NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, September 3, 2012

[VIDEO] : Pemuda UMNO Wilayah Desak KDN Jangan Berlembut


Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mendesak agar Kementerian Dalam Negeri tidak berlembut dengan mana-mana individu yang terlibat dalam insiden menghina gambar Perdana Menteri dan isteri ketika sambutan ambang merdeka pada malam 30 Ogos yang lalu :

Dari Blog Rezqeen Hill :
Pemuda Umno mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka, Khamis lepas. 
Exco Pemuda Umno Hisamuddin Yahya berkata sudah tiba masanya KDN mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut supaya dapat menjadi pengajaran kepada orang ramai. 
"Pemuda Umno mahu mereka terlibat mendapat pembalasan sewajarnya terhadap perilaku jijik yang menimbulkan keresahan serta kemarahan di kalangan rakyat negara ini. 
"Kenapa kita perlu takut bertindak dengan segelintir pihak tidak bertanggungjawab itu sedangkan kita menafikan suara majoriti penduduk yang cintakan keamanan," katanya. 
Beliau ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan bersama Anggota Jawatankuasa Penaja Umno Cawangan Iskandar Perdana, di sini hari ini. 
Pada malam ambang Merdeka itu, segelintir peserta perhimpunan itu bertindak memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selain mempamerkan 'bendera baharu' kononnya bagi menggantikan Jalur Gemilang.

1 comment:

Anonymous said...

bertindaklah demi majoriti rakyat dan kesejahteraan negara tercinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...