BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, October 4, 2012

Tokong Guan Eng, Mansor Othman Sampai Bila Mahu Membisu?


Tokong dalam kepercayaan Buddha adalah mewakili tanah dan persekitaran yang tulen dalam kehidupan mereka dan dibina untuk mengilhamkan keamanan dalaman dan luaran.

Patung-patung yang wujud dianggap sebagai simbol tuhan, kaum cina mempunyai banyak tokong kerana mereka percaya bahawa setiap tuhan mempunyai kuasa dan rahmat yang berbeza setiap daripadanya.

Dalam banyak-banyak tokong, cuma satu jenis tokong yang pandai mengelak dan berlakon di hadapan wartawan.

'Tokong Guan Eng' sehingga hari ini tidak memberi sebarang komen tentang pendedahan rakaman perbualan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman yang menyatakan beliau seorang yang bongkak, sombong dan berkuasa seperti tokong.

Mansor Othman pula masih berdolak-dalik, menafikan dirinya mengutuk Guan Eng, walaupun rakaman perbualan di bawah didedahkan ;



Krisis kepercayaan PKR terhadap DAP dan perpecahan dalaman parti PKR di Pulau Pinang dilaporkan makin kronik setelah rakaman perbualan Mansor Othman didedahkan media.

Guan Eng nekad mahu mengajar PKR agar mereka tunduk hormat kepada DAP, malah PKR dianggap gunting dalam lipatan dalam pentadbiran di negeri Pulau Pinang.

Namun perbalahan dalaman kedua-dua parti ini cuba ditutup sebaik mungkin agar ia tidak memusnahkan imej DAP serta memperlihatkan kononnya parti-parti pembangkang sepakat dalam mentadbir negeri tersebut.

Tutup elok-elok kerana sumber dalaman PKR di Pulau Pinang mengatakan masih terdapat beberapa lagi bukti perpecahan dalaman parti di sana bakal didedahkan.

Dulu 'wali selipar', 'anugerah tuhan' dan kini pemimpin pembangkang dianggap 'tokong' - hebat sungguh taraf pemimpin pembangkang di Malaysia.

Paling jahanam lebai malang PAS menganggap Guan Eng sebagai Khalifah Umar Al-Khattab...


Hahaha...

1 comment:

Lina md. munir said...

Eeh...samalah !
Ngam-ngam je kepala tu masuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...