NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, May 15, 2013

Tempatkan Spesis 'Calon Winkabel' Dalam Muzium Barang Antik, Bukan Dalam PM Ofis @NajibRazak


Kata orang BN tewas kerana membelakangi ahli parti di bahagian apabila beberapa pegawai dalam Pejabat Perdana Menteri menjadi calon ketika kempen PRU13 tempoh hari.

Tetapi suka atau tidak isu calon adalah antara punca BN gagal di beberapa kerusi adalah kerana individu yang dicalonkan terdiri daripada pegawai-pegawai di pejabat PM sendiri.

Apa mereka ini memiliki merit yang ditetapkan?

Adakah ini calon boleh menang yang dicanang sejak sekian lama?

Siapakah penasihat PM sehingga PM akur dengan senarai calon yang dikeluarkan?

Apakah relevannya keputusan yang dibuat oleh PM ini, adakah PM rela hati dengan keinginan pegawainya menjadi calon dalam PRU13?

Macam-macam soalan timbul dalam kepala otak jentera parti baik jentera Wanita, Pemuda dan juga Puteri.

Relevankah Datuk Shafie Abdullah diletakkan sebagai calon Wangsa Maju, sehingga wujud pertikaikan dengan MCA kerana kawasan tersebut merupakan kerusi milik MCA?

Apakah Datuk Shahlan popular dan relevan sehingga beliau dicalonkan bagi kerusi di Pokok Sena?

Kuatkah pengaruh Datuk Fatmi di Kota Bharu?

Apa kelebihan Irmohizam sehingga dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor? (satu-satunya pegawai PM Ofis yang menang)

Popularkan Suffian Awang di kalangan penduduk Kuantan sehingga dipilih untuk berhadapan dengan Fuziah Salleh calon PKR yang dikenali sebagai pejuang Lynas bagi masyarakat cina Kuantan?

Adakah Latt Shariman disenangi majoriti penduduk Dun Kubang Rotan? (BN menang di Kedah tapi Latt Shariman tewas)


Adakah pegawai yang bekerja sejak sekian lama dengan DS Najib Tun Razak menunjukkan kerelaan kepada PM dengan menyatakan;

"Datuk Seri, kerusi tersebut ada calon lain yang lebih baik, saya tak kisah tak jadi calon, asalkan parti dapat menang dan Datuk Seri terus dapat memimpin kami"

Confirm tiada!

Jadi tidak malukah wajah-wajah GAGAL ini kepada bos mereka, mereka patut malu kerana meninggalkan bos mereka terkontang-kanting melakukan segala tugasan sendirian kerana SUPOL-SUPOL yang dilantik sibuk mengejar kerusi masing-masing?

Jika menang tak apalah!

Tetapi kalah...!

Sudahlah kalah, masih tidak malu meminta diberikan jawatan tertentu di dalam Pejabat Perdana Menteri malah ada juga yang menuntut jawatan Senator?

 Rosak PM dek kerana punahsihat yang tak berapa nak sihat!

Jadi usahlah mereka-mereka yang GAGAL ini diberikan tempat dalam ofis PM, sebaiknya tempatkan saja di Muzium UMNO kerana mereka adalah spesis Winkabel Candidates yang perlu dikenang dalam sejarah pentadbiran DS Najib Tun Razak...


YY : Sayang anak tangan-tangankan, sayang kerajaan balun-balunlah SUPOL...boleh gitu? kikiki...

8 comments:

Anonymous said...

Bigfoot ke, bukan ini spesis Winkabel Candidates. KAHKAHKAHKAH!

KOMANDO SIBER said...

SAYA BUKAN BLOGER HEBAT SEPERTI SAUDARA. TETAPI PENTING DICATAT GELANGGANG SAYA ADALAH DI KEDAH. PARLIMEN KUALA KEDAH ADALAH DEKAT DENGAN HATI SAYA KERANA SEBUAH KAMPUNG DI SANA DINAMAKAN SEMPENAN MOYANG SAYA SEORANG PENGHULU DI SANA PADA SUATU MASA YANG LEPAS. SAYA TIDAK MAHU KOMEN YANG LAIN, TAPI PADA HEMAT SAYA, LATT SHARIMAN BERHEMPAS PULAS DI KUALA KEDAH TERUTAMA DUN KUBANG ROTAN. SAYA ADA KETIKA BANJIR, KETIKA RIBUT DAN KETIKA TENANG DAN BELIAU BERSAMA RAKYAT. SATU HARAPAN SAYA, SEHEBAT MANA PUN KITA, PASTI ADA KURANG JUGA. TERUSKAN PENULISAN TUAN DENGAN BAIK HATI.

Yuseri Yusoff said...

Salam,

Nasib tidak menyebelahi Latt Shariman. :)

Anonymous said...

KOMANDO hang macam tak suka ja. Hang tau dak Latt Shariman mmg bagus, takde pulak ada dalam artikel kata dia tak bagus tak buat kerja. Hang tau dak Apa yang ditulis dalam artikel ini adalah realiti ketika penamaan calon dibuat. mungkin penulis nak tembak Shafie seorang orang nampak tak adil.

Dari Tanah said...

Dato' Latt Shriman memang KB Kuala Kedah bro..Cah Keting punca dia kalah..dia banyak buat kerja di sana..betul kata ko..nasib tak menyebelahi dia..aku rasa dalam ramai-ramai Pegawai PMO yang bertanding, dia je yag betul2 layak namun dia kalah..

Sik Mari... said...

YY bukan hang pernah bersama Latt Shariman ke rumah orang kuat PAS, aku rasa hang tuju kat SUPOL yg dok di kerusi MCA tu kan?

Anonymous said...

saya setuju... jahanam chief penyamun dalam cerita ali baba bujang lapok kerana anak buah penyamun yang bikin rusak chief dia punya program ... kah kah kah penyamun ngan penyangak... apa bezanya

APAKUPEDULI-LAHANAT said...

BODO LA LU ORANG..

CALON WINKABEL NI SUMER UTK BEKAP NAJIB SEBELUM KENA REMBAT DGN MOOSHITDEEN..

SB DAH KATA BN AKAN TERUK KALAH.. HARAPAN SUMER BLAH SABAH SARAWAK JER..

KUIKUIKUI.. SKET ARI NAJIB TERTONGGENG LA SBB MOOOSHITDDEN SUDAH READY MAU REMBAT NAJIB..

ITU PUN TAK BLEH BACA... MMG DUNGGU BETUL LA LU ORNG UMNO NI...

KUIKUIKUI..

MCM HISAPUDIN MENTERI LEMBUT PEGANG PESTOLLLLLLLLLLLLLLL AIR..

I AMARAN U TAUWWW!!! JGN MINYET JANGAN MONYET!!! KEHKEHKEHKEH

AUWWWWWWWW!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...