Politik dulu-dulu punya cerita...
Janji bulan dan bintang perkara biasa...
Tunai tak tunai belakang kira...
Yang penting kita berkuasa...
Hahaha...
Era 80-an merupakan satu tempoh perang besar di mana, isu 'kafir-mengkafir' hangat diperkatakan di antara dua parti Melayu terbesar PAS dan UMNO.
Kedua-dua parti ini saling cabar-mencabar untuk menunjukkan parti yang mana lebih Islamik. PAS pada waktu itu mengatakan UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam iaitu MCA dan MIC.
Dekad 'kafir-mengkafir' ini bermula daripada sedutan ceramah Hadi Awang pada 7 Disember 1981 di mana ucapan tersebut telah dicetak dan ditampal di markas-markas PAS dan dikenali sebagai 'amanat hadi'.
Amanat yang dicetak dalam empat versi, yang mana versi pertama dicetak dalam versi jawi oleh penerangan PAS Kelantan untuk digunakan dalam pilihanraya kecil Selinsing, pada tahun 1983.
Amanat tersebut akhirnya difatwakan sebagai bertentangan daripada Islam dan gerakan dakwah Islam kerana memecah-belahkan Islam oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Februari 1986.
Selepas kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada 29 Mac 1982 sehingga berlakunya perpecahan di dalam ABIM, satu debat (forum) diadakan oleh Malaysia Ismalic Study Gorup (MISG) pada 25 Disember 1986.
Forum bertajuk "Masa Hadapan Islam di Malaysia" mempertemukan dua individu hebat pada waktu itu iaitu Anwar Ibrahim yang baru menyertai UMNO dan Hadi Awang yang mengatakan UMNO itu kafir.
Debat yang dikendalikan oleh MISG menampilkan Abdul Rahim Ghouse (pemimpin MISG) sebagai moderator ini dianggap perdebatan terbesar yang pernah diadakan dan dibuat ketika Muktamar Sanawi ke-11 di Illinois, Amerika Syarikat.
Dalam forum tersebut Anwar Ibrahim dianggap 'hero' UMNO kerana telah mempamerkan 'kejayaan' beliau selama 4 tahun bersama UMNO/BN, manakala Hadi Awang terang-terangan menyelar pemimpin UMNO sebagai kafir.
Selain Hadi Awang, Ustaz Zaid Kamaruddin juga sebagai panelis turut menyelar UMNO serta pemimpinnya sebagai pemimpin yang mengamalkan fahaman sekularisme.
Satu perkara peristiwa menarik adalah Anwar Ibrahim dan Hadi Awang turut
berjanji sekiranya kedudukan Melayu/Islam terancam, maka PAS dan UMNO akan BERSATU.
Ya...
Hari kita kita dapat saksikan kedua-dua individu ini bersatu, mereka bersatu dengan parti anti melayu yang menentang UMNO sebuah parti yang memperjuangkan nasib kaum melayu dan Islam di Malaysia sejak sebelum merdeka.
Orang PAS dan anak muda yang menyokong pembangkang terlalu naif, bodoh dalam membuat penilaian. Mereka gagal melihat perbezaan serta perubahan yang berlaku ke dalam parti PAS.
Jika UMNO itu kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, adilkah untuk saya mengatakan Nik Aziz, Hadi Awang serta semua pemimpin Islam dalam PAS adalah manusia kafir serta munafik?
Kafir kerana bekerjasama dengan DAP, manakala munafik kerana tidak melaksanakan janji yang diluahkan dari mulut mereka sendiri untuk bersatu jika kedudukan melayu/Islam terancam.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din telah pun menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.
Ini sudah cukup membuktikan bahawa melayu/Islam sekarang ini terancam, sudah tiba masa untuk dua individu ini tunaikan janji yang dikatakan pada tahun 1986.
3 comments:
Ketara sungguh kemunafikkan Hadi dgn Anwar. Tapi masih ramai yang belum buka mata hati mereka.
ya. dua2 munafik. terbaik saudara YY.
UMNGOK SUDAH KETAKUTAN, KUASA MEREKA DAH NAK HABIS. WAKAKAKAKAKAK
Post a Comment