 pm  

Tuesday, March 4, 2014

Kebaikkan Menteri BN Msiakini Tidak Laporkan Apatah Lagi Kebaikkan Rosmah Mansor!


Saya tidak mahu mengulas panjang lebar, saya juga tidak mahu mempertikaikan anugerah yang dimenangi oleh Malaysiakini kerana ia dinilai berdasarkan jumlah undian dari orang ramai.

Apa yang saya mahu tekankan adalah kemenangan Malaysiakini sebagai portal terbaik membuktikan masih ramai pihak di luar sana tidak menyedari peranan besar Malaysiakini serta penipuan yang telah dilakukan portal berkenaan.

Sebelum ini pernah didedahkan mengenai dana yang disalurkan kepada Malaysiakini oleh National Endowment For Democracy (NED) iaitu sebuah pertubuhan yahudi yang memperjuangkan hak asasi manusia.



Motif Malaysiakini juga dapat dilihat setiap kali melaporkan berita mengenai isteri Perdana Menteri.



Pendek kata jangan harap dapat melihat Malaysiakini melaporkan kebaikkan yang dilakukan oleh isteri kepada Perdana Menteri. 

Kerana kebaikkan yang dilakukan menteri-menteri kerajaan tidak pernah dilaporkan secara tepat oleh Malaysiakini.

Kalau ada pun ia boleh dikira dengan jari dan lebih kepada putar belit kenyataan!

Arioss...!

YY : Suka ambil tahu dan buat tak tahu setiap laporan Malaysiakini...

Monday, March 3, 2014

Rosmah Mansor Maafkan Hew dan Doakan Dia Perolehi Kesejahteran Hidup!

Malang nasib Datin Seri Rosmah Mansor kerana selang sehari dimanipulasi portal Malaysiakini, beliau menjadi mangsa kejian dan hinaan dari chauvanis cina DAP.


Hew yang mendoakan agar isteri perdana menteri menemui ajal, turut melemparkan penghinaan besar kepada wanita yang memiliki fizikal gemuk. 

Namun sebentar tadi, kelihatan satu pesanan sms dari isteri perdana menteri yang tersebar di laman Facebook di mana beliau tidak berkecil hati malah memaafkan doa kematian ke atas dirinya.
"Assalamualaikum wrb wth. dan Selamat Sejahtera. Saya mendengar dan mengetahui bahawa Sdra Hew Kuan Yew ada mendoakan agar saya diserang sakit jantung dan segera menemui ajal. Saya memaafkan tindakan beliau dan percaya ia dilakukan dibawah sedar. Bagi saya, saya akan sentiasa mendoakan Sdra Hew Kuan Yew sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kerahmatan hidup agar beliau dapat terus menikmati kesejahteraan hidup aman dan damai di bumi bertuah Malaysia." 
Salam - Rosmah Mansor
Arioss...!

YY : tidak semua cina biadap, yang biadap cuma cina chauvanis DAP!

Saturday, March 1, 2014

Manipulasi Setiap Aktiviti Rosmah Mansur Skop Laporan Malaysiakini Selepas Raih Anugerah Portal Terbaik


Bagi pihak pembangkang berita mengenai Rosmah Mansur adalah satu rahmat kerana ia dianggap sebagai 'peluru' untuk menjatuhkan BN.

Jika diteliti gelombang serangan terhadap isteri PM telah digerakkan oleh portal Malaysiakini sebaik saja DS Najib Razak memegang jawatan Perdana Menteri sehingga kempen PRU13 yang lalu.

Satu contoh manipulasi ke atas isteri PM sebelum PRU13 :



Setelah menyepi, Rosmah Mansur kembali dijadikan target oleh portal malaysiakini, media portal yang meraih anugerah portal terbaik semalam.

Ia dilihat berdasarkan imej di portal berkenaan di mana karikatur yang menggambarkan imej Rosmah Mansur kembali menjadi subjek dalam karya Zunar.







Modus operandi ialah memerhati dan merakam segala gerak-geri, percakapan, kelakuan Rosmah Mansur  dengan mengikuti segala program-program yang dihadiri oleh beliau. Terbaru adalah video 40 saat yang dikeluarkan oleh Malaysiakini.



Kenapa hanya 40 saat, ada ke orang berucap 40 saat dalam satu majlis dan yang paling utama adalah kenapa difokuskan bahagian :

"The rakyat have taken everything from me"

Ini pun ada kawan-kawan termakan, satu soalan untuk semua - pernah ke saudara hadiri program di mana tetamu terhormat hanya berucap selama 40 saat?

Kebanyakkan yang saya hadir mereka berucap seolah-olah tidak mahu berhenti.

Apakah salah besar seorang isteri PM yang bekerja untuk rakyat manakala seorang isteri yang bekerja dengan skandal dan menuntut fasakh dari suami langsung tidak bersalah?

Nampak gaya isteri kepada pemimpin pembangkang tidak perlu bekerja untuk rakyat terutama isteri pemimpin PAS, cukuplah mereka bekerja memuaskan hawa nafsu suami di rumah.

Arioss...!

Sunday, November 11, 2012

Maaf Cakap! Tindakan & Aksi Yang Bakal Mengjahanamkan DS @NajibRazak


Tatkala BN tengah berhempas-pulas memenangi hati pengundi cina, timbul pula tindakan 'gila glamour' yang telah menimbulkan rasa meluat, cemuh tidak mustahil juga ada rakyat yang benci melihat tindakan DS Rosmah Mansur yang duduk di tengah-tengah di antara pasangan pengantin baru Lee Chong Wei & Wong Mei Chu sehingga membataskan pasangan pengantin untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.

Ahhh...

Saya tiada masalah sama ada Datin Rosmah Mansur hendak duduk di tengah, celah atau pun bersila di dalam majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara ini.

Saya bermasalah apabila tindakan ini telah memberi ruang untuk pembangkang mencipta persepsi buruk ke atas DS Najib Tun Razak, sekaligus menbangkitkan rasa benci rakyat untuk menolak kerajaan.

Itu saya selalu kata, DS Najib Tun Razak cukup tip top dalam melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri dalam memastikan segala janji-janji yang dilakukan ditunaikan menjelang pilihanraya umum.

Tapi semua hasil usaha dan dasar tranformasi yang diusahakan selama 3 tahun bagi memastikan kerajaan hari ini terus relevan sering kali musnah dengan sekelip mata disebabkan tindakan isteri atau kenyataan-kenyataan para menterinya sendiri.

Maaf cakap!

Sudah-sudahlah Datin! - Janganlah selalu beri ruang kepada pembangkang! - Dalam bahasa mudah faham, tolong jangan terlalu menyusahkan kerajaan dengan tindakan 'gila glamour' Datin!

Agaknya Datin punya blogger tak beri khidmat nasihat, apa tindakan yang boleh dan tak boleh dibuat dalam situasi sekarang ini?

Jika tindakan dan aksi-aksi yang boleh membangkitkan rasa meluat rakyat terus-menerus dilakukan, saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT merahmati DS Najib Tun Razak untuk terus menerajui negara selepas PRU13 akan datang.

Sempena hari minggu, kita layan lagu dulu Datin :



YY : Ada blogger nak balun aku sebab tegur untuk kebaikkan kerajaan yang diterajui DS Najib Tun Razak? 

Wednesday, January 25, 2012

Rosmah Mansor Belanja RM300k Di Australia - Siapa Sebenarnya Penulis Berita Tersebut?


Sebelum ini portal seperti Malaysiakini & The Malaysian Insider ada memainkan cerita kononnya Rosmah Mansur isteri kepada Perdana Menteri berbelanja mewah semasa bercuti di Australia. Rosmah Mansur didakwa berbelanja sehingga RM300,000 untuk membeli-belah serta bersiar-siar di sana.

Berita yang ditulis oleh Andrew Hornery itu hangat disambut oleh beberapa penulis blog pembangkang sehingga mungkin ada di antara kita yang percaya dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Andrew Hornery hanyalah seorang penulis yang menulis berita gossip semata-mata.

Beliau bukanlah berkemampuan menulis berita isu-isu semasa serta isu-isu politik dunia. Bila sudah bergelar penulis gossip, kebanyakkan dari penulis jenis ini hanya menulis berdasarkan cakap-cakap kosong tanpa disertakan mana-mana bukti kukuh.

Andrew Hornery juga pernah disenaraikan di antara penulis paling buruk di Australia untuk dua tahun berturut-turut.

Australia Worst Journalist 2009
Australia Worst Journalist 2010
Bukan itu sahaja Andrew Hornery juga dikenali sebagai GOSSIP QUEEN AUSTRALIA, beliau juga mempunyai latar belakang yang meragukan sama seperti Anwar Ibrahim kerana dalam dunia kewartawanan Australia Andrew Hornery dikenali sebagai Open Gay Transsexual.


Sebelum ini beliau hanya menulis mengenai dunia Gay, Lesbian dan Transgender. Bolehkah saudara pembaca percaya berita yang ditulis berdasarkan gossip semata-mata?

Lebih teruk lagi ianya ditulis oleh penulis yang tersenarai sebagai 10 penulis paling teruk di Australia?

Lebih memalukan ianya ditulis oleh penulis yang kehidupan seksnya lebih kurang sama dengan Anwar Ibrahim?

Saya secara terus terang saya tidak percaya, sebab saya bukan MiloSuam...

Hahahaha!

YY : Berita penulis gossip pun Malaysiakini dan The Malaysian Insider percaya... moron!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal