NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, September 30, 2013

#PemilihanUMNO : Tiga Lagi Calon Dari Top 20 Exco Pemuda & Kenapa Mereka Perlu Dipilih?

Sambung dari dua nama dari top 20 calon Exco Pemuda [sini]

#03
CALON NO.13 : ROZAIDI JAMIL
Zed Zaidi nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Zed Zaidi antara calon yang perlu diberi peluang untuk membarisi Exco Pergerakan Pemuda. Ini kerana berpandukan pengalaman PRU13, jelas artis turut berperanan untuk menarik minat dan sokongan org muda. Ia terbukti apabila pembangkang hanya perlu mengheret artis seperti Abby Abadi, Hairie Othman, Bob Lokman ke tapak ceramah bagi menarik kehadiran orang ramai ke program ceramah mereka.

Che Norhayati Che Omar (kiri) menerima sumbangan daripada Zed Zaidi

#04
CALON NO.63 - JEFRIZAL JAAFAR
Jefrizal Jaafar - 39 tahun lulusan LLB (hons) UKM, Pengerusi Program Latihan UMB merupakan 'tagteam' saya ketika kempen PRU13 merupakan individu yang mengetuai operasi warroom Pemuda BN di PWTC. Jeff merupakan Penolong Setiausaha Pemuda Bahagian Kuala Langat dan juga Pengerusi Biro IT & Aduan Awam Pemuda Kuala Langat. Turut terlibat dalam program bersama anak muda antaranya Jelajah Aman Kampus, Destinasiku UiTM, Jelajah Anakmuda IM4U & We Love PM.

Jefrizal dalam sidang media berkaitan isu penyelewengan tanah yang didedahkan TMK
#05

CALON NO.57 - AZRINIZAM IBRAHIM
Azrinizam Ibrahim - bendahari pemuda UMNO Bahagian Padang Besar ini antara pemuda yang aktif dalam ceramah jati diri Melayu dalam Majlis Perundingan Melayu (MPM), latihan dan kepimpinan, mahasiswa dan media baru. 

Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Tekonologi Maklumat (Multimedia) dan Sarjana Pengajian Strategi dari Universiti Utara Malaysia. Merupakan tulang belakang di sebalik kejayaan program Tweet #Merdeka55 yang berjaya dicatatkan dalam Malaysia Books Of Records.

Siapa top #06 hingga #20 pilihan saya...?

Ini calon pilihan peribadi aku, aku punya pasal la nak letak siapa atas siapa bawah...

Hahaha...

Sunday, September 29, 2013

@azwanbro Upah Blogger Kerana Mahu Lahirkan Generasi Muda Setia UMNO? #OneBro4NKP


Tarikh 12 Oktober iaitu hari untuk para perwakilan memilih pucuk pimpinan bagi sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semakin menghampiri. Ramai pemerhati sudah berkira-kira siapakah yang bakal dipilih mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google. 

Manakala penyokong Azwanbro yakin perwakilan akan memilih Azwanbro berdasarkan kejayaannya mengetuai Pemuda UMNO di Perak begitu juga dengan saya. Keyakinan ini berdasarkan perjalanan politik, kelulusan serta hasil usaha yang dilakukan oleh Azwanbro di Perak.


Antara kejayaan Azwanbro di Perak ialah membawa seramai 14 ribu pengundi muda mendaftarkan diri,  selain itu dia turut berjaya menarik minat anak muda Perak melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan melalui BN Youth Volunteer Perak.


Hasilnya sukarelawan BN Youth Perak antara pasukan yang paling aktif sebagaimana diakui oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin. Bermula dengan program-program kesukarelawan inilah, matlamat Azwanbro untuk melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan parti dapat dilaksanakan di Perak. 



Kini Azwanbro masih meneruskan misi untuk melahirkan generasi yang cintakan UMNO sebagaimana diucapkan ketika perbahasan ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Inilah misi yang ingin dibawa jika perwakilan pemuda memberi peluang kepadanya.

Upah Blogger Balun Calon NKP?

Terdapat tuduhan yang mengatakan Azwanbro mengupah blogger untuk balun calon-calon NKP yang lain, apabila segelintir blogger menyerang seorang lagi calon NKP.

Jika begitu, bolehkah saya mengatakan seorang lagi calon turut mengupah blogger untuk menyerang Azwanbro secara peribadi memandangkan terdapat beberapa blog yang mengatakan Azwanbro orang korporat yang ego, sombong serta menyiarkan gambar-gambar yang diperolehi dari blog pembangkang bagi memburuk-burukkan Azwanbro?

Saya boleh namakan satu persatu blog-blog ini, malah saya tahu siapa pemilik blog. Tetapi atas prinsip perlawanan secara adik-beradik sebagaimana dikatakan KJ, saya abaikan segala tohmahan tersebut walaupun calon pilihan saya yang diserang.

Justeru, bagi saya kita berkempenlah berdasarkan segala kerja dan peranan yang dilakukan oleh calon pilihan kita bukannya menyerang peribadi mereka. Misi Azwanbro melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan, pada parti bukan melahirkan blogger upahan.

Layan sikit Wacana Bakal NKP :



Arios...!

YY : Bangga bila Tajuddin kini mula aktif baca blog. Hahaha...

Friday, September 27, 2013

#PemilihanUMNO : Senarai Top 20 Calon Exco Pemuda & Kenapa Mereka Patut Dipilih?

Seramai 77 calon yang menawarkan diri, siapakah 10 calon pilihan saya yang dilihat terbaik dan layak mengisi barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia bagi 2013 - 2016. Sebagaimana saya katakan, bukan mahu berkempen kepada mereka, cuma saya mahu bercerita agar lebih 140,000 perwakilan mengetahui apa yang telah mereka lakukan.

