BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, September 7, 2013

MOA Bakal Lingkup : Tajuddin Dendam Dengan KSU MOA, Lantik Tajuddin Kesilapan Terbesar @NajibRazak


Lagi-lagi pasal Tajuddin...

Dua artikel sebelum ini membuatkan beberapa rakan bloggers mencari saya, katanya Tajuddin Pasir Salak sedang mencari dua blogger yang berjaya menarik perhatiannya. Menurut sahabat yang saya anggap sebagai abang saya, dua nama yang disebut Tajuddin adalah "Double Y" dan "Gelombangkick".

Saya tidak pasti sama ada bro Tajuddin mencari saya untuk berhari raya atau pun ingin melempang muka saya, yang pasti saya diminta memadamkan dua artikel sebelum ini berkaitan pasal Tajuddin. Saya hargai nasihat sahabat yang prihatin menasihati saya, namun saya juga ingin tegaskan setiap artikel yang saya keluarkan sebelum ini tidak pernah saya padamkan walaupun mendapat kecaman.

Jadi saya mohon maaf kepada sahabat saya kerana tidak dapat memenuhi permintaan untuk memadamkan artikel berkaitan Tajuddin. 

Kenapa saya sibuk pasal Tajuddin, sedangkan saya bukan berasal dari Pasir Salak - saya juga bukan ahli UMNO bahagian berkenaan, adakah saya mempunyai motif tertentu untuk menjatuhkan Tajuddin?

Jawapannya - Ya!

Saya mempunyai motif, selaku ahli pemuda yang menyahut seruan transformasi Perdana Menteri - motif saya adalah menjatuhkan pemimpin yang terbukti gagal dan mengamalkan kronisme serta rendah akhlak menjelang Pemilihan Agung UMNO 2013.

Saya tidak menafikan jasa Tajuddin dalam UMNO, siapalah saya untuk mempertikai jasa individu yang pernah ditahan di bawah ISA ketika Operasi Lalang, jasa-jasa beliau saya hargai. Tapi zaman sekarang bukan lagi seperti zaman Dato Maharajalela menentang J.W.W Birch yang sering dijadikan perbandingan oleh Tajuddin setiap kali berbicara mengenai perjuangan.

Dalam PRU14 individu seperti Tajuddin bukan penentu survival parti UMNO, tetapi anak muda yang bakal menentukan hala tuju UMNO 5 tahun akan datang. Justeru itu bagi memastikan UMNO terus relevan di kalangan anak muda, veteran umno yang bermasalah serta mengamalkan politik ugut-mengugut perlu disingkirkan.

Kedua - segala bahan serta maklumat yang disiarkan serta ditulis oleh saya datangnya daripada bekas kakitangan dan mereka-mereka yang pernah bekerjasama dengan Tajuddin. Berdasarkan dua artikel sebelum ini email saya bertalu-talu didatangi dengan maklumat dan info mengenai Tajuddin.

Terbaru maklumat yang diterima memaklumkan bahawa Tajuddin bermasalah dengan Ketua Setiausaha Negara dan juga KSU :


KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

Petikan pengirim :
Apabila PM Najib tersilap lantik beliau sebagai Timbalan Menteri MOA selepas PRU13, beliau telah membalas dendam dengan usaha untuk mengenepikan MKMF. Malah dalam mesyuarat dengan pegawai-pegawai pertanian di Kg Gajah minggu lalu, MKMF, beliau telah menghina keupayaan orang Kampung menjalankan ekonomi program MKMF dan menjadikan KSU serta pegawai berkaitan sebagai sasaran dendam! 
Belang dendam jelas bila ada pula TKSU yang dibela oleh Tajudin untuk melobi bagi menggantikan Hashim  yang menyebabkan Hashim mulai tersisih dan kakitangan yang dilihat rapat dengan Hashim turut menjadi mangsa. 
Beberapa tokoh di Mukim Pulau Tiga yang dilihat aktif dengan MKMF juga sudah dimaki dan dimalukan. Pegawai kerajaan juga menjadi serba salah. Setiap kali mesyuarat beliau akan membebel 'macam orang gila' di hadapan kakitangan kerajaan. Isinya kosong. Tida hala tuju yang jelas..(Gila Meroyan)
Inilah kesilapan besar Najib melantik ahli parlimen yang tidak berwibawa menjadi Timbalan Menteri MOA, sedangkan kawasan sendiri pun gagal membawa projek pembangunan pertanian baru, inikan pula hendak menguruskan pertanian negara? 
PERCAYALAH...ALAMAT LINGKUP MOA.
Jangan harap Tajuddin mampu uruskan pertanian negara, nak urus macam mana dalam Parlimen pun sembang pasal bu*** :



Marah bagai nak rak, keluar parlimen cium mulut...


Akhir sekali, buat bro Tajuddin - saya nak pesan, saya tak suka  diugut, ini blog aku - hak aku sebagai rakyat dan ahli UMNO untuk meluahkan pendapat aku terhadap mana-mana pemimpin hatta menteri kalau rasa itu fitnah sila guna saluran undang-undang, jangan memandai sampaikan pesan suruh padam artikel tertentu.

Hatta Perdana Menteri pun kena kritik, kena balun - takkan Timbalan Menteri kena cuit sikit dah panas punggung?

Boleh faham Datuk...?

YY : Ahli akar umbi, kalau sahut transformasi kita perlu tolak MT rendah moral dari pegang jawatan tertinggi.

6 comments:

Anonymous said...

Padat YY!

Anonymous said...

perghhhhh...
patotlaaaaa mcm2 masalah dlm MOA smpikan kiteorg dok kuarters buruk pon xdiambil endah. kuarters yg setaraf dgn reban ayam. walaubagaimanapon, saya salute Datuk Noh Omar sbb byk ambil berat pasal kami, cuma jodoh beliau dgn moa xlama...

insaf2 le yg x patot jd menteri ni

Anonymous said...

Noh terbaik jaga MOA masa jd Timbalan. Tp tu la wlaupun dia menang di Parlimen tp tkde rezeki dia dlm Moa. Tajuddin ckp meraban. NAJIB patut rombak kabinet lps pemilihan!

Anonymous said...

Anak dia nak jd KP Pasir Salak. Siap adakan perjumpaan dengan cawangan-cawangan. Sekali jumpa hulur fulus....

Anonymous said...

Menantu dia senang2 jd SUSK skrg..hebat Tajuddin...

Anonymous said...

Semua ketua kampung diarah utk bantu anak dia berkempen, jika menolak ketua kg dimaki hamun. Ugut digugurkan jawatan ketu kg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...