NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, October 10, 2012

Emel Bukti Yusuf Al-Qardawi 'Alat' Anwar Ibrahim Raih Sokongan Melayu/Islam

Antara individu yang selalu dikatakan menyokong Anwar Ibrahim adalah ulamak terkenal dunia arab Sheikh Yusuf Al-Qardawi, malah ketika pilihanraya negeri Sarawak nama Yusuf Al-Qardawi turut digunakan oleh Anwar Ibrahim.

Seingat saya waktu itu Anwar Ibrahim mengatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh semua, dan jika ada pihak yang ingin saman beliau kerana mengatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh semua agama, Yusuf Al-Qardawi akan terbang dari dunia arab untuk menjadi saksi beliau.

Lihat minit 4:29 dalam video di bawah :



Wah...

Yusuf Al-Qardawi akan terbang dari dunia arab untuk jadi saksi beliau bro...

Biso sungguh brader Anwar Ibrahim ini kelentong dan manipulasi nama ulamak terkenal dunia arab. Sebelum pergi dengan lebih jauh, baca keratan akhbar yang dipaparkan :


Jadi benarkah Anwar Ibrahim mempunyai hubungan akrab, atau nama ulamak ini dimanipulasi beliau untuk tujuan politik?

Dua paparan emel daripada kakitangan di Pejabat Anwar Ibrahim untuk tatapan saudara :




Kita lihat pula antara tiga keping slide yang diarahkan oleh Anwar Ibrahim supaya ditayangkan ketika beliau berceramah di kawasan orang Melayu :




Sedang paparan slide ditayangkan ayat biasa Anwar sajikan dalam siri ceramah di kawasan orang Melayu/Islam :
"Saya dengan Sheikh Yusuf Qardawi sahabat baik, ini gambar kami ketika dia menjemput saya bla bla bla, beliau mengatakan kepada saya supaya terus membela nasib rakyat Malaysia daripada pemerintah yang zolim...bla bla bla"
Maka terloponglah totok-totok lebai PAS, apabila mendengar nama ulamak terkemuka dunia arab pun bersama dan menyokong Anwar Ibrahim.

Slide yang memaparkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah bersama Yusuf Al-Qardawi, Khaleed Meshaal, Dr. Abdul Jasser Auda di atas dapat ditonton dalam setiap ceramah Anwar Ibrahim lebih-lebih lagi di kawasan Melayu.

Benarkah gambar yang dipaparkan merupakan bukti kukuh atau ia dimanipulasi Anwar Ibrahim untuk menipu orang Melayu/Islam?

Gambar-gambar ini sebenarnya dirakam dan dijadikan slide diambil ketika kunjungan 'apologize tour' selepas kenyataan Anwar Ibrahim berhubung 'two state solution' yang disiarkan dalam Wall Street Journal pada 26 Januari 2012 :
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”
Kenyataan ini menyebabkan beberapa ulamak, duta-duta dan pegawai Hamas menyuarakan rasa dukacita kerana ianya bercanggah dengan fatwa 66 mufti muktabar pada tahun 1988.

Ekoran kontroversi yang menimbulkan rasa kurang senang pemimpin arab inilah Anwar Ibrahim terpaksa berkunjung ke Qatar pada 11 Februari 2012 untuk memohon maaf sebagai usaha memulihkan kembali imej beliau melalui pertemuan dengan Khaleed Mishaal, Yusuf Al-Qardawi, dan Menteri Kebudayaan Qatar HE Dr. Hamad Bin Abdul Aziz.

Namun liciknya Anwar Ibrahim adalah apabila pulang ke Malaysia, gambar-gambar tersebut dimanipulasi oleh beliau kononnya Yusuf Al-Qardawi selaku ulamak terkemuka dunia pun menyokong usaha menumbangkan kerajaan yang zalim, korup, rasuah, mengamalkan kronisme pimpinan DS Najib Tun Razak.

Kasihan...

Hidup-hidup orang Melayu/Islam diperbodohkan Anwar Ibrahim...

Anwar Ibrahim dikatakan sakit hati baca berita ini :


Hahaha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...