NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, April 5, 2014

Pertahan Islam, Tolak Tuntutan Comango! #AntiComango


Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mahu umat Islam di negara ini bersatu menolak tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) bagi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana ia jelas bercanggah dengan Islam.

Yang Dipertua Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata umat Islam perlu meletakkan kepentingan agama terlebih dahulu berbanding perkara lain.

“Bantahan kerajaan terhadap tuntutan Comango ini jelas membuktikan kerajaan amat tegas dalam mempertahankan agama Islam sebagai agama persekutuan, mempertahankan budaya dan nilai-nilai yang masih menjadi asas kepada struktur kenegaraan kita,” katanya selepas menghadiri Karnival Bicara Sakinah di sini hari ini.


Comango pada Oktober tahun lepas dilaporkan menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender kepada Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland.

Semalam, kerajaan Malaysia tegas mempertahankan kedaulatan Islam apabila menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam 232 syor negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam sesi penerimaan muktamad mengenai hak asasi manusia di Geneva.

Kebanyakan syor yang ditolak ialah tuntutan dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Okt 2013.



Dr Asyraf yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata pendirian kerajaan itu merupakan satu perkembangan yang sangat baik dalam usaha mempertahankan Islam di negara ini, namun ancaman itu dijangka berterusan kerana Comango dijangka terus membuat pelbagai tuntutan sehingga sesi berikutnya pada 2017.

“Ini bermakna kejayaan ini tidak akan bertahan, Comango akan ada susulan kerana semakan ini empat tahun sekali dan desakan ini akan terus berlaku.

“Apabila kita bersatu dengan sendirinya apa jua tuntutan asing yang dibawa akan tertolak dan pada masa yang sama Yadim akan teruskan sokongan kepada NGO Islam untuk kita merangka pelan jangka panjang untuk kita berjuang,” katanya. (umno online)


Jalankan tanggungjawab anda sebagai orang Islam dengan menandatangani petisyen menolak Comango - [SINI]

1 comment:

Anonymous said...

Agreed. Children have right to choose their religious. Utamakan quality bukan quantity. What for lahir as muslim but they dont follow. In other words "IC sahaja islam". Tiada paksaan dalam agama islam. But if we start control, nampak sangat kita memaksa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...