Masalah air, kalau air telaga dan air sungai tu memang ada, tiada kerajaan pun ia tetap ada.
Pelaburan slow, sebab pemimpin hanya kuat ceramah tak pandai tarik pelabur, peluang perkerjaan terhad, perniagaan banyak lingkup.
Kami bukan kedekut nak derma tapi kami sendiri pun pokai, sepatutnya kami rakyat minta dengan parti yang ada kerajaan, tapi ini dah terbalik pula.
Macam mana kami nak derma, tengok gaji kami baru RM 400 sebulan, nak makan apa? Kalau Kuala Lumpur harga gula RM2.60 sekilo, kat sini pun sama, begitu juga dengan barang keperluan yang lain, tapi kat KL gaji bukan RM400 itulah bezanya
Lainlah kalau ADUN, macam-macam elaun dapat, tapi kami terfikir juga berbaloi ke ?
Kami orang Islam nak hukum Hudud, kerana hukum Hudud ni wajib dilaksanakan, kalau tolak Hudud Tok Guru kami kata jadi kafir, kami tunggu lama tak juga kunjung tiba.
Kami orang susah perlukan rumah, apabila tidak mampu sepatutnya kerajaan bantu, namun dalam bangsal juga tempat kami berteduh.
Bila ada kenderaan mesti perlu ada jalan, dah kutip derma kata nak buat lebuhraya, tetiba senyap saja, sebelum lebuhraya buatlah dulu jalanraya, ni jalan kat Pasir Puteh apa cerita, tambun batu saja ini kerja orang gila.
Agaknya macamnilah lebuhraya anganku derma, projek segera time pilihanraya, segera tu umum saja buat entah bila..
Begitu juga kalau dah mati, tanah kubur makin sempit, jenuh kami minta derma untuk beli tanah bagi membesarkan kubur yang sudah sedia ada itu.
Kami tanya 22 tahun dah PAS perintah apa yang PAS buat, oleh kerana PAS kata perjuang Islam kami nak tanya berapa buah masjid dah PAS telah bina, PAS jawab hanya sebuah masjid saja.
Kami tunggu juga janji dulu nak buat Bandar Red Warriors, ada stadium canggih, tapi sampai kehari ini belum juga nampak walaupun hanya tiangnya.
Cukuplah dulu setakat tu untuk pemimpin PAS sedar bahawa telah banyak janji yang dimungkiri, apa yang telah PAS lakukan selama memerintah lebih dari 22 tahun ? itu baru janji, belum lagi masuk bab ketelusan kerajaan PAS Kelantan sebagaimana yang dilaporkan audit, jenayah dan masalah sosial belia dan 1001 lagi permasalahan serta janji yang telah dimungkiri, ceramah politik saja tak cukup untuk bangunkan negeri dan ekonomi rakyat. Oleh itu Anda Mampu Mengubahnya. - Gelombangkick
1 comment:
Yang menipu dan kena tipu pun sama jer....elok la kalau boleh tambah 22 tahun lagi sambung menipu.. Kata orang cukupkan bilangan 44.... Selisih malaikat 44!!!
Post a Comment