NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label tajuddin. Show all posts
Showing posts with label tajuddin. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Sejam Bersama 'The Pasir Salak Gangster', Datuk Tajuddin Rahman Timb. Menteri Pertanian & Industri Asas Tani


Macam anak dengan bapak tak gaya kat atas...?

Hahaha...

Mungkin ada yang pelik apabila saya bertemu dan beramah-mesra bersama Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak.

Kerana Datuk Tajuddin Abdul Rahman 'The Pasir Salak Gangster' sebagaimana gelaran yang saya berikan kepada beliau sebelum ini merupakan pemimpin veteran yang dikritik oleh saya terutama ketika kempen Pemilihan UMNO 2013.

Artikel hentaman saya boleh dibaca di pautan - [Tampar ahli Pemuda][Pelingkup MOA], [Ugut Ketua Cawangan], [Pejuang Bangsa atau...?]

Waktu itu saya beranggapan bagi melakukan tranformasi dalam parti serta meremajakan UMNO perwakilan perlu menggantikan pemimpin 'season' dengan muka-muka baru.

Namun, walaupun dikritik dan dihentam teruk, beliau berjaya mempertahankan jawatan Ahli Kerja Tertinggi UMNO apabila memperolehi undi sebanyak 127 dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

Melihat kemenangan beliau terdetik di hati saya - "apa yang hebat sangat pasal orang tua gila ni selain 'outspoken' di Parlimen sehingga M.Kulasegaran pernah dipanggil 'bastard'? 

(memang ahli Parlimen PR 'bastard' pun haha..)

Mana tidak hebat, mampu membuat 'comeback' selepas diterima semula menyertai UMNO pada tahun 1998, dipilih sebagai Timbalan Ketua pada tahun 2000 dan kini memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak serta mendapat kepercayaan menduduki barisan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sehingga sekarang.

Melihat kejayaan beliau berpolitik, saya meluahkan hasrat untuk bertemu mata dengan beliau. Akhirnya hari ini satu jam beliau meluangkan masa menerima kunjungan peribadi saya di pejabat beliau Tingkat 16, Wisma Tani.

Dato Maharajalela, Demi Parti & Orang Melayu


Datuk Tajuddin, menjadikan semangat juang Dato Maharajalela dan Dato Sagor sebagai inspirasi diri serta barisan ahli UMNO Pasir Salak memandangkan kawasan ini terkenal dengan semangat perjuangan Melayu, jika parlimen tersebut tumbang kepada pembangkang ia menggambarkan kelemahan perjuangan orang Melayu itu sendiri.

Hasil semangat juang inilah antara resipi kejayaan beliau bersama barisan jentera UMNO Pasir Salak ketika kempen PRU13 yang menyaksikan BN berjaya pertahankan P73 Pasir Salak dengan majoriti lebih 7,000 undi iaitu majoriti kedua tertinggi bagi kerusi parlimen dalam negeri Perak.


Demi parti UMNO dan orang Melayu adalah asas utama setiap kali beliau melaksanakan amanah sebagai pemimpin, maka tidak hairanlah walaupun pernah dipecat dari UMNO, beliau tidak berpaling tadah kepada parti dengan menuduh atau memburuk-burukkan parti.

Setia & Tidak 'Oppurtunist'

Di akhir pertemuan beliau turut berikan tips kejayaan beliau dalam berpolitik iaitu kena berani, tegas, setia dan tidak bersikap 'oppurtunist' dan jangan sesekali memperalatkan orang lain demi kepentingan peribadi atau politik antara sebab Datuk Tajuddin disenangi oleh ahli UMNO di bahagian yang diwakilinya.

Maka tidak hairanlah sebelum menerima kunjungan saya, beliau terlebih dahulu menerima kunjungan Ketua Wanita, Ketua Puteri dan barisan AJK dari bahagian yang diketuainya.

Tujuan saya berjumpa beliau selain menjernihkan hubungan, adalah kerana saya mahu mengenali sendiri karakter pemimpin veteran yang cukup dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan bengis.

Pertemuan kami berakhir di mana Datuk Tajuddin meminta izin untuk menunaikan solat Zuhur. Hasil pertemuan kami boleh dikatakan hanya satu karakter peribadi Datuk Tajuddin yang betul iaitu beliau 'outspoken', tidak pula saya dilempang walaupun saya melemparkan pelbagai tuduhan sebelum ini.

Hahaha...

Terima kasih juga kepada Datuk Ibrahim Katop, yang turut melayan saya sementara menunggu Datuk Tajuddin selesai bermesyuarat.

Arioss...!



YY : Tak kenal maka tak cinta...haha!

