NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, October 24, 2012

Edisi Raya Haji : Memori Lim Kit Siang Hina Ibadah Qurban Muncul Semula!



Lagi dua hari kita bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban, saban tahun umat Islam yang berkemampuan turut menjalankan ibadah korban sempena mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim A.S yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas.

Justeru itu, bersempena sambutan Hari Raya Qurban yang bakal disambut lagi dua hari, saya ingin mengajak sahabat pembaca untuk mengimbas kembali perbuatan-perbuatan yang bersifat menghina, mencabar, memperlekeh dan mempersendakan amalan qurban yang kita jalankan setiap kali tibanya 10 Zulhijjah.

Dalam PAS berbangga kononnya pemimpin-pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang semakin memahami Islam setelah 6 tahun mereka menjalinkan kerjasama, sehingga ada di antara mereka mampu menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

Lim Kit Siang nampaknya masih gagal memahami sensitiviti umat Islam sehingga komen-komen menyentuh sensitiviti umat Islam diluluskan dan disiarkan melalui laman blognya malah tidak dipadam sehingga hari ini.


Mungkin ramai yang terlupa, malah saya yakin ada di antara kita tidak mengetahui bahawa pada tanggal 16 November 2010 Lim Kit Siang mengirimkan ucapan Aidil Adha kepada umat Islam tetapi dalam masa yang sama juga, komen-komen negatif seperti di bawah dilepaskan oleh Lim Kit Siang selaku pemilik blog :


Agaknya apa motif Lim Kit Siang menyiarkan ucapan salam Aidil Adha pada tahun 2010, tetapi membiarkan komen menghina amalan yang dijalankan setiap kali tibanya Aidil Adha?

Jika Lim Kit Siang itu sensitif dan tidak bersifat anti Islam, kenapa tidak dipadamkan sahaja komen-komen negatif itu dari laman blognya, walaupun kita sudah menghampir penghujung tahun 2012?

[http://blog.limkitsiang.com/2010/11/16/salam-aidil-adha/]

Tidak cukup dengan itu, amalan ibadah qurban yang kita laksanakan bertujuan melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban pada bila-bila masa diperlukan demi menegakkan dan mengagungkan agama Allah SWT turut diperlekehkan melalui komen-komen yang ditinggalkan di laman The Malaysian Insider :



Melihat komen-komen negatif sebegini, saya merumuskan keharmonian hubungan di antara kaum di Malaysia sekarang ini agak tergugat dan perbuatan mengugat keharmonian kaum sebegini semakin menjadi-jadi semenjak DAP mendapat sedikit kuasa yang diberikan oleh umat Islam sendiri.

Apakah ada satu jaminan bahawa DAP mampu menjaga kesucian Islam lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh UMNO/BN jika mereka memerintah negara ini sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN ketika ini?

Siapa berani berikan saya jaminan bahawa saya boleh melakukan ibadah qurban secara terbuka dan bergotong-royong sesama saudara Islam setiap kali tibanya 10 Zulhijjah apabila pembangkang memerintah negara kelak?

Sorii la brader...

Dari percaya cakap Lim Kit Siang, DAP, PAS dan PKR yang sudah liberal, lebih baik saya percaya apa yang amoi ini cakap :



Hahaha...

Arios!

YY ; Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat menjalankan ibadah qurban, berhati-hati ketika memandu kerana anda diperhatikan AES!

11 comments:

Anonymous said...

Jelas PAS yang ditarbiah oleh DAP!!!!

Anonymous said...

Nampaknya BN nak pulangkan paku buah keras pulak lps mulut CSL terlepas.Kalau betul LKS menghina Raya Korban masa tu kenapa baru skrg nak heboh 1Msia? It 2 thn lepas, masyarakat Cina dh mula paham & terima prinsip PAS jd tak payahlah nak korek2 zaman tok kadok DAP tu.. Kalau PR menang pun, hak melayu tetap terjaga, apa yg penting diorg cuma mahu kebajikan rakyat dijaga sbb M'sia skrg dh bercelaru sgt2 & perlukan perubahan!

Anonymous said...

Salam, mohon untuk share. Terima kasih.

Anonymous said...

Kenapa la cina-cina ni rasis macam ni. Kita tak pernah pun kacau apa mereka nak buat. Kita hormat lagi setiap kali mereka sambut perayaan walaupun ada bunyi bising mercun, gendang dan sebagainya. Makin lama makin besar kepala nampaknya cina sekarang.

Asz

Anonymous said...

Pale hotak ko...abis nak tunggu 2-3 tahun lagi baru nak sound orang balik??ko ni jenis backward brain la bro..dah terantuk baru nak mengadah...aptb

Anonymous said...

kepada anon 4:55PM

sebagai org bukan islam, sepatut nya kau patut sokong MCA dari DAP. kene ingat, sebagai seorang kafir, MCA patut cakap begitu kepada hudud PAS yg memang menzalimi rakyat.
jgn la sokong DAP. artikel ni, telah lama ada dan telah lama di maklum kan.
hanya kerana anda seorang kafir yg sokong DAP, tentu nya anda buat tak nampak,

Anonymous said...

DAP smpi bila pun xkan berubah...LKS dan LGE ni byk tpu muslihat...jgn kita terpedaya..kalau nak perubahan...kita tukar pemimpin dlm UMNO/ BN...tp bkn tkr parti...dr bib

Anonymous said...

Tak kan pemimpin pemimpin dan penyokong penyokong pas membisu seribu bahasa apabila pemimpin dap buat komen kesat.

Anonymous said...

kepada melayu yg mengaku islam...

http://www.youtube.com/watch?v=ve3AqDW-DdY

kerana dilahirkan dlm keluarga islam..kita rasa lebih pandai dari org lain...

belajarlah ilmu agama dgn tekun barulah dapat membezakan barbaric way & ibadat korban dgn betul..

Anonymous said...

Kepada melayu yg mengaku islam..tetapi lebit adat drp ibadat

http://www.youtube.com/watch?v=ve3AqDW-DdY

bandingkan barbaric way & ibadat korban

Anonymous said...

Sebagai ahli totok Pas, kita patut sokong teguran LKS tu demi 'kebaikan' amalan kita selama ini. LKS mempunyai hak untuk tegur sebab dia x faham Islam. Kalau dia faham, dia x akan buat teguran macam tu. Jadi adalah menjadi 'tugas' kita menerima dan akur kepada semua teguran dan cacian mereka kerana negara in negara demokrasi.. Buatlah apa yang kita suka... Aduhyai.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...