NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, April 3, 2014

Ekstremis PKR Tian Chua Mahu Gulingkan @NajibRazak Kerana Pihak Berkuasa Tidak Tegas?


Kelebihan menjadi pemimpin parti pembangkang adalah mereka boleh menghasut kebencian, fitnah kepada pemimpin kerajaan termasuk isteri tanpa perlu berasa risau dikenakan tindakan undang-undang. 

Malah tidak keterlaluan jika kita katakan pemimpin pembangkang kebal dari sebarang tindakan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas semua rakyat Malaysia.

Jika masih ingat dulu Tian Chua pernah menyiarkan gambar memfitnah DS Najib Razak konon sedang menjamu selera bersama Altantuya dan Razak Baginda di laman blog miliknya.


Walaupun gambar yang disiarkan berniat jahat mengaitkan DS Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya, tetapi apa tindakan yang dikenakan terhadap Tian Chua?

Seperti biasa, dipanggil soal-siasat selepas itu dibebaskan tanpa tindakan susulan.

Mungkin kerana tiada ketegasan daripada pihak berkuasa menyebabkan pemimpin pembangkang seperti Tian Chua tidak sedikit pun mematuhi undang-undang serta etika sebagai wakil rakyat.

Tidak cukup memfitnah perdana menteri, Tian Chua juga menunjukkan sikap ekstremis apabila bertindak mengigit seorang anggota polis serta memfitnah anggota-anggota yang terkorban dalam peristiwa Lahad Datu.



Jadi tidak hairanlah Tian Chua dengan berani menghasut untuk menggulingkan kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak malah berbangga mengatakan dia memegang rekod sebagai individu yang paling banyak memiliki laporan polis.



Tak perlu sakit kepala fikir apa nasib Tian Chua kerana seperti biasa rakyat akan bertindak membuat laporan polis dan pihak polis akan membuka kertas siasatan dengan memanggil Tian Chua untuk beri keterangan selepas itu bebas tanpa tindakan susulan.

Malaysia Books Of Records patut masuk nama Tian Chua sebagai manusia paling banyak memiliki laporan polis dan satu-satunya rakyat Malaysia yang masih bebas selepas mengigit anggota polis.

Hahaha...

Arioss...!

5 comments:

megat panjialam said...

kalau ikut perlembagaan: Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—

(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau

(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

Anonymous said...

Terbaik komen saudara Megat Panji Alam. Jadi apakah agaknya tindakan terhadap perbuatan subversif Tian Chua selepas ni?

Anonymous said...

UMNGOK jugak yang maafkan dia dgn tarik balik saman. Jadi siapa yang NGOK macai-macai UMNGOK wakakaka?

Anonymous said...

Sekiranya oihak berkuasa x tegas xkan dia keluar-masuk penjara.

Anonymous said...

KELUAR MASUK PENJARA? ISA? ZAMAN TUN M JADI PM KE? SEKARANG????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...