Transkrip perbualan emel di antara Rafizi Ramli dengan blogger pembangkang yang kini diburu polis kerana memfitnah SPR membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin PKR terbukti membiayai operasi fitnah yang dilakukan oleh blogger pembangkang terutama kepada DS Najib Tun Razak.
Kiriman emel blogger Milo Suam kepada Rafizi Ramli yang yang dikirimkan 27 Januari 2012 adalah mengenai pembelian dokumen daripada seorang kakitangan Hotel Shang Ri La berhubung majlis pertunangan anak PM yang berlangsung di hotel tersebut.
Teliti transkrip perbualan di antara Rafizi Ramli dan blogger MiloSuam :
Jelas terbukti bahawa Rafizi Ramli membeli dokumen yang didakwa penyelewengan PM daripada seorang kakitangan hotel dengan nilai RM5000 di mana blogger kaki kelentong MiloSuam bertindak sebagai perantara.
Kos pertunangan anak PM ditanggung sendiri oleh PM tetapi ia dialamatkan ke Pejabat Perdana Menteri [sini]
Ini adalah sebahagian transkrip emel, banyak lagi akan terbongkar menjelang 5 Mei nanti...
Jeng...jeng...jeng!
3 comments:
Maknanya memang betul lah dokumen yang Milo Suam dedahkan tu, aku ingatkan dia reka cipta fitnah. Harap jadi pengajaran kepada Najib, ingat bila nak buat kesalahan. Tengok dah kantoi macam ni kan malu...
Dokumen tu mmg betul sbb mmg ada Majlis kt sana pun, yg tak betul kos tersebut ditanggung JPM. Cuma dialamatkan ke sana. dua benda berbeza tu.
Nk malu apenye....DSN bukan guna duit k'jaan...cuma alamat surat mnyurat hantar trus ke opis dia....
Milosuam patutnya malu....diskas duit bagai semata nk cari kburukn...last2 duit terbang gitu je...
Post a Comment