NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, February 7, 2011

Siapa Akan Tanggung Pelajar Pergi Semula Ke Mesir?


Alhamdullilah, berkat kebijaksanaan dan strategi yang mantap pihak kerajaan BARISAN NASIONAL menguruskan krisis pelajar di Mesir, siang tadi kumpulan pertama pelajar terbabit telah pun selamat sampai ke tanah air.

Kumpulan pelajar seramai 778 orang itu disambut dengan penuh keceriaan oleh kaum keluarga mereka yang setia menunggu di KLIA. Dilaporkan lebih 2,000 keluarga bergembira selepas melihat dan menatap wajah anak-anak mereka.

Tidak cukup dengan kaum keluarga mereka, kepulangan pelajar-pelajar terbabit disambut sendiri oleh Perdana Menteri kita DS Najib Tun Razak dan Timbalannya TS Muhyiddin Yassin.

Dengan tindakan yang rapi serta teratur, kerajaan BARISAN NASIONAL berjaya mengeluarkan kesemua pelajar Malaysia yang terperangkap di Mesir ke Jeddah hanya dalam masa 4 hari, sebelum mereka diterbangkan semula ke Malaysia.

Akan tetapi, belum pun kesemua pelajar kita yang berada di Mesir ketika ini memijak bumi bertuah Malaysia, sudah ada kenyataan-kenyataan daripada orang PAS yang saya kategorikan sebagai kenyataan 'tidak cerdik'.

Antara kenyataan 'tidak cerdik' yang menarik perhatian saya adalah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, di mana Ketuanya Zawawi Hasan mempersoalkan siapa yang akan menanggung kos untuk pelajar-pelajar ini ke Mesir semula? SINI

Encik Zawawi Hasan, apa kata saya bagi satu cadangan 'tidak cerdik' istimewa buat orang PAS?

Cadangan saya mudah, kerajaan BARISAN NASIONAL telah pun menanggung segala kos makan, minum, tempat tinggal, penerbangan, serta segala kemudahan untuk pelajar kita pulang ke Malaysia.

Jadi untuk berlaku adil, dan menambah baikkan lagi fungsi pembangkang di Malaysia, saya sarankan agar Pakatan Rakyat pula bertindak menanggung segala kos untuk setiap pelajar kembali semula ke Mesir selepas krisis Mesir tamat.

Mungkin ada yang cakap, "apa gila PR pula hendak tanggung kos pelajar ke Mesir nanti"? Bukan apa, saya cuma ingin memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat ini sangat-sangat prihatin kepada nasib pelajar terbabit.

Dari sini imej Pakatan Rakyat juga akan bertambah baik di mata rakyat. Masa ini juga sesuai untuk Pakatan Rakyat membuktikan slogan yang dicanang bahawa mereka menjaga setiap kebajikan rakyat betul-betul dapat direalisasikan.

Anggap sahajalah cadangan saya ini, sebagai platform atau latihan amali untuk Pakatan Rakyat 'memerintah' Malaysia kelak.

Apa komen saudara pembaca? Hehehe hendak juga tengok kemampuan Pakatan Rakyat dalam menguruskan sejumlah lebih 11,000 pelajar ini.

Boleh gitu..?

11 comments:

Pemerhati said...

Cadangan supaya Pakatan Rakