NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, December 13, 2012

[VIDEO] : Astagfirulllahuladzim... Penceramah PAS Kata Tun Mahathir Tak Pernah Baca Quran?

Fitnah, penghinaan, maki hamun dan ejekan adalah rutin bicara penyokong dan pemimpin Pas terhadap Umno BN, agak janggal seseorang yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi berbicara mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan.

Ucapan pemimpin Pas ketika berceramah di Gua Musang beberapa bulan yang lalu sungguh keterlaluan apabila mengejek Perdana Menteri tidak tahu membaca Al-Quran malah menyebut perkataan 'Wasatiyyah' pun tergagap-gagap dan diibaratkan oleh pemimpin Pas seperti kura-kura memanjat batas.



"Umno semakin bengong dengan Islam, pernahkah adik kakak dengar Mahathir baca Al-Quran, Najib baca Al-Quran, saya dengar Najib sebut wasatiyyah pun macam kura-kura panjat batas".

Pemimpin Pas itu juga turut mengakui bahawa Pas telah lama mengatakan UmnoBN adalah syaitan, dan syaitan itu semuanya adalah jahat dan tiada yang baik, ianya samalah antara syaitan dan Umno kerana sama-sama tidak pernah membuat kebaikkan selain kejahatan. Subhanallah.

Mungkin ramai dikalangan umat Islam keliru samada apa yang disebut oleh pemimpin Pas itu mengikut apa yang diajar oleh Islam atau sebaliknya, mungkin juga dapat dibayangkan buruknya suasana didalam syurga sekiranya ia dihuni pemaki hamun seperti itu,

Halalkah untuk seseorang itu menghina pemimpin negara dengan mengejek sedemikian rupa ? Kalau pemimpin negara itu jahil sekalipun, adakah Islam mengajar kita untuk mengejeknya?

Sedangkan pemimpin negara itu tidak pernah mengaku yang ianya seorang Ulamak, selain sentiasa memperbaiki setiap kelemahan yang ada disamping melakukan transformasi bagi membawa negara dan rakyat kearah perubahan yang lebih baik dengan mengamalkan konsep kesederhanaan didalam semua aspek kehidupan.

Bagaimanalah masa depan negara kita jika terpimpin oleh golongan extreme dan kolot seperti ini, renung dan nilai. 

Anda Mampu Mengubahnya. - Gelombangkick

7 comments:

Anonymous said...

Biarlah setan atau pun hantu,
Undilah BN dalam PRU,

Biarlah hantu atau jembalang
Dalam PRU.... Kita tolak bulannnng (tengganung skek)

Aku sokong umno bukan kerana pemimpinnya alim, tapi keran pas tu menjual agama dan dipenuhi oleh syaitan2 bisu dan dayus kpd DAP.....

Anonymous said...

X baik la tuduh org camtu....dosa kering jer nie...apsal nal kaitkan....dia baca x baca mana kita tau...mgkin dia baca quran sblm tdo ke...kul 4 pg ker....tp tun m nie...byk jasa dia...kita x boleh nafikan....kalau kita nafikkan...akan nampak diri kita makin bodoh... Jika kita nak kutuk dia pun...buktikan dulu...diri kita lebih hebat dr dia...boleh?.....Dr bjb

angtuah said...

Bangaimana pula syaitan bisu sokong MCA, dan sokong pemimpin yang korup rompak wang rakyat dengan muka selambaje. Projek itu ini belion.bilion tapi yang dapa kroni, ciput kasi rakyat innalillahiwainnailaihirojiun

Anonymous said...

Bertambah tambah meluat aku dgn part pas ni

Anakbukitgantang said...

yang sebaiknya diguna ialah Astagfirulllahuldzim -bagi menunjukkan kekecewaan-MasyaAllah untuk memji Allah ats ketaksuban dan keajabian sesuatu kejadian yang baik-rujuk ayat Quran yg digunakan utk MasyaAllah-..Wallahualam




Yuseri Yusoff said...

Anak Bukit Gantang,

Terima kasih atas teguran dan peringatan, appreciate that.

Anonymous said...

Mangkok hayon ni dah lupa apa yang jadik kat si Bunyamin kottt??? Sapa sapa tolong pi peringat la kat dia....takot anak bini pulak nak kena shnyme 1186pi mintak ampon...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...