#01
CALON NO.04 - ARMAND AZHA
Kenapa - walaupun mencetuskan kontoversi ketika isu demontrasi mahasiswa di PWTC sehingga dikenali sebagai 'Panglima Ludah' di kalangan mahasiswa anti kerajaan. Saya melihat Armand mampu menaikkan imej pemuda berdasarkan keberanian serta kebolehan dalam berpidato. Selain itu armand juga mampu mobilisasi ahli Perkasa ketika menganjurkan demontrasi atau bantahan sepanjang memimpin Wira Perkasa. 


Mungkin jawatan yang sesuai untuk armand - Pengerusi Unit Tempur. Hahaha!

#02
CALON NO.46 - FAIZAL DAUD
Kenapa? - mungkin nama ini tidak dikenali di kalangan pemuda UMNO Malaysia, namun pemuda ini merupakan Ketua Cawangan UMNO Gual, Rantau Panjang dan telah banyak menggerakkan program-program melibatkan mahasiswa. Faizal antara individu yang menggerakkan program Jelajah Destini Anak Bangsa di mana telah berjaya membantu ribuan anak Melayu melanjutkan pengajian di UiTM.


Cukuplah dua dulu untuk hari ini...

Siapa lagi individu yang sesuai memegang jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia...?

Nanti-nantilah aku sambung selepas mengetahui kesudahan nasib calon Ahli Majlis Tertinggi No.60 yang digugurkan pencalonan.

Kes Tun Faisal : Pahat Berbunyi & Perlembagaan UMNO Selepas Pindaan 2009


Kes Tun Faisal dibatalkan dari bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO menjadi perhatian ramai pihak.

Saya tidak mahu tulis panjang-panjang, kerana beberapa penjelasan telah saya tinggalkan di laman Facebook. Tapi masih ada yang mahu mengatakan saya gagal memahami serta membaca Perlembagaan UMNO.

Baiklah tuan-tuan pakar Perlembagaan yang sekian ada, saya akui saya bukanlah pakar, saya juga bukanlah lulusan undang-undang tetapi saya masih mampu membaca serta memahami setiap terma yang dinyatakan dalam Perlembagaan UMNO pindaan 2009.

Mari kita baca Perlembagaan UMNO selepas Pindaan 2009 bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) sebagaimana disiarkan di blog Penasihat Undang-Undang UMNO :
"...ahli-ahli UMNO yang ingin menawarkan diri untuk bertanding hanya perlu memenuhi kelayakan minima iaitu untuk ahli-ahli Majlis Tertinggi hendaklah sekurang-kurangnya telah menjadi Ahli MT (MT) atau Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK) selama satu (1) penggal."
Berdasarkan Pelembagaan ini, ia bermaksud jawatan MINIMA untuk bertanding merebut Ahli Majlis Tertinggi UMNO ialah pernah jadi MT atau pernah jadi AJK Bahagian. Ini syarat MINIMA!

Jika MINIMA pernah menjadi AJK Bahagian sudah tentu jawatan MAKSIMA atau lebih tinggi AJK Bahagian automatik layak!

Bro...

Apa yang susah sangat nak faham, isu sekarang bukan soal Tun Faisal. 

Ini bukan soal siapa mempengerusikan pindaan Perlembagaan 2009.

Ini juga bukan soal JK Pemilihan telah mengelilingi Malaysia memberi penerangan.

Tapi soal JK Pemilihan gagal memahami Perlembagaan sehingga membuat tafsiran yang salah.

Bahasa mudah nak faham...

Syarat MINIMA masuk Universiti ialah SPM, apa STPM tak boleh masuk Universiti?

Syarat ketinggian MINIMA untuk menjadi anggota polis ialah 160 cm, apa individu yang memiliki ketinggian 180 cm tak boleh jadi polis?

Bro...

Saya susun sepuluh jari mohon maaf, kerana saya terpaksa membawa pahat melalui 'pintu depan' iaitu  Facebook, Blog, Twitter kerana saya sedar jika saya lalu 'pintu belakang' sudah tentu saya dihalau oleh pengawal keselamatan kerana saya bukan lelaki yang dikenali oleh Abdul Rauf dan Tajol Rosli.

Tidak kenal satu hal, mahu jumpa JK Pemilihan dengan membawa 'pahat' itu satu hal lagi - silap hari saya kena masuk lokap atas tuduhan cuba mencederakan dua JK Pemilihan dengan menggunakan pahat.

Saya tidak serang parti, saya serang individu dalam parti - dua perkara berbeza, jangan ada yang kata aku serang parti dan berikan nama buruk kepada parti!

Arios...!

Thursday, September 26, 2013

#PemilihanUMNO : Akramsyah OK Tun Faisal Tak OK - Transformasi Kepala Lutut @MuhyiddinYassin @NajibRazak


Pergi jahanam dengan transformasi...

Boleh jalan sama itu keterbukaan dan demokrasi...

Ramai lahirkan kekesalan apabila Tun Faisal digugurkan sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO atas alasan tidak menepati syarat asas. Syarat kelayakan ialah sekurang-kurangnya ahli Umno tiga tahun dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian sekurang-kurangnya satu penggal.

Baiklah...!

Aku terima syarat ini dengan hati terbuka...

Sebelum aku tanya soalan kepada Timbalan Presiden iaitu Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan - aku nak ucapkan tahniah kerana berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden walaupun Tan Sri tidak perform mana sepanjang menerajui MOE.

Baiklah...!

Soalan aku mudah sahaja Tan Sri - Jika Tun Faisal digugurkan dari bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana tidak mematuhi syarat kelayakan iaitu tidak pernah memegang AJK UMNO Bahagian sekurang-kurangnya sepenggal kenapa Akramsyah dibenarkan bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia sedangkan dia tidak pernah memegang jawatan AJK mana-mana Bahagian?

Kepada bongok pemuja Akramsyah, jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah setaraf Naib Presiden. Di mana syarat asas untuk seseorang itu bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ialah sekurang-kurangnya ahli Umno tiga tahun dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian sekurang-kurangnya satu penggal.

Kenapa Akramsyah boleh bertanding Tun Faisal tak boleh walhal dia merupakan Exco Pergerakan Pemuda yang mendapat 'endorsement' Pergerakan Pemuda UMNO?

Apakah kerana darjat Akramsyah selaku anak bangsawan melayakkan dia bertanding walaupun secara logik akal dia memang tidak menepati syarat asas yang digubal sendiri oleh para pembesar UMNO?

Apakah ini transformasi...?

Apakah ini demokrasi...?

Apakah ini yang dikatakan UMNO itu lebih terbuka dari parti pembangkang?

Wahai DS Najib Razak dan bro Muhyiddin Yassin jangan ini macam bro...

Lu orang kasi hancur pemimpin muda kalau ini macam...

Ini 'CANTAS' punya game sudah lama la bro, orang sekarang tarak pakai lagi der...!

Wednesday, September 25, 2013

Bukan Nak Kempen, Cuma Nak Cerita - Kenapa Perlu Sokong YB Shamsul Anuar Calon Majlis Tertinggi #ShamsulAnuar4MT


Jika ditanya kepada golongan mahasiswa dan anak muda sama ada mereka kenal YB Shamsul Anuar...?

Saya yakin kebanyakkan dari mereka kurang mengenali YB Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Perak walaupun dia merupakan individu yang mempengerusikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggantikan Datuk Ismail Mohamed Said.

YB Shamsul Anuar yang menggantikan Datuk Ismail Mohamed pada awalnya berdepan dengan tanggungjawab berat memandangkan pembangkang menjadikan isu tabung PTPTN sebagai modal kempen mereka semasa PRU13.


Namun jika diperhatikan sejak YB Shamsul Anuar mempengerusikan PTPTN segala tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap PTPTN telah berjaya dijawab dengan baik,  dari kecekapan YB Shamsul Anuar menjawab setiap perkara berkaitan PTPTN terbukti beliau merupakan individu yang mampu menguruskan isu dengan baik.

Ok...

Bukan nak kempen, cuma nak cerita kepada 140,000 perwakilan UMNO yang bakal memilih pucuk pimpinan tertinggi parti Oktober nanti kenapa YB Shamsul Anuar antara individu yang harus diberikan peluang bagi mengisi senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pertama - kerana YB Shamsul Anuar merupakan pemimpin yang bermula dari bawah, berasal dari seorang guru sebelum bertukar kerjaya menjadi Setiausaha Sulit DS Nazri Aziz sekitar tahun 1999 hingga 2004 sebagaimana dinyatakan dalam artikel profil YB Shamsul Anuar [SINI]

Dari ahli biasa ke AJK, dari AJK ke Naib Ketua Pemuda selepas itu menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia hingga kini Ahli Parlimen Lenggong.


Selain itu pengalaman YB Shamsul Anuar aktif dengan gerakan belia antara sebab kenapa dirinya antara calon terbaik bagi membarisi Majlis Tertinggi memandangkan laungan untuk 'meremajakan' parti antara perkara yang perlu diperjuangkan demi survival UMNO PRU14.

Bukan nak kempen, cuma nak cerita - selebihnya terserah kepada perwakilan kerana undi di tangan tuan/puan.

Akhir sekali nasihat saya kepada para perwakilan yang bakal membuat pilihan Oktober nanti, silaselidik dan  kenali terlebih dahulu nama-nama yang tertera.

Inilah yang saya cuba lakukan sekarang, jangan risau siri 'Bukan Nak Kempen, Cuma Nak Cerita' tidak ketengahkan mereka yang hanya nampak muka setiap kali musim pemilihan.

Sori la brader...! 

Semalam calon no.60 #TF4MT hari ini ingat calon MT no.02 #ShamsulAnuar4MT

Arios...!


YY : Bhai..buat masa ini blog gua cerita pasal calon dan perkara-perkara yang berkaitan pemilihan sahaja. - Kisah Tajuddin itu berkaitan pemilihan juga, supaya akar umbi tak pilih pemimpin otak tepu jadi MT. Hehehe....

Tuesday, September 24, 2013

Emel Panas Pembaca : Tajuddin Abd Rahman Pejuang Bangsa Atau Bang***?


Lagi-lagi kisah dari Pasir Salak...

Saya difahamkan pada sehari sebelum proses pendaftaran calon, Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak yang juga dikenali sebagai 'pejuang Melayu' iaitu bro Tajuddin Abdul Rahman telah bertindak di luar kawalan apabila dengan selamba menghalau beberapa calon exco dan AJK bahagian yang ingin mendapatkan pengesahan dari Setiausaha Bahagian (anak Tajuddin).

Lupakan kisah itu, apa hendak buat dah itu rumah dia suka hati Tajuddin lah hendak halau atau hendak pelawa tak gitu - tapi apa gila anak dilantik sebagai Setiausaha Bahagian jika ahli UMNO yang mahu mendapatkan pengesahan dari anaknya dihalau bagaikan kucing kurap...?

Boleh tahan gila Tajuddin ni..hahaha!

Berbalik kepada tajuk artikel ini iaitu - "Tajuddin Abd Rahman Pejuang Bangsa atau Bangs**?"

Tajuk yang agak kasar ini bukan datang daripada kepala otak saya, sebaliknya ia dikirimkan oleh seorang peminat Tajuddin Abdul Rahman sendiri. Sebagai mengesahkan kata-kata saya 'screen shot' di bawah adalah bukti bahawa Tajuddin Abdul Rahman sudah tidak lagi digemari oleh ahli UMNO bahagiannya sendiri.

KLIK UNTUK BESARKAN

Selain mempersoalkan di mana rumah Datuk Maharajalela pejuang terbilang di negeri Perak, pengirim turut menghantar beberapa keping gambar dan antara lain petikan emel tersebut sebagaimana tertera :



Hairan,

Kami orang Pasir Salak nak tanya Tajuddin?

