NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, September 5, 2012

Sehari Bersama TUDM : Mereka Antara Yang Terbaik Di Dunia!

Anggota PASKAU tentera udara antara terbaik di dunia.
03/09/2012 - Saya bersama 64 rakan media yang lain berpeluang melawat kem Tentera Udara Di Raja Malaysia yang terletak di Kuantan dengan menaiki pesawat jenis Charlie milik TUDM dalam satu siri  Lawatan Editor Kanan Media Bersama Menteri Pertahanan ke TUDM.

Seawal jam 0600 kami berkumpul di kem tentera Sungai Besi dan perlu menjalani beberapa prosedur sebelum dibenarkan menaiki pesawat jenis Charlie menuju ke Kuantan.


Setelah selesai menjalani prosedur yang ditetapkan TUDM, kami mula menaiki pesawat pada jam 0800 dan buat pertama kalinya kami diberi kebenaran untuk merakamkan gambar atau apa saja yang disaksikan sepanjang perjalanan kami.

Ketika dalam pesawat tersebut kami dibekalkan dengan pek makanan tentera yang berisi roti, telur rebus, air kotak dan sebotol mineral oleh pihak TUDM sebagai hidangan pagi kami sebelum mendarat di kem TUDM Kuantan.

Pek makanan berisi roti, epal, telur, air kota dan sebotol mineral
Namun tanpa disedari pihak TUDM memberikan kami satu 'kejutan' iaitu demo  'security inspectn' di mana pesawat kami turut dinaiki oleh 'empat penjenayah' sehingga pihak TUDM menghantar dua buah jet  pejuang jenis MiG 29N mengiringi pesawat kami dan memaksa juruterbang kami melakukan pendaratan kecemasan  'plan intercept dan force down'.

Pesawat Pejuang MiG 29 mengiringi Charlie yang kami naiki
dan memaksa kapten melakukan pendaratan kecemasan
Pesawat yang kami naiki  terus diserbu oleh anggota TUDM dari Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) sebaik sahaja pintu pesawat kami terbuka. Empat penjenayah tersebut berjaya dikenal pasti dan ditumpaskan oleh anggota PASKAU dalam usaha mereka menyelamatkan para pengamal media yang dijadikan tebusan sepanjang 45 minit perjalanan.

Anggota PASKAU memasuki ruang pesawat kami sebaik pintu dibuka.
Tiga suspek ditangkap dan dikawal oleh anggota PASKAU

Anggota PASKAU mengenal pasti wajah suspek
Aksi kepantasan anggota PASKAU yang dihidangkan oleh pihak TUDM kepada kami merupakan sesuatu perkara yang tidak dijangka bertujuan memperlihatkan kepada kami kepantasan, kecekapan anggota-anggota Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) dalam menjalankan misi menyelamat tebusan dalam pesawat.

Demontrasi Jet Pejuang MiG 29


Sebaik sahaja selesai aksi anggota PASKAU dalam melaksanakan misi menyelamat, kami dihidangkan dengan kehebatan dua juruterbang TUDM mengendalikan jet pejuang jenis MiG 29N melaksanakan misi mengebom lokasi musuh.

Aksi yang dihidangkan itu mengejutkan para pengamal media kerana tembakan laser dari jet pejuang MiG29N menghasilkan satu letupan yang menggegarkan sekitar, disusuli aksi anggota PASKAU mengesan pihak musuh dan memastikan kawasan tersebut selamat.

Letupan yang menggegarkan sekitar Kuantan



Aset-Aset TUDM Dipamerkan Kepada Media 

Buat pertama kalinya TUDM membawa pengamal media melawat serta meninjau peralatan yang dimiliki mereka dalam melaksanakan tugas-tugas menjaga kedaulatan ruang udara Malaysia. 

Antaranya aset yang dimiliki oleh TUDM adalah 'Air Combat Maneuvering Instrumentation' (ACMI) iaitu alat simulasi MiG 29N yang digunakan oleh juruterbang sebelum mengendalikan jet pejuang sebenar, melalui penggunaan alat simulasi ini ianya telah menjimatkan kos jutaan ringgit dalam melatih seseorang juruterbang jet pejuang.

Kami turut berpeluang melawat bilik simulasi 'sentri' iaitu pusat kawalan 24 jam anggota TUDM dalam merekod dan mengawal serta mengeluarkan arahan kepada juruterbang jet pejuang ketika bertempur di udara.

Kapten Skinner menerangkan kepada kami tentang ACMI.
Pusat menara kawalan TUDM.
Selain itu jet-jet pejuang yang dimiliki oleh TUDM, malah kami diberi peluang untuk menduduki ruang kokpit jet tersebut.


Kapten jet pejuang memberi penerangan tentang ruangan dalaman
jet pejuang MiG 29N kepada wakil media
Misil yang digunakan dan dipasang di jet-jet pejuang milik TUDM
Sepanjang separuh hari di TUDM Kuantan, boleh disimpulkan ianya pengalaman yang cukup bermakna kerana pengalaman ini tidak mungkin boleh diperolehi hatta kita membayar dengan harga yang tinggi sekalipun kerana soal keselamatan bukan sesuatu yang boleh dibeli dengan wang ringgit.

Di akhir siri lawatan kami, para wakil media berpeluang mengemukakan soalan-soalan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi secara terbuka. Ketika ditanya mengenai kehilangan enjin jet sebelum ini, kami dimaklumkan bahawa enjin tersebut telah berada di kem TUDM Kuantan setelah berjaya dikesan dengan bantuan Peguam Negara.



Sekalung ucapan terima kasih kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi serta pihak TUDM dan Panglima TUDM sendiri di atas peluang dan pengalaman yang diberikan kepada saya serta rakan-rakan media yang lain. Sesungguhnya pengalaman sehari melihat dan meninjau sendiri aset yang dimiliki oleh TUDM merupakan pengalaman yang berharga lebih-lebih lagi blogger cabuk seperti saya.

Apa yang boleh disimpulkan melalui lawatan ini, rakyat Malaysia harus berbangga kerana TUDM  turut memiliki kepakaran dan aset yang canggih dalam melaksanakan tugas mereka menjaga keselamatan dan kedaulatan ruang udara di Malaysia.

Ikuti juga tulisan menarik saudara Helme Hanafi yang turut mengikuti siri lawatan ini [KLIK SINI]

TERIMA KASIH TUDM!

4 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

Jeles la bro ...GPB memang minat sangat ATM , tapi tak tau la macamana blog GPB tak dijemput .

Kalau ada lagi ...jemput la blog GPB sama ...

Yuseri Yusoff said...

InsyaAllah lain kali bro jika ada rezeki. :)

Anonymous said...

bestkan, saya bangga sbb suami saya pilot charlie c130, kami menetap di alor star skg nih, di kolej tentera udara. tapi yg paling bangga bila suami terlibat dgn ops piramid. tak terkata bangganya masa tu.apapon saya sbgai tulang blakang suami bkorban utk agama bangsa dan negara.

fb: nana xandria nazlan

Yuseri Yusoff said...

nana xandria nazlan,

Tahniah kerana memahami bidang tugas suami, semoga Allah sentiasa melindungi suami nana ketika mereka menjalankan tugas-tugas menjaga keselamatan negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...