NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Friday, February 11, 2011
Nik Aziz Kalau Nak Sembang Pasal Tarif Air, Pastikan Air Ada Dulu!!
Bila saya dengar bahawa kerajaan pimpinan PAS Kelantan di bawah pentadbiran 'diktator' Nik Aziz memberi jaminan bahawa tariff air tidak akan naik, saya hanya mampu tersenyum tawar.
Mereka sembang cukup kencang, kononnya akibat tekanan kenaikkan harga barang, mereka tidak berniat menaikkan tarif air di Kelantan. Bila totok PAS dengar Tok Guru mereka cakap macam ini, melalak gembiralah mereka kononnya PAS memang menjaga kebajikan setiap rakyat Kelantan.
Namun Nik Aziz harus diingatkan, dan menjadi kewajipan saya untuk mengingatkan beliau selaku rakyat dan anak Kelantan. Bahawa masih ada kampung di sekitar Kelantan yang masih tidak mendapat bekalan air bersih dari kerajaan Negeri.
Saya meletakkan diri saya sebagai orang yang layak bercakap pasal hal rakyat Kelantan kerana saya adalah anak kelahiran Kelantan, mendapat pendidikan di Kelantan serta dibesarkan di Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz sepanjang 20
tahun.
Tahukah Nik Aziz, bahawa sebelum beliau berbicara mengenai tarif air. Adalah lebih baik beliau melakukan kaji selidik terlebih dahulu. Adakah setiap perkampungan di Kelantan telah pun disediakan air bersih oleh kerajaan Negeri?
Saya berani katakan masih ada perkampungan di Kelantan tidak mempunyai bekalan air yang bersih. Salah satunya Kampung Pulau Kundur yang terletak di Pantai Cahaya Bulan. Kampung ini merupakan sebuah perkampungan kawasan pesisiran pantai.
Abang ipar saya menetap di sana, dan kini masih lagi menggunakan air telaga. Namun kini abang ipar saya maju setapak kerana mampu membeli enjin untuk menyedut air telaga tersebut, kalau dulu beliau bersama keluarga hanya menimba guna tangan.
Air telaga ini digunakan untuk mandi, mengambil wudhuk, cuci pakaian dan juga dijadikan sumber minuman untuk abang ipar saya sekeluarga. Adakah ini yang Nik Aziz namakan sebagai kerajaan berkebajikan?
Itu belum dikira di daerah Pasir Mas yang saya dengar mereka juga masih tidak dibekalkan dengan bekalan air bersih selama bertahun-tahun.
Boleh saudara bayangkan 20 tahun Nik Aziz memerintah, masih ada penduduk di Kelantan yang tidak mendapat bekalan air bersih dari kerajaan?
Jika ada pun bekalan air, saya berani katakan ianya berkeladak, keruh dan tekanannya cukup rendah, malah tidak keterlaluan jika saya katakan air kencing saya lagi laju daripada air paip yang keluar di setiap batang paip di rumah-rumah sekitar Kelantan.
Tapi semalam Nik Aziz berbicara mengenai tarif air? Tidak dinafikan bahawa tarif air di Kelantan antara yang terendah di Malaysia iaitu hanya RM0.55 sen per/meter padu. Tapi ini adalah harga yang memang wajar berdasarkan mutu bekalan air di tahap yang rendah.
Rakyat tidak marah jika tarif air naik beberapa sen asalkan mutu perkhidmatan yang disediakan amat memuaskan.
Nasihat saya buat Tok Guru Nik Aziz, jenguk-jenguklah rumah sekitar pesisir pantai di Kelantan, kerana saya berani beri jaminan bahawa masih banyak rumah penduduk di sekitar sana masih tidak mendapat bekalan air yang sempurna dari kerajaan Negeri.
Selepas melawat mereka, sediakan khidmat air buat mereka, pastikan air itu bersih tidak berkeladak. Selepas itu barulah Tok Guru sembang pasal tariff air kepada rakyat Kelantan.
Air bersih pun tidak mampu hendak sediakan, masih ada hati hendak sembang pasal tarif air, Tok Guru saya ada dua perkataan khas buat Tok Guru.