Kalau benar pejuang bangsa..Apa jadi Kompleks Sejarah Pasir Salak?

Jawapannya : Rosak binasa dan rumah Datuk Maharaja Lela menyembah bumi.!!! Tajuddin biarkan...Bukankah itu warisan bangsa yang menyimpan erti perjuangan bangsa Melayu?

Kenapa Tajuddin?

Jawapannya ialah :

1.  Cakap tak serupa bikin..
2.  Busuk hati...berdendam terutama jasa Tan Sri Ramli Ngah Talib.
3.  Hanya pikir nak menyamun duit kerajaan utk kaya sendiri..
4.  Ditahan ISA kerana mengikut arahan pemimpin berkumpul..Bukan berperang..
5.  Sejak zaman gerakan pelajar di universiti..bukan pejuang tp mementingkan diri..Tanya kawan2 seangkatan..
6.  Konon difitnah dengan rasuah politik hingga digantung keahlian UMNO tahun 90an dan digelar six million dollar man. (ajak sumpah laknat)

Apa yang penting penduduk dalam Pasir Salak dah mula solat hajat selepas dihina Tajuddin.. Suka membebel mengata orang kampung malas  dan tidak berusaha..

Dengar khabarnya juga, kakitangan UiTM Seri Iskandar turut solat hajat kerana mereka dipaksa pindah ke UiTM Tapah supaya pelajar Seri Iskandar memenuhi kampus Tapah utk bayar konsesi pada siapa? Syarikat mana lagi? Detik Utuh....

Ingatlah wahai pemimpin...jangan hipokrit di akhbar utk menang MKT dan Ketua Bahagian Pasir Salak.!!

Doa rakyat akan dimakbulkan Allah.!!! Tunggu Saat Bala Allah.

Tunggu...Cerita projek lembu Tak Jadi...Dalam pendedahan akan datang...
YY : Jangan marah saya, marah orang yang kirim emel - saya terpaksa menyiarkan apa sahaja yang dikirimkan kepada saya bagi memastikan tiada pihak berasa teraniaya. Hehehe...

Bukan Nak Kempen, Cuma Nak Cerita - Kenapa Perlu Beri Peluang Kepada Calon Majlis Tertinggi No.60? #TF4MT


Macam tajuk artikel ini, bukan nak kempen cuma hendak cerita kepada 140,000 para perwakilan kenapa perlu memberi peluang kepada Tun Faisal Ismail calon Majlis Tertinggi UMNO bernombor 60 menjelang Pemilihan Agung UMNO 2013 pada Oktober nanti.

Pada awalnya saya terkejut apabila KJ mengumumkan nama Tun Faisal (TF) antara empat nama dari 'Team Pemuda' yang mendapat pengesahan dan sokongan (endorsement) oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Bagi saya Pergerakan Pemuda UMNO melalui KJ telah membuat pilihan yang tepat bagi 'meremajakan' UMNO sekaligus memastikan ada wakil untuk membawa hasrat dan suara dari kalangan orang muda di dalam Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Kenapa saya kata pilihan tepat...?

Pertama - Bila kita mencalonkan seseorang untuk membawa suara anak muda, calon tersebut mestilah dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman mendampingi serta mampu menyelami kehendak golongan muda. 

Pengalaman saya bersama UMB, saya berani katakan TF banyak terlibat dengan aktiviti berbentuk 'engagement' bersama golongan muda yang dianggap kumpulan penentu survival UMNO dalam PRU14. 

Foto TF bersantai bersama kumpulan mahasiswa UiTM

Melalui program berbentuk santai serta tidak diselit dengan aktiviti yang dianggap bosan oleh golongan muda beginilah TF menjawab serta menerangkan dasar-dasar parti serta kerajaan. 

Program-program pendampingan ini bukan sahaja melibatkan golongan anak muda dan belia dari kalangan mereka yang berbangsa Melayu malah ia turut melibatkan belia berbangsa India dan juga Cina.

rileks dan sporting antara ciri-ciri yang membuatkan TF disenangi anak muda
Antara 'engagement' TF bersama belia berbangsa India
ialah program sehari yang memfokuskan peranan belia terhadap masyarakat 

Kenapa saya kata TF pilihan yang tepat...?

Kedua - Kerana hasrat untuk 'meremajakan' UMNO tidak mungkin dapat direalisasikan jika pemimpin tersebut tiada pengalaman berdamping bersama kumpulan anak muda sebab mereka gagal memahami kehendak dan hasrat golongan muda serta belia terutama mahasiswa.

Mungkin apa yang saya nyatakan menyakitkan mata sahabat pembaca yang terdiri dari kumpulan kecil 'haters' kepada TF. Mungkin juga ada yang kata "alaa..balaci TF yang tulis, biasalah mesti jilat bos dia..."

Bro...

Kalau ada exco yang aktif mendekati golongan muda selain TF, sila nyatakan. Saya boleh senaraikan satu persatu program serta bentuk pendekatan yang digunakan oleh TF. Tapi cukuplah setakat ini dulu, saya bimbang nanti ada dua tiga kerat yang histeria apabila membaca kerja-kerja yang telah dilakukan oleh TF di peringkat akar umbi.

Buat ahli perwakilan, ini peluang pertama kali untuk kita pilih pucuk pimpinan tertinggi parti.  Sebagaimana saya jelaskan pada perenggan pertama artikel ini iaitu saya bukan hendak berkempen bagi pihak Tun Faisal, saya cuma nak cerita kenapa peluang perlu diberikan kepada calon  Majlis Tertinggi UMNO no.60 ini.

Selebihnya terserah kepada saudara ahli akar umbi UMNO, kerana undi di tangan saudara...


#TF4MT

Arioss..!

