90 peratus golongan guru cenderung menyokong pembangkang - kenapa agaknya perkara ini terjadi, walaupun kerajaan dikatakan telah memberi banyak keistimewaan kepada golongan pendidik ini.
Saya tidak terkejut dengan isi kandungan surat 'Gelora Langkawi' - [sini]
"boikot guru sokong pembangkang!"
"Jangan naikkan gaji guru untuk 10 tahun akan datang!"
Biasa inilah yang dilakukan oleh penyokong kerajaan, kita kritik, hentam, balun dan secara tidak langsung tindakan tersebut telah menyebabkan semakin ramai guru menolak untuk menyokong kita.
Hahaha...
Benarkah 90 peratus sokong pembangkang atau 90 peratus ini merupakan 'suara senyap' manakala baki 10 peratus adalah 'hardcore' pembangkang yang kerap mengkritik, menghina, mencerca pimpinan kerajaan di sekolah secara terbuka, lalu menggambarkan seolah-olah majoriti guru bersama pembangkang?
Saya tidak percaya 90 peratus guru bersama pembangkang sebaliknya, saya lebih percaya golongan guru adalah mereka yang terdiri daripada 'suara senyap' - di mana mereka memerhati, menilai akhirnya mereka memilih yang mana terbaik.
Mereka mengkritik kerajaan, tidak bermakna mereka mengundi pembangkang!
Apakah adil untuk menuduh guru yang mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna gagal membuat keputusan yang terbaik demi masa depan negara?
Bagaimana dengan Menteri yang bertanggungjawab iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin - adakah tanggungjawab selaku Menteri Pelajaran dapat dilaksanakan sebaik mungkin kerana beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Adakah dasar 1Malaysia, dasar tranformasi, GTP, ETP dan dasar-dasar lain yang dibuat dan dilancarkan oleh kerajaan benar-benar sampai dan difahami oleh golongan guru sepanjang Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan Menteri Pelajaran?
Hasil pemerhatian berdasarkan tindakan golongan guru kebelakangan ini jelas mereka tidak memahami dasar-dasar kerajaan, mereka juga gagal menyelami dasar 1Malaysia diilhamkan Perdana Menteri. Ini kita berbicara mengenai Kementerian Pelajaran sebelum Kementerian ini digabungkan dengan Pengajian Tinggi.
Jika sebelum Kementerian ini digabungkan dasar-dasar kerajaan gagal sampai dan difahami oleh golongan guru bagaimana selepas penggabungan?
Jika dulu Menteri Pelajaran gagal melaksanakan serta menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada 400 ribu golongan guru dengan berkesan sehingga segelintir guru secara terbuka menghentam kerajaan.
Adakah saudara merasakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menggalas tugas yang sama selepas ia digabungkan dengan Pengajian Tinggi?
Jika dulu kita berbicara soal 400 ribu golongan guru, kini Kementerian tersebut bertanggungjawab bukan sahaja kepada guru tetapi kepada 20 IPTA dan beratus IPTS di seluruh negara.
Nak tengok kegagalan Menteri Pelajaran mudah saja - kita tengok apa jadi kepada program "1 Murid 1 Sukan", "Senam Robik serentak 1Malaysia", "Key In PBS server share 1 Malaysia" (program yang memaksa guru tunggu sehingga jam 2-3 pagi trafik kurang sibuk untuk key in).
Kenapa akur desakan puak kononnya pencinta bahasa sehingga memansuhkan PPSMI?
Berapa ramai ibu bapa dan guru sokong keputusan ini, walhal rata-rata mengatakan murid dan guru mengalami peningkatan dalam penguasaan Bahasa Inggeris sejak ia diperkenalkan?
Cuba turun ke sekolah dan tanya apa jadi dengan program ini?
Guru-guru puas hati ke dengan program yang diperkenalkan?
Macam mana Menteri bertanggungjawab nak turun, jika beliau sibuk pun perlu fokus dengan tugasan selaku Timbalan Perdana Menteri.
Jadi kenapa jawatan sebagai Menteri Pelajaran tidak diberikan kepada pemimpin lain di mana individu tersebut tidak dibebani dengan tugasan lain.
Nak harap Menteri Pelajaran II - Datuk Idris Jusoh?
Saya rasa mungkin sekarang dia sibuk dengan kes saman Rafizi Ramli yang mana sepatutnya menjadi tanggungjawab Pengerusi SPR.
Hahaha...
Lagu untuk cikgu :)
YY : Jangan tanya "apa lagi guru mahu?" cuba tanya apa lagi Muhyiddin mahu, tak cukup dengan TPM saja ke?... :) "