NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, December 31, 2012

TERKINI : Video Aksi Seks Lelaki Mirip Anwar Ibrahim Hangat Indonesia!


Chakk!

Lama tidak kemas kini blog selepas laman facebook saya dicerobohi oleh individu tidak bertanggungjawab minggu lepas, di mana individu tersebut bertindak mengambil-alih laman facebook '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan PM' setelah berjaya mendapatkan kata laluan password gmail saya.

Nak buat macam mana, nasib kurang baik - laman tersebut kini dikendalikan oleh sekumpulan budak tak cukup umur yang begitu obses dengan isteri PM iaitu Datin Seri Rosmah Mansur.

Hampir seminggu tak ikuti perkembangan dunia politik melalui laman-laman blog, hari ini terbaca satu artikel di blog Zam Kata yang mengatakan video seks mirip Ketua Pembangkang iaitu Anwar Ibrahim kini tersebar di Indonesia.

Nampaknya aksi rakus lelaki mirip Anwar Ibrahim (memang Anwar pun) yang dulu menjadi bahan kegilaan blogger-blogger politik di Malaysia, bakal menjadi bahan terhangat untuk dimuat-naik di telefon bimbit rakyat Indonesia, pendek kata Pak Nuar bakal ganti Ariel Peter Pan.

Hahaha...

Arios!
Dari blog Zam Kata :

Jakarta 26 Disember: Menjelang lawatan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke sini pada awal Januari 2013, telah tersebar luas menerusi internet terutama BalckBerry Video Sexnya dengan seorang wanita Cina tetapi ada kelainan dari yang tersebar di Malaysia. 
Kelainannya adalah tepat seperti yang diramalkan oleh Anwar Ibrahim sendiri yang tersiar dalam Suara Keadilan 26 Disember iaitu "Dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, tetapi sekarang muka macam Anwar, perut pun dah kempis."
Penyebaran ini meluas terutama sekali di kalangan para wartawan dalam dan luar negara yang berpusat di Jakarta, pemimpin-pemimpin agama Islam dan juga rakan-rakan rapat Anwar sendiri. 
Anwar dijangka akan berucap kepada wartawan-wartawan luar negara (FR) di Jakarta pada 10 Januari depan, tetapi lokasinya belum diumumkan kerana menurut penganjurnya ditakuti ada pihak-pihak yang mahu mensabotaj majlis itu kerana merasakan Video itu memalukan orang Islam, terutama penyokong-penyokong Anwar di Indonesia. 
Seorang wartawan Indonesia terkemuka dari Media Tempo yang melihat Video itu memberitahu,  "Hebat sekali pukulannya Pak,dia bisa jadi Phonographic Actor." 
Penyebaran Video terbaru ini berlaku begitu pantas berikutan kenyataan yang dibuat oleh wartawan  Zainuddin Maidin (Zam) di wawancara di  TVOne Indonesia, mengatakan Anwar sebagai seorang homosexual dan juga pengembang pluralisme agama. 
Sementara itu, seorang pegawai perhubungan Pak Gus Dur dalam dialog secara langsung dengan Zainuddin Maidin di stesen TV yang sama, pada kali kedua yang disaksikan oleh lebih 100 juta orang di Indonesia, telah menafikan anggapan Zainuddin bahawa semua orang Indonesia menyokong Anwar dan mensifatkan ini sebagai paranoid. 
Di Kuala Lumpur Suara Keadilan keluaran 25 Disember, menyiarkan ucapan Anwar Ibrahim di suatu perhimpunan Jelajah Merdeka Rakyat di Petaling Jaya baru-baru ini menyatakan bahawa UMNO dan BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapanya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. 
Menurut Anwar, video baru itu ada dua visi, iaitu "dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, sekarang muka macam Anwar, tetapi perut pun dah dikempiskan." 
Video Anwar perut bunci itu dipercayai adalah versi yang diterbitkan oleh PKR sendiri dan orang ramai  mengkagumi kepantasan kerja kumpulan media PKR yang dapat bertindak seperti kilat bagi mengelirukan orang ramai dibandingkan media team UMNO. 
Beberapa orang pakar perang saraf menganggap, bahawa cara penyebaran Video Sex Anwar Ibrahim itu adalah tidak bijak kerana dilancarkan oleh "Datuk T" yang diketahui sebagai musuh Anwar dan berkepentingan politik dan wang, berbanding penyebaran Video Sex Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek yang lebih berkredebeliti dan berkesan kerana tidak nampak tangan yang menyebarkannya. 
Bagaimanapun sekarang lebih ramai orang yang mempercayai Video Sex Anwar itu oleh kerana penyebaran menerusi BlackBerry adalah lebih jelas wajah sebenar pelakonnya. Kesannya yang paling buruk akhir-akhir ini, ialah pengikut-pengikut Pas telah mulai memisahkan diri dari program Jelajah Merdeka Rakyat PKR. Di Dungun Terengganu baru-baru hanya beberapa gelintir manusia sahaja yang hadir 
KOMEN:
Soalnya, bagaimanakah Video Sex Anwar Ibrahim yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim masih direka-reka untuk fitnah oleh UMNO dan BN telah tersebar dengan meluas di Jakarta.

2 comments:

Yuseri Yusoff said...

Yo bro...

Mana ada hebat bro, tulis apa yang ada dlm kepala otak je.

Ok bro sudah dipautkan, bila nak lepak-lepak kat Taiping?

Hehehe..

Anonymous said...

Salam bro yy...

Lu nie dah mcm biskut....kejap ada..kejap xde....hahhaaa....org hack lu punya brg...itu tandanya lu bagus bro....kalau tak...xde keje org nak hack lu punya.....apa2 pn...selamat menyambut tahun baru.....UMNO hanya boleh dirosakkan oleh org UMNO sendiri....justeru itu, d harap kita semua dpt bersatu dgn niat yg ikhlas.... Dr bjb...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...