Sunday, September 22, 2013

Kenali YB Shamsul Anuar Calon No.02 Ahli Majlis Tertinggi UMNO #YBShamsulAnuar4MT


YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah dilahirkan pada 1 JUN 1967 , di Kampung Luat, Lenggong Perak. Memulakan kerjaya sebagai pendidik (Guru - 1992-1999), bagaimanapun meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila dilantik sebagai Setiausaha Sulit YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan (1999-2004). 

Selepas Pilihanraya ke 11 beliau dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (2004-2007). Dan kerana ingin menumpukan sepenuh masa dalam gerakan belia serta politik beliau meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dalam Pilihanraya ke-12 diberi mandat sebagai Ahli Dewan Rakyat Kawasan Lenggong setelah memenangi Kerusi P055 Parlimen Lenggong.

Dalam dunia politik, menjadi ahli UMNO seawal usia 18 tahun. Selain memimpin di peringkat cawangan, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1996–1998), Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000), dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000).

YB Dato Sahamsul juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (2000-2004) kemudian bertukar ke UMNO Bahagian Lenggong sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong (2004-2008), Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong (2008-kini), manakala di peringkat UMNO Pusat sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009), sebagai Pengerusi Biro Belia Sukan Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009) dan juga Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Malaysia (2009-kini). 

Pertama kali bertanding dalam PRU ke 12, atas Parti Barisan Nasional (BN) bagi kerusi P055 Lenggong. YB Dato’ Shamsul Anuar Haji Nasarah menang dengan memperolehi 10,992 undi serta mejoriti 4,919 undi menewaskan calon PAS, Ustaz Zulkifli Mohamad Zakaria yang hanya memperolehi 6,073 undi. Pada PRU13 beliau sekali lagi bertanding dan menang atas tiket BN di P055 Lenggong setelah menewaskan calon PAS.

Mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam gerakan belia kerana telah mulai menyertai dan memimpin pertubuhan belia sejak berumur 15 tahun dari peringkat kampung, daerah, negeri dan Kebangsaan termasuk memegang beberapa jawatan belia di peringkat antarabangsa. 

Terlibat di peringkat negeri sebagai EXCO Majis Belia Perak (1993-2000), Naib Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2000-2004) dan juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2004-2005) dan di peringkat kebangsaan sebagai EXCO Majlis Belia Malaysia (2000-2002), Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, dan Presiden Majlis Belia Malaysia (2006-2009).

Manakala di peringkat antarabangsa terlibat dan memegang beberapa jawatan di Pertubuhan Belia ASEAN (CAYC) , Pertubuhan Belia Asia (AYC) dan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY). Semasa dalam gerakan belia beliau terlibat dalam banyak program, seminar dan sebagainya samada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja dalam dan luar negara serta terlibat dalam beberapa penggubalan dasar Kementerian Belia Sukan Malaysia seperti Dasar Belia Negara, Pelan Induk Pembangunan Belia Negara dan Akta Pertubuhan Dan Pembangunan Belia 2006.

Beliau adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (2009 – Kini) dan,pernah menjadi Pengerusi Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBN), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (2007 – 2009). 

Sekarang beliau adalah Pengerusi Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), beliau menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan Institut Bahasa Kuala Lumpur,dan kemudian lulus dalam bidang Kaunseling dari Universiti Malaya, dan kini sedang menyiapkan tesis untuk Master Of Art (Sosiologi)  di College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Beliau berkahwin dengan Datin Hamisah Binti Hussin dan mempunyai tiga orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua orang lelaki.

Wednesday, September 18, 2013

@Azwanbro Mampu Membawa Perjuangan Pemuda Selari Peredaran Zaman #OneBro4NKP


Sejak negara mencapai kemerdakaan, pendekatan yang digunakan oleh pemuda sentiasa digeruni dan dihormati oleh lawan. Sayap UMNO yang dikenali dengan imej perjuangan yang lantang, berani dalam memperjuangkan isu serta mempertahankan hak dan kepentingan agama, bangsa dan negara kini telah melalui pelbagai proses kematangan.

Keberanian pemuda bukan saja ketika berjuang menuntut kemerdekaan negara, malah ketika keengganan komunis mengiktiraf kemerdekaan negara sehingga membawa kepada darurat, pemuda memainkan peranan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai konsep sebuah negara Merdeka.

Kini setelah melalui pelbagai proses serta memastikan UMNO terus relevan, pemuda UMNO perlu bijak menyesuaikan perjuangan mereka selari dengan perubahan landskap politik negara. Tanggungjawab besar bukan sahaja di bahu ketua pemuda sebaliknya ia turut dipikul pembantunya  iaitu  naib ketua.

Tanggungjawab Naib Ketua Pemuda UMNO harus selari dengan Ketua Pemuda bagi memastikan visi dan misi pergerakan pemuda berjaya dicapai. Di antara tiga calon,  Azwanbro dilihat lebih mampu membawa perjuangan pemuda selari dengan peredaran zaman.



Nanti-nantilah saya sambung kenapa saya pilih Azwanbro, sekeping gambar Azwanbro sebagai penutup artikel buat sahabat pembaca dan para perwakilan...


Arios...!

#Mukhriz4Exco : Mukhriz Tak Jadi Tanding Naib Presiden, Tawar Diri Tanding Exco Pemuda UMNO Msia?



Sori bro...

Bukan Mukhriz Mahathir...

Malah artikel ini tiada kaitan dengan legasi Mahathir bernama Mukhriz yang dikhabarkan bakal bertanding Naib Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang. Sebaliknya ia mengenai hasrat Dato Ahmad Mukhriz menawarkan diri merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Meriah sungguh pemilihan sayap pemuda untuk kali ini...

Adakah Dato Mukhriz aktif dan memiliki kekuatan di peringkat akar umbi bagi membolehkan dia melaksanakan tugas selaku exco pemuda dengan berkesan?

Kita akan dedahkan siapa sebenarnya Dato Ahmad Mukhriz sebaik sahaja pengumuman rasmi untuk bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dibuat oleh ke semua calon exco dari Pahang.

Jeng...jeng...jeng!

Layan lagu dulu, walaupun ramai yang ingin bertanding Exco Pemuda. - 

"Dont worry cause every little thing gonna be all right."

Tuesday, September 17, 2013

Chin Peng Tidak Buat Sebarang Permohonan Untuk Pulang Ke Malaysia - Tun Haniff Omar


Beria-ia pembangkang memperjuangkan kematian Chin Peng sehingga mahu membawa pulang abu mayat Chin Peng. Alasan mereka Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan yang dilahirkan di Malaysia.

Kenapa pembangkang begitu beria mahu membawa Chin Peng pulang walaupun sepanjang hayatnya, Chin Peng sendiri tidak pernah mahu tunduk atau mematuhi syarat kerajaan seperti mana dilakukan oleh 300 anggota PKM ketika mereka meletakkan senjata pada tahun 1989.

Jika pembangkang mahu juga perjuangkan kematian dengan membawa pulang abu mayat Chin Peng, mereka juga perlu perjuangkan dua jasad pemimpin komunis yang turut meninggal dalam buangan iaitu Rashid Maidin dan Abdullah CD.

Kenapa hanya Chin Peng...?


Komen bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar :
Chin Peng dedicated himself to the Communist Internationale soon after the Japanese invasion of China in the late 1930s. On the direction of the USSR, he and the CPM cooperated with the British Force 136 to fight the Japanese Occupation of Malaya.


After the war, he carried out the order of the USSR to plunge Malaya into a cruel insurrection for 41 years. On the advice of his international mentor, he carefully kept the power within the CPM in the hands of its Chinese leaders. His struggle was to make us a communist satellite state - not a free country with democratic freedom to choose our system and leadership of government.

From my first day as a police officer in 1959 to Dec 1989 I was fighting CPM terrorists or subversives.

In 1988, they made overtures to talk us into a peace agreement through Rashid Maidin's letter to Tun Ghaffar Baba and the Thai Army. I asked Tan Sri Rahim Noor, my Director Special Branch to clear with the Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamed to accept the offer to talk peace with the CPM - although it was already a spent force so that we could put them aside and concentrate fully on our national and economic development without further distractions.

We were generous in our peace terms and allowed all the CPM terrorists of Malaysian and Singapore origins and their families to return to Malaysia provided they applied to do so within one year of signing the Agreement. About 300 ex terrorists returned but we did not sight any application from Chin Peng.

I have no love for him yet would have fought for the terms of the Agreement to be honoured only because of the principle that our honour demands that we keep our side of any bargain.

When Chin Peng applied many years after the Agreement to return, he had missed the boat and there was absolutely no reason to admit him unless he could prove he had applied within that one year window. This he wasn't able to do.

We have nothing to do with him now and I do not see why we should even allow his ashes in. We should look after those who stoutly fought and defeated him, particularly the families of those of all races who died or were maimed fighting him and the CPM.

Those of his followers who refused the chance we gave to return to Malaysia in 1989 and 1990 should be left alone outside our country. They should not be allowed to return under the terms of the Haadyai Peace Agreement whereby we forgave them for their crimes. One of those who chose not to return was the No.1 killer of my predecessor, IGP Tan Sri Abdul Rahman Hashim. Surely we do not want him back without facing murder charges."

Tun Haniff Omar

Monday, September 16, 2013

#MEB : 34 Touch Point Majlis Ekonomi Bumiputera, Apa Lagi Din Turtle Mahu?


Apa lagi Din Turtle mahu Najib lakukan untuk orang Melayu...?

Hahaha...

Saya menyambut baik penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang diumumkan oleh PM DS Najib Tun Razak pada 14 September ketika membentangkan plan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di mana majlis tersebut dipengerusikan oleh PM sendiri.

Tindakan mempengerusikan sendiri MEB melalui memperkasakan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menunjukkan bahawa PM serius dengan agenda pembangunan bagi memperkasakan ekonomi bumiputera sekaligus mampu menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku ketika ini.

Tetapi bagi membangunkan dan memperkasakan ekonomi bumiputera DS Najib Tun Razak perlu ingat ia tidak akan mampu direalisasikan dengan hanya menubuhkan satu majlis atas nama memperkasakan ekonomi Melayu Bumiputera.

Sebaliknya ia mampu direalisasikan jika individu-individu yang dipertanggungjawabkan dalam Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) terdiri dari mereka yang memiliki jati diri Melayu 

Kerana saya memerhatikan kegagalan memperkasakan dan membantu meningkatkan ekonomi bumiputera berlaku kerana individu yang diberikan tanggungjawab dalam membangunkan ekonomi melayu/bumiputera terdiri dari mereka yang tiada jati diri Melayu.

Pendek kata, tiada jiwa Melayu jangan haraplah mereka akan membantu dan meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu.

Berikut 34 'touch point' Majlis Ekonomi Bumiputera :





Friday, September 13, 2013

MyTeksi Syarikat Milik Cina Totok 'Anak Emas' PEMANDU Dapat Geran RM1.2 juta - Tahniah @NajibRazak

Anthony Tan Cucu Pengasas Tan Chong Motors
(keluarga ke- 11 Terkaya di Malaysia)
Hidup Melayu...!

Hidup Melayu...!

Hidup Melayu...!

Laungan yang sering kali dilaungkan oleh pemimpin kita setiap kali berhimpun di PWTC, tapi malangnya di sebalik laungan ini kita melihat ekonomi orang Melayu terus dipinggirkan sehingga dinafikan keistimewaan dan bantuan dari kerajaan.

Sebelum ini dikhabarkankan YTL dapat kontrak Kementerian Pendidikan berjumlah RM9 billion untuk pemasangan jalur lebar, Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) dan pembekalan komputer riba Chromebook di bawah skim ’1Student, 1Device’.



Saya difahamkan baru-baru ini MyTeksi mendapat geran kerajaan sebanyak RM1.2 juta dari Yayasan 1Malaysia. Walhal jika diperhatikan hampir 95% pekerja syarikat terdiri daripada kaum cina yang fanatik DAP.

MyTeksi yang dimiliki oleh Anthony Tan (gambar) cucu pengasas Tan Chong Motors iaitu keluarga ke-11 terkaya di Malaysia khabarnya mendapat sokongan penuh PEMANDU malah PM sendiri ghairah mempromosikan MyTeksi di laman Twitternya sekaligus memberikan promosi secara percuma kepada syarikat tersebut. 

Menurut sumber dalaman MyTeksi sendiri, Ketua Jurutera syarikat tersebut yang bernama Fadrizul merupakan penyokong tegar 505 yang sering memburuk-burukkan UMNO termasuk DS Najib Tun Razak.

Apa sudah jadi wahai PEMANDU...?

Tahukah PEMANDU bahawa di Malaysia masih terdapat syarikat teksi milik anak Melayu yang dilancarkan lebih awal dari MyTeksi malah merupakan pemenang anugerah MSC Malaysia APICTA Awards 2013 and Top 10 Best Apps in Asia iaitu TaxiMonger.

Nizran Nordin CEO TaxiMonger 
syarikat majoriti milik Bumiputera!
Saya dimaklumkan tanpa bantuan kerajaan TaxiMonger telah berjaya mendaftarkan lebih 600 teksi dan lebih 2,000 buah teksi berjaya didaftarkan melalui rakan kerjasama. Kenapa syarikat teksi milik bumiputera dipinggirkan dan syarikat milik anak billionair diberikan pelbagai keistimewaan kerajaan?

TaxiMonger dilancarkan pada April 2013 sebelum perlancaran MyTeksi iaitu pada Jun 2013 - kenapa hanya MyTeksi diberikan keistimewaan dan bantuan?




Adakah mereka yang duduk dalam PEMANDU terdiri dari golongan profesional yang rasis kerana sering mengenepikan syarikat milik Melayu Bumiputera...?

DS Najib Razak, saya faham selaku PM datuk perlu berlaku adil kepada semua kaum - tapi sedarkah datuk bahawa segala rangka yang diputuskan oleh Jawatankuasa PEMANDU hanya memperkasakan ekonomi cina bukannya ekonomi Melayu!

Hidup Melayu...!

Syarikat cina makin kaya, syarikat Melayu terus merempat...!

Arios...!

Thursday, September 12, 2013

#PemilihanUMNO : Blogger Turut Tawar Diri Tanding Exco Pemuda UMNO?


Makin meriah Pemilihan UMNO 2013 bagi sayap pemuda - selain pertandingan empat penjuru untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO, pertandingan merebut jawatan exco turut menarik perhatian 

Semalam saya dimaklumkan sahabat saya brader Azrinizam yang banyak bekerjasama dengan Unit Media Baru dalam program-program melibatkan mahasiswa turut menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Mungkin tidak ramai yang kenal dengan nama Azrinizam, tetapi jika disebut blogger ANGIN PERUBAHAN saya rasa ada antara kita yang pernah membaca blog ini kerana ia merupakan blog yang memanaskan isu Masturah hilang ketika Pilihan Raya Kampus.

Selaku seorang sahabat yang pernah bekerja bersama Azrinizam, secara peribadi saya menyokong hasratnya untuk bertanding. Bagi mereka yang tidak mengenali pemuda ini, sedikit profil saya sertakan :
Berasal dari Perlis, umur 34 tahun, Ahli UMNO Cawangan Kampung Aman, Perlis. 

Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Cawangan Kampung Aman Batu 16 (RTP), Perlis

Timbalan Presiden Gerakan Graduan Melayu Muda (GGMM)

Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar 2009-2010

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar (2004-2008) 

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Aman Batu 16 (2004-2008)

Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian ke Kuala Lumpur (2005)

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (1999-2000)

Pendebat Universiti Utara Malaysia dalam Debat Diraja Piala Perdana Menteri Kali Ke-2

Exco Sukan & Rekreasi, Majlis Perwakilan Pelajar UUM (1998-1999)

Exco Penerbitan & Publisiti, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej EON, UUM (1997-98)

Yang Dipertua Pusat Sumber Matrikulasi, UUM (1996)

Ketua Pengawas Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 2, Kedah

Aktif dalam ceramah jati diri Melayu dalam Majlis Perundingan Melayu (MPM), latihan & kepimpinan, mahasiswa dan media baru.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Tekonologi Maklumat (Multimedia) dan Sarjana Pengajian Strategi dari Universiti Utara Malaysia.

Bekas Ketua Editor Akhbar Mahasiswa (2005-2006), Aktif dalam twitter @Azrinizam

Untuk sahabat saya Azrinizam...

Good luck brader...!

Tuesday, September 10, 2013

#PemilihanUMNO : Selamat Pengantin Baru Sheikh Nafiq AlFirdaous Calon Exco Pemuda UMNO Msia #SheikhNafiq4Exco


Dua hari lepas saya berkesempatan memenuhi jemputan saudara Sheikh Nafiq AlFirdaous bekas tokoh belia tahun 2009 yang melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Jeffina. 

Mungkin tidak ramai yang kenal anak muda yang berusia 32 tahun ini walaupun pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Belia untuk tahun 2009. Saya dimaklumkan Sheikh Nafiq turut menawarkan diri untuk merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia menjelang Pemilihan Agung UMNO yang bakal diadakan Oktober ini.

Sheikh Nafiq yang kini berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam sebuah syarikat IT turut menggalas tugas sebagai Pengerusi Biro Ekonomi & Keusahawanan Pemuda UMNO Bahagian Pulai iaitu bahagian yang diketuai oleh Datuk Nur Jazlan.


Saya bertanya kepada rakan yang memperkenalkan saya kepada Sheikh Nafiq, apakah kekuatan yang ada pada Sheikh Nafiq sehingga dia berani menawarkan diri untuk bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Adakah dia mempunyai jati diri dan pendirian dalam dalam memperjuangkan isu Islam dan hak orang Melayu, adakah dia mahir berpidato dan berhujah, apakah kekuatan dia di bahagian?

Risik punya risik, maka terburailah cerita satu persatu...

Menurut rakan yang juga pemuda bahagian Pulai, selaku Biro Ekonomi & Keusahawanan Sheikh Nafiq telah berjaya menganjurkan beberapa program bagi memperkasakan anak muda di sekitar Pulai. Selain itu Sheikh Nafiq juga saya dimaklumkan merupakan juara pidato di kawasan tersebut.

Saya bukan mahu berkempen untuk Sheikh Nafiq, nanti saya dikatakan ejen atau mahu melobi untuknya. Jika Sheikh Nafiq mengumumkan untuk bertanding secara rasmi kelak, saya harap tuah pengantin baru bakal mengiringi dan memberkati hasratnya untuk menyumbang tenaga selaku Exco Pemuda UMNO Malaysia.


Selamat Pengantin Baru Sheikh Nafiq dan isteri Jeffina...

Dah habis honeymoon,  gua mahu lawan paintball dengan lu bro...

Hahaha...

Antara video yang saya terjumpa di youube sekitar majlis perkahwinan Sheikh Nafiq tempoh hari :



Monday, September 9, 2013

Calon NKP @azwanbro Anjur Program, Lain Orang Pula Dihargai Oleh Calon-Calon Exco Pemuda? #PemilihanUMNO


Lain orang punya program, lain orang dapat nama, lain orang yang diberikan penghargaan...

Terlebih dahulu saya mohon maaf jika tulisan ini mengguris hati sesetengah daripada sahabat-sahabat saya. Semalam saya difahamkan satu program sessi perkenalan calon-calon yang bakal bertanding dalam Pemilihan UMNO 2013 Oktober ini bersama para pemuda dan perwakilan Johor.

Antara yang hadir ialah calon Majlis Tertinggi yang mendapat pengesahan sebulat suara daripada Pemuda sebagaimana diumumkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin iaitu Tun Faisal dan Dato Sohaimi Shadahan, dua calon Naib Ketua Pemuda iaitu Khairul Azwan Harun serta Jamawi Jaafar dan beberapa calon exco.

Walaupun tuan punya badan tidak merungut atau berkecil hati, tetapi sebagai ahli pemuda yang mempercayai kebolehan Azwanbro saya terkilan melihat program sessi pengenalan calon yang dianjurkan oleh beliau, tetapi calon-calon yang turut serta tidak memberi penghargaan atau pun ucapan terima kasih kepadanya sebaliknya penghargaan diberikan kepada UMNO Perhubungan Negeri Johor.

Saya komen berdasarkan ucapan yang ditinggalkan di laman instagram oleh beberapa calon yang hadir, di mana mereka seolah-olah tidak mengetahui program semalam merupakan anjuran Azwanbro :




Bukan semua tidak menghargai serta tidak mengucapkan terima kasih kepada Azwanbro, ada juga yang menyampaikan penghargaan tersebut antaranya Tun Faisal, Onn Hafiz dan Armizam. Tetapi calon-calon lain mungkin belum sempat mengucapkan penghargaan kepada calon Naib Ketua Pemuda UMNO Azwanbro.

Tetapi anehnya terima kasih mereka kepada seorang lagi calon Naib Ketua Pemuda iaitu Jamawi Jaafar  dan Pemuda Negeri Johor boleh pula mereka sampaikan.

Hahaha...

Jika difikirkan dengan segala kos perbelanjaan yang digunakan untuk bertemu sahabat dan perwakilan negeri Johor, sepatutnya Azwanbro menggunakan platform semalam secara peribadi bagi membolehkan beliau menyampaikan inti pati yang beliau ingin bawa jika diberikan peluang menduduki kerusi nombor dua dalam pemuda.

Dek kerana atas semangat kekeluargaan maka Azwanbro tidak memaklumkan bahawa program tersebut anjurannya, tetapi malangnya adik-beradik yang lain terlalu malu untuk menaikkan namanya di laman facebook serta instagram masing-masing. 

Pendek kata dalam bahasa mudah faham Azwanbro tidak berkira jika ada pihak lain yang diberikan ruang untuk memperkenalkan diri walaupun ia sebenarnya peluang untuk dia berkempen 100% bersama perwakilan pemuda negeri Johor.

Mungkin Azwanbro berpegang atas semangat perlawanan kekeluargaan lalu beliau turut menjemput calon-calon yang lain termasuk calon yang bakal bersaing dengannya turut bersama dalam program yang dianjurkan untuk beliau bersama perwakilan pemuda negeri Johor.

Bagi saya Azwanbro merupakan pemuda yang patut diberikan peluang, semangat kekeluargaan yang dipegang Azwanbro membuatkan saya kagum, sikap beliau yang tak kisah walaupun pihak lain yang diberikan penghargaan oleh calon-calon yang hadir semalam perlu ada pada setiap pemimpin pemuda.

Azwanbro merupakan individu yang tidak sombong, ego dan bangga dengan program yang dianjurkan secara peribadi olehnya tetapi turut digunakan oleh calon-calon lain yang bakal bertanding, orang macam Azwanbro patut kita di akar umbi pemuda beri peluang menggantikan Datuk Razali Ibrahim.


Ada yang nak marah serta tuduh Azwanbro bayar aku...?

Aku peduli apa sebab muka aku bukan ada dalam program semalam...

Hahaha...

Arios!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...