NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, February 24, 2011

Saifuddin Abdullah, Api Dalam Sekam, Gunting Dalam Lipatan?

Tulisan ini sebenarnya sudah lama ditulis oleh seorang Pengawai BTN iaitu pada 13-08-199.

Pada awalnya saya agak ragu-ragu untuk mempercayai apa yang ditulis oleh 'rakan' Saifuddin Abdullah ini.

Untuk makluman Saifuddin Abdullah adalah Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, yang dilihat lebih cenderung kepada pembangkang.

Lihat sahaja tindakan beliau menelefon Polis supaya melepaskan pelajar (kumpulan GAMIS) yang berkempen di Galas yang terang-terang telah melakukan kesalahan.

Anda baca dan nilailah tulisan dibawah ini :

"Saya adalah seorang yang kenal dengan Saufuddin semenjak di MCKK lagi walaupun saya awal sikit dari beliau. Dia kenal saya dan saya pun kenal dia sedalam-dalamnya. Kami bukan berkawan sehari dua - tetapi sudah lebih dua puluh tahun kami saling mengenali sesama sendiri.

Perhubungan kami terus dikatakan rapat (mungkin kurang rapat selepas tulisan ini - itu pun saya rasa dari perspektif beliau). Sebagai rakan, tulisan ini adalah suatu yang patut diharapkan dari seorang rakan. Harus ada rakan yang memperingati kita.

Dalam banyak perjumpaaan, kerap kali Saifuddin menyatakan hasrat beliau untuk berjaya terus dalam politik.

Memang dahulu beliau menyanjung DSAI. Memangpun masih begitu (sekurang-kurangnya itulah yang diucapkan kepada saya ketikadalam suasana saya dan dia berdua sahaja). Malah pendirian ini bukannya pendirian dulu yakni sebaik sahaja DSAI dilucutkan.

Tetapi pendirian ini dinyatakan berkali-kali (dalam pertemuan kami) sebaik sahaja DSAI dilucutkan jawatan, selepas DSAI ditahan, dan yang terbaru selepas DSAI dihukum dan selepas beliau (SA) sendiri menyatakan secara terbuka tentang "sokongan" beliau terhadap Mahathir.

Kata beliau, itu adalah terpaksa dinyatakan.

Beliau mengaku telah punmendapat restu DSAI (walaubagaimana pun saya sangsi cerita ini) untuk kekaldengan Mahathir dan menjadi musuh dalam selimut bagi Mahathir.

Kata beliau,beliau mempunyai perancangan yang baik.Saya tidak percaya bab DSAI merestui. Sebabnya ialah saya pun kenal DSAIsecara rapat.

DSAI sebagai senior saya semasa di kolej dan kemudian semasa di UM (juga bersama dengan Saifuddin) saya pernah mendapat hint dari DSAI sendiri nama beberapa orang yang DSAI beri kepercayaan sepenuhnya, beberapa orang yang DSAI sangsi, dan beberapa orang yang DSAI langsung tidak percayai.

Biarlah saya tidak kategorikan Saifuddin di dalam kategori mana - cukup setakat saya sangsi apa yang beliau katakan di atas.

Namun, Saifuddin turut mempunyai beberapa kisah lama. Saya akan simpan dahulu- kerana saya masih mahu mengekalkan beliau sebagai kawan bukan bermusuh.

Cuma ini sekadar mengingati beliau.Beliau di dalam perancangannya, telah bersedia untuk melompat ke Barisan Alternatif (tapi hanya selepas pilihanraya - dan jika beliau menang DAN jikaAlternatif mungkin berjaya membentuk kerajaan.

Jika tidak beliau ingin kekaldi dalam UMNO sebagai mata dan telinga DSAI (kata beliau).Beliau kata beliau sanggup untuk berperanan seperti Ibrahim Ali tetapi tidak keterlaluan dan tidak sebodoh (kata beliau) seperti Ibrahim itu.

Beliau mengaku dirinya lebih strategis dan jauh lebih cerdik (budak kolej konon) dari Ibrahim Ali. Satu perkara yang pernah beliau perakui suatu masa dulu (mungkin beliau sudah lupa) ialah, memang dugaan kewangan dan kemewahan adalah antara suatu yangsukar beliau tolak. Amat mencabar.

Dan setakat yang saya dengar begitulah tawaran telah dibuat terhadap beliau. Beberapa kali saya bertanyakan hal ini- beliau nafi. Ada juga beliau buat-buat senyum dalam beberapa penafian tersebut."


Salam dari,

Masih Dalam BTN.13/8/99


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

5 comments:

pengundi bn said...

dekat grassroot pun ramai tak minat dgn dia ni....sombong angkuh nak mampus!

dzimba said...

saifudin adalah sebahagian daripada kumpulan KJ, akan tetapi KJ terbantut dan mereka sebenarnya ada hubungan dengan DSAI.

ALLAH MAHA KUASA DAN MEMBANTUTKAN PERANCANGAN MEREKA.

Anonymous said...

Wau kalaulah jadi 16 september dulu agaknya dialah salah sorang yang buat janji mau fly ke Pakatan kot.. bahaya..bahaya,

Anonymous said...

nak tanya era PM mana yang melantik dia tu...kalau era sebelum najib faha2 aja lah...silelap/silelap si tak tau apa apa

Anonymous said...

Ni la blog parasit yang merosakaan UMNO..merosakan melayu....pantang ade pemimpin melayu yang lantang berani pertahankan kebenaran dikutuk...semuanya menjilat kaki pemimpin tanpa membuat pertimbangan...bodoh..

Pemerhati Bangsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...