Tranformasi yang menepati kehendak pengundi muda...
Ini kerana dalam PRU13 akan datang mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tempoh suku tahun ketiga 2011 jumlah pengundi berdaftar adalah seramai 12,400,437 orang.
Manakala dalam tempoh tersebut, jumlah mereka yang berusia 21 tahun adalah seramai 16,131,571 orang, bermakna masih ada seramai 3,731,734 orang atau 23% daripada jumlah warga Malaysia masih belum berdaftar sebagai pemilih.
Daripada jumlah tersebut lebih 50% daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 40 tahun ke bawah, maka formula untuk menampilkan calon baru sebanyak 50% oleh BN adalah strategi tepat memandangkan golongan pengundi muda khasnya pengundi baru 'first time voter' merupakan 'king maker' PRU13.
Selain menampilkan calon baru, Pemuda BN juga perlu perbanyakkan lagi program yang lebih agresif dan berpandukan 'engagement' dengan membincangkan isu-isu golongan muda seperti peluang pekerjaan, kos sara hidup, pengangkutan dan perumahan.
Jadi pemimpin-pemimpin yang telah terpalit dengan isu-isu integriti wajarlah memberi laluan kepada calon baru, kerana di kalangan pengundi isu integriti merupakan perkara yang paling mempengaruhi mereka.
Pendek kata nak jadi pemimpin kena ada 4 perkara :
Kalau tiada 4 perkara, dengar sahaja nasihat PM :
Sebelum blah, kita layan lagu dulu bro! -
Arios!
Selamat bercuti di hujung minggu...
No comments:
Post a Comment