NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, April 23, 2013

#GE13 Transkrip Emel : Taklimat SUARAM, Tangan Ghaib Ganggu Gugat Taib Mahmud & Politik Sarawak Terdedah! #TolakPR #PRU13

Transkrip taklimat yang dipaparkan ini merupakan taklimat SUARAM kepada 35 orang  MPP Keadilan, ia juga bukti skandal Scorpene yang dicipta oleh pembangkang sebenarnya bertujuan menjadikan isu ini sebagai 'peluru' kempen mereka dalam PRU13.

Aduan SUARAM kepada Mahkamah Antarabangsa dibuat kerana mereka tahu Perancis serius terhadap korupsi dan rasuah selepas pembunuhan 12 orang di Pakistan.

SUARAM juga tahu walaupun aduan dibuat tanpa bukti yang kukuh, kerajaan Perancis akan menggunakan kuasa perundangan mereka untuk mengadakan siasatan walaupun ia melibatkan rakyat negara lain.

Agenda pembangkang adalah untuk menjadikan isu Scorpene sebagai bullet PR dalam PRU13 :




Transkrip taklimat SUARAM di atas membuktikan bahawa skandal Scorpene dicipta oleh pembangkang tanpa bukti dan sama sekali tidak berasas. Maka tidak hairanlah jika tiada pembicaraan di Perancis, sebaliknya kerajaan Perancis hanya menjalankan siasatan berdasarkan aduan SUARAM.

Bahasa mudah faham, SUARAM mengadu kepada Mahkamah Antarabangsa, kerajaan Perancis membuat siasatan berdasarkan aduan, pembangkang melalui media mereka memainkan isu ini kononnya terdapat perbicaraan di Perancis.

Marina China, S.Ambiga, Steven, Cynthia dan Kin Woon Dalang Ganggu Gugat Politik Sarawak!

Kiriman emel Kin Woon kepada Marina Chin pula membuktikan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Global Witness dengan mengaitkan Taib Mahmub terlibat adalah tuduhan yang dirancang untuk memberikan persepsi kepada rakyat bahawa Ketua Menteri itu korup.




Ia juga menunjukkan bahawa pihak Global Witness telah dibeli untuk membuat laporan berdasarkan maklumat 'hear say' malah laporan yang mengaitkan Tan Sri Taib Mahmud tanpa disertakan bukti yang kukuh.

Transkrip emel Kin Woon kepada Marina China :


Dalam transkrip emel ini menyebut Edmond yang juga peguam Global Witness mencadangkan kepada Marina Chin supaya isu skandal ini tidak melibatkan orang semenanjung dan sebaiknya ia diketengahkan oleh orang Sarawak sendiri.


Tindakan yang didalangi oleh tangan halus dari Semenanjung (tangan Marina Chin, Ambiga, Steven Malaysiakini dan SUARAM) sebenarnya adalah skandal ciptaan pembangkang.

Ia untukdijadikan 'peluru' membantu PKR dalam kempen  PRU13 serta membantu PKR  di Sarawak untuk memburuk-burukkan Tan Sri Taib Mahmud dengan pemimpin BN yang lain kononnya terlibat dengan salahguna kuasa dan korupsi.


Siapa penaja SUARAM?




Marina Chin dan Ambiga what say you...?


4 comments:

Mr.Mansuh said...

http://mrmansuh.blogspot.com/

MOHON PAUTKAN BLOG SAYA PADA BLOG TUAN...

Mr.Mansuh said...

http://mrmansuh.blogspot.com/
mohon pautkan blog saya kepada blog tuan, terima kasih..

Panglima Perang Cyber said...

Mantap bro

Anonymous said...

Ambia selaku Pengerusi BERSIH perlu tampil nafikan dakwaan ini. Polis perlu siasat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...