Tuesday, September 24, 2013

Emel Panas Pembaca : Tajuddin Abd Rahman Pejuang Bangsa Atau Bang***?


Lagi-lagi kisah dari Pasir Salak...

Saya difahamkan pada sehari sebelum proses pendaftaran calon, Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak yang juga dikenali sebagai 'pejuang Melayu' iaitu bro Tajuddin Abdul Rahman telah bertindak di luar kawalan apabila dengan selamba menghalau beberapa calon exco dan AJK bahagian yang ingin mendapatkan pengesahan dari Setiausaha Bahagian (anak Tajuddin).

Lupakan kisah itu, apa hendak buat dah itu rumah dia suka hati Tajuddin lah hendak halau atau hendak pelawa tak gitu - tapi apa gila anak dilantik sebagai Setiausaha Bahagian jika ahli UMNO yang mahu mendapatkan pengesahan dari anaknya dihalau bagaikan kucing kurap...?

Boleh tahan gila Tajuddin ni..hahaha!

Berbalik kepada tajuk artikel ini iaitu - "Tajuddin Abd Rahman Pejuang Bangsa atau Bangs**?"

Tajuk yang agak kasar ini bukan datang daripada kepala otak saya, sebaliknya ia dikirimkan oleh seorang peminat Tajuddin Abdul Rahman sendiri. Sebagai mengesahkan kata-kata saya 'screen shot' di bawah adalah bukti bahawa Tajuddin Abdul Rahman sudah tidak lagi digemari oleh ahli UMNO bahagiannya sendiri.

KLIK UNTUK BESARKAN

Selain mempersoalkan di mana rumah Datuk Maharajalela pejuang terbilang di negeri Perak, pengirim turut menghantar beberapa keping gambar dan antara lain petikan emel tersebut sebagaimana tertera :



Hairan,

Kami orang Pasir Salak nak tanya Tajuddin?

Kalau benar pejuang bangsa..Apa jadi Kompleks Sejarah Pasir Salak?

Jawapannya : Rosak binasa dan rumah Datuk Maharaja Lela menyembah bumi.!!! Tajuddin biarkan...Bukankah itu warisan bangsa yang menyimpan erti perjuangan bangsa Melayu?

Kenapa Tajuddin?

Jawapannya ialah :

1.  Cakap tak serupa bikin..
2.  Busuk hati...berdendam terutama jasa Tan Sri Ramli Ngah Talib.
3.  Hanya pikir nak menyamun duit kerajaan utk kaya sendiri..
4.  Ditahan ISA kerana mengikut arahan pemimpin berkumpul..Bukan berperang..
5.  Sejak zaman gerakan pelajar di universiti..bukan pejuang tp mementingkan diri..Tanya kawan2 seangkatan..
6.  Konon difitnah dengan rasuah politik hingga digantung keahlian UMNO tahun 90an dan digelar six million dollar man. (ajak sumpah laknat)

Apa yang penting penduduk dalam Pasir Salak dah mula solat hajat selepas dihina Tajuddin.. Suka membebel mengata orang kampung malas  dan tidak berusaha..

Dengar khabarnya juga, kakitangan UiTM Seri Iskandar turut solat hajat kerana mereka dipaksa pindah ke UiTM Tapah supaya pelajar Seri Iskandar memenuhi kampus Tapah utk bayar konsesi pada siapa? Syarikat mana lagi? Detik Utuh....

Ingatlah wahai pemimpin...jangan hipokrit di akhbar utk menang MKT dan Ketua Bahagian Pasir Salak.!!

Doa rakyat akan dimakbulkan Allah.!!! Tunggu Saat Bala Allah.

Tunggu...Cerita projek lembu Tak Jadi...Dalam pendedahan akan datang...
YY : Jangan marah saya, marah orang yang kirim emel - saya terpaksa menyiarkan apa sahaja yang dikirimkan kepada saya bagi memastikan tiada pihak berasa teraniaya. Hehehe...

Saturday, September 7, 2013

MOA Bakal Lingkup : Tajuddin Dendam Dengan KSU MOA, Lantik Tajuddin Kesilapan Terbesar @NajibRazak


Lagi-lagi pasal Tajuddin...

Dua artikel sebelum ini membuatkan beberapa rakan bloggers mencari saya, katanya Tajuddin Pasir Salak sedang mencari dua blogger yang berjaya menarik perhatiannya. Menurut sahabat yang saya anggap sebagai abang saya, dua nama yang disebut Tajuddin adalah "Double Y" dan "Gelombangkick".

Saya tidak pasti sama ada bro Tajuddin mencari saya untuk berhari raya atau pun ingin melempang muka saya, yang pasti saya diminta memadamkan dua artikel sebelum ini berkaitan pasal Tajuddin. Saya hargai nasihat sahabat yang prihatin menasihati saya, namun saya juga ingin tegaskan setiap artikel yang saya keluarkan sebelum ini tidak pernah saya padamkan walaupun mendapat kecaman.

Jadi saya mohon maaf kepada sahabat saya kerana tidak dapat memenuhi permintaan untuk memadamkan artikel berkaitan Tajuddin. 

Kenapa saya sibuk pasal Tajuddin, sedangkan saya bukan berasal dari Pasir Salak - saya juga bukan ahli UMNO bahagian berkenaan, adakah saya mempunyai motif tertentu untuk menjatuhkan Tajuddin?

Jawapannya - Ya!

Saya mempunyai motif, selaku ahli pemuda yang menyahut seruan transformasi Perdana Menteri - motif saya adalah menjatuhkan pemimpin yang terbukti gagal dan mengamalkan kronisme serta rendah akhlak menjelang Pemilihan Agung UMNO 2013.

Saya tidak menafikan jasa Tajuddin dalam UMNO, siapalah saya untuk mempertikai jasa individu yang pernah ditahan di bawah ISA ketika Operasi Lalang, jasa-jasa beliau saya hargai. Tapi zaman sekarang bukan lagi seperti zaman Dato Maharajalela menentang J.W.W Birch yang sering dijadikan perbandingan oleh Tajuddin setiap kali berbicara mengenai perjuangan.

Dalam PRU14 individu seperti Tajuddin bukan penentu survival parti UMNO, tetapi anak muda yang bakal menentukan hala tuju UMNO 5 tahun akan datang. Justeru itu bagi memastikan UMNO terus relevan di kalangan anak muda, veteran umno yang bermasalah serta mengamalkan politik ugut-mengugut perlu disingkirkan.

Kedua - segala bahan serta maklumat yang disiarkan serta ditulis oleh saya datangnya daripada bekas kakitangan dan mereka-mereka yang pernah bekerjasama dengan Tajuddin. Berdasarkan dua artikel sebelum ini email saya bertalu-talu didatangi dengan maklumat dan info mengenai Tajuddin.

Terbaru maklumat yang diterima memaklumkan bahawa Tajuddin bermasalah dengan Ketua Setiausaha Negara dan juga KSU :


KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

Petikan pengirim :
Apabila PM Najib tersilap lantik beliau sebagai Timbalan Menteri MOA selepas PRU13, beliau telah membalas dendam dengan usaha untuk mengenepikan MKMF. Malah dalam mesyuarat dengan pegawai-pegawai pertanian di Kg Gajah minggu lalu, MKMF, beliau telah menghina keupayaan orang Kampung menjalankan ekonomi program MKMF dan menjadikan KSU serta pegawai berkaitan sebagai sasaran dendam! 
Belang dendam jelas bila ada pula TKSU yang dibela oleh Tajudin untuk melobi bagi menggantikan Hashim  yang menyebabkan Hashim mulai tersisih dan kakitangan yang dilihat rapat dengan Hashim turut menjadi mangsa. 
Beberapa tokoh di Mukim Pulau Tiga yang dilihat aktif dengan MKMF juga sudah dimaki dan dimalukan. Pegawai kerajaan juga menjadi serba salah. Setiap kali mesyuarat beliau akan membebel 'macam orang gila' di hadapan kakitangan kerajaan. Isinya kosong. Tida hala tuju yang jelas..(Gila Meroyan)
Inilah kesilapan besar Najib melantik ahli parlimen yang tidak berwibawa menjadi Timbalan Menteri MOA, sedangkan kawasan sendiri pun gagal membawa projek pembangunan pertanian baru, inikan pula hendak menguruskan pertanian negara? 
PERCAYALAH...ALAMAT LINGKUP MOA.
Jangan harap Tajuddin mampu uruskan pertanian negara, nak urus macam mana dalam Parlimen pun sembang pasal bu*** :



Marah bagai nak rak, keluar parlimen cium mulut...


Akhir sekali, buat bro Tajuddin - saya nak pesan, saya tak suka  diugut, ini blog aku - hak aku sebagai rakyat dan ahli UMNO untuk meluahkan pendapat aku terhadap mana-mana pemimpin hatta menteri kalau rasa itu fitnah sila guna saluran undang-undang, jangan memandai sampaikan pesan suruh padam artikel tertentu.

Hatta Perdana Menteri pun kena kritik, kena balun - takkan Timbalan Menteri kena cuit sikit dah panas punggung?

Boleh faham Datuk...?

YY : Ahli akar umbi, kalau sahut transformasi kita perlu tolak MT rendah moral dari pegang jawatan tertinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal