Pergi jahanam dengan transformasi...
Boleh jalan sama itu keterbukaan dan demokrasi...
Ramai lahirkan kekesalan apabila Tun Faisal digugurkan sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO atas alasan tidak menepati syarat asas. Syarat kelayakan ialah sekurang-kurangnya ahli Umno tiga tahun dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian sekurang-kurangnya satu penggal.
Baiklah...!
Aku terima syarat ini dengan hati terbuka...
Sebelum aku tanya soalan kepada Timbalan Presiden iaitu Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan - aku nak ucapkan tahniah kerana berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden walaupun Tan Sri tidak perform mana sepanjang menerajui MOE.
Baiklah...!
Soalan aku mudah sahaja Tan Sri - Jika Tun Faisal digugurkan dari bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana tidak mematuhi syarat kelayakan iaitu tidak pernah memegang AJK UMNO Bahagian sekurang-kurangnya sepenggal kenapa Akramsyah dibenarkan bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia sedangkan dia tidak pernah memegang jawatan AJK mana-mana Bahagian?
Kepada bongok pemuja Akramsyah, jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah setaraf Naib Presiden. Di mana syarat asas untuk seseorang itu bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ialah sekurang-kurangnya ahli Umno tiga tahun dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian sekurang-kurangnya satu penggal.
Kenapa Akramsyah boleh bertanding Tun Faisal tak boleh walhal dia merupakan Exco Pergerakan Pemuda yang mendapat 'endorsement' Pergerakan Pemuda UMNO?
Apakah kerana darjat Akramsyah selaku anak bangsawan melayakkan dia bertanding walaupun secara logik akal dia memang tidak menepati syarat asas yang digubal sendiri oleh para pembesar UMNO?
Apakah ini transformasi...?
Apakah ini demokrasi...?
Apakah ini yang dikatakan UMNO itu lebih terbuka dari parti pembangkang?
Wahai DS Najib Razak dan bro Muhyiddin Yassin jangan ini macam bro...
Lu orang kasi hancur pemimpin muda kalau ini macam...
Ini 'CANTAS' punya game sudah lama la bro, orang sekarang tarak pakai lagi der...!
11 comments:
Itu yg dikata "Keterbukaan"... tapi "Keterbukaan" tu terpilih... hanya bila ianya menepati ciri-ciri yang dimahukan. Kalau tidak, jangan harap le... awal - awal lagi diorang akan kerat... Politik beb... macma - macam cara diorang akan gunakan...
Ko nih bongok lah dabel Y!
Kan hari tuh TF ada buat posting kritik cara UMNO punya sistem pemilihan. Tak kan ko masih tertinggal bas, UMNO nih mana boleh kena kritik! Skg, tengok apa jadi dgn TF?
Sama juga mcm kes Azalina nak bertanding ketua puteri UMNO... awal2 dah kena warning!
Senang cerita, UMNO nih hak milik mutlak 2 org yg menang tanpa bertanding tuh!
Ko tak pernah befikir ker pasal apa mereka boleh menang tanpa bertanding?
Hehehe.. yer tuan saya bongok ;p huhu
Alahai...
Itu kan bahasa taichi... nak point sama itu sifu, tak boleh main direct! Ntah apa-apa pasal, jadi pulak TF no 2!
Anon 8.06
Hidup ni kita ada pepatah yg sesuai bro.!! Ada ubi ada batas, Ada hari kita balas.!!wakakakkakakaka.!! lu pikir lah sendiri..!!!
balun jawatankuasa pemilihan terutaman Raof boroi !!
Soalnya Tun Faisal ke, Akramsyah ke, calon lain ke, layak ke dok bertanding ikut peraturang yg digunakapai? Peraturang boh, bukang logik akal. Sebab logik ke dok, bukang ke pindaang ni lulus di perhimpunang khoh atah syor jawatankuasa yg dipeengerusi oleh calong naib presideng yg kita banggakang, DS hishamudding?
cawangan pun tak de, pegang jawatan dalam bahagian pun tak pernah, alih-alih nak bertanding mt, kepala lutut pe bendenye, ko ingat parti umno ni parti tupperware ke? tun faisal tahu pasal law ni tapi kenapa dia berkeras nak bertanding juga? atau dia sengaja nak raih simpati pembangkang dengan menunjukan umno tak demokrasi, weii come on la, law tetap law, kj pun tahu tun faisal tak layak bertanding mt tapi kj buat-buat tak tahu mungkin kj ada udang di sebalik batu. tuan punya blog ni pun jangan emo sangat, kamu tu ntah ahli umno ke tidak, kamu tu entah perwakilan ke tidak, pergi berlajar berjalan dengan betul dulu, jangan jalan terkengkang-kengkang, tak macho la jalan kengkang.
Hahaha.. ramai anon kt sini.
Pertama - kalau aku tak ada undi dlm Pemilihan aku takkan sembang.
Kedua - Guna identiti betul kalo nak balun org.
Terima kasih... :)
Tun faisal nak bertanding MT tapi tak pernah jadi ajk bahagian, jangan samakan dengan akram shah dia bertanding sayap pemuda, pindaan perlembgaan tu dah di buat tahun 2009 lagi masa tu tun faisal dah jadi exco, apa dia tak dengar ke atau masa orang bahas atau masa tu dia tido kat hotel, ohh lupa masa perlembagaan tu di bahas kau masih kerja dengan cina kat low yat so kau memang tak tau apa cerita pun pasal perlembagaan tu.
bro. ceritanya bukan kau nak sembang ke idak, tapi kalau kau betul perwakilan yang sah kau takan emo bodoh macam ni, apa punya bangang la cawangan tempat kau boleh amik orang bodoh dan tak paham perlembagaan parti jadi perwakilan. kau ni perwakilan cawangan bunian ke?
pada aku senang kalau tun faisal tak puas hati suroh dia failkan kes dia tu ke mahkamah, atau kalau nak lagi senang suruh dia buat parti baru, jangan katakan nak jadi MT jadi presiden pun boleh.
Kalau tak puas hati orang pakai anon, so kau block je la anon tu, tau tak macam mana nak block anon tu, ke nak aku ajarkan.
OK, kita baca petikan Perlembagaan UMNO selepas Pindaan 2009 :
Ahli-ahli UMNO yang ingin menawarkan diri untuk bertanding hanya perlu memenuhi kelayakan MINIMA iaitu untuk ahli-ahli Majlis Tertinggi hendaklah sekurang-kurangnya telah menjadi Ahli MT (MT) atau Ahli Jawatankuasa Bahagian(AJK) selama satu (1) penggal.
Faham tak maksud MINIMA?
MINIMA bermakna ada MAKSIMA. Jika syarat MINIMA menetapkan Ahli 3 tahun atau AJK Bahagian sepenggal sudah tentu jawatan yang lebih atas (MAKSIMA) dari AJK Bahagian layak.
Bukan siapa mempengerusikan Pindaan Perlembagaan yang salah, atau tido atau apa saja kamu kata.Tapi ia soal JK Pemilihan yg menafsirkan Perlembagaan.
UMNO Cawangan aku yang bodoh atau kamu yang bodoh?
Tak perlu block komen, sebab aku jawab satu persatu.
Post a Comment