"BOLEH JALAN DAAA!!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HOT MINGGU INI
-
Jam 5.00 Petang nanti saya akan ke Persidangan Parti-parti Politik Asia (ICAPP) yang untuk mengikuti perkembangan serta persidangan yang be...
-
SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat ...
-
Inilah dunia bloggers, kita beranggapan diri kita saja yang betul - hanya pendapat kita yang betul, pendapat orang lain adalah salah. Kr...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
-
Ini adalah situasi terkini di Dataran Merdeka, gelagat kumpulan pengikut PKR memprovokasi serta mencetuskan kekecohan terhadap pengguna la...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
RECOMMENDED
-
-
-
-
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh11 months ago
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi5 years ago
-
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]
Arkib Artikel Kawe...
-
▼
2011
(662)
-
▼
February
(29)
- Al-Fatihah Blogger Melayurayadaily Kembali ke Rahm...
- Saifuddin Abdullah, Api Dalam Sekam, Gunting Dalam...
- Cadangan Menarik Dari Pembaca Blog, Sdr Fakeh..
- Blogger Prihatin : Mohon Bantuan Untuk Adik Humairah.
- Nama Gobala di Salah Guna Untuk Program Ceramah di...
- Terkini : Adun BN Kerdau Bahagian Kuala Krau Menin...
- Update : Farid Sudah di Temui..!
- Update : Misi Mencari Farid! - Di Mana Sdr. Farid?
- Ustazah Nur Bahyah Kena 'Urutan Cakar Harimau' di ...
- Urgent : Misi Mencari Farid Yang Hilang!!
- Pelajar Dari Mesir di Upah RM60 Untuk Burukkan Ops...
- "Terima Kasih" Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
- Nik Aziz Kalau Nak Sembang Pasal Tarif Air, Pastik...
- Esok Arman Perkasa Akan Buat Anwar Terduduk?
- Pengumuman dari SPR!!!
- Zuraida Kamarudin Cemburu Dengan Kecantikkan Rosmah?
- Siapa Akan Tanggung Pelajar Pergi Semula Ke Mesir?
- Totok PAS Yang Sambut Anak Depa di LCCT.
- Isu Nik Aziz di Cabar Debat : Kejap Budaya Islam, ...
- Krisis Mesir : PAS Kelantan Hanya Bagi RM93.67 Set...
- Krisis Mesir : Fitnah Anjing PAS Terhadap Kerajaan...
- Isu Pemimpin Cawangan UMNO di Tangkap 'Berdoggie' ...
- Pemimpin UMNO di Tangkap 'Doggie' Isteri Orang?
- PAS & PKR Lacurkan Nama Rasulullah S.A.W di Surau ...
- Mari Baca Contoh Blogger Celaka Yang di Lahirkan O...
- Tiga Pesawat TUDM di Terbangkan Ke Mesir Hari Ini.
- Krisis di Mesir, PR Cuba Menakuk di Kepala Takuk!
- Penyelewengan Memang Wujud Dalam PAS.
- Siapa Wanita Ini di Hati Anwar Ibrahim?
-
▼
February
(29)
4 comments:
kahkahkah
btol2
Hello Bro..bukan abang kau sorang korek perigi...rumah makcik aku kat melor pun pakai perigi...
rumah kawan aku diPasir Tumbuh pakai clorox sebulan dekat 20kg pasal baju sekolah anak dia kuning belako...Harap..Nik ajis x payahlah buat fatwa baru tentang tarif air pulak...
Kerajaan PAS Kelantan berhak naikkan tarif air memandangkan air semakin berharga di Kelantan!!!
Kerajaan Kelantan juga sepatutnya mengambil kesempatan yg ada, menyimpan sebanyak yg boleh air 'bah' supaya boleh dijual untuk menjana ekonominya.
sgt laa setuju , kg kawe di kuala krai tu ..guna enjin beli sendiri ..dah berapa biji enjin rosak ..nak harapkan air pair..hamnpesss sungguh ..kecek jah reti buat dok reti
Post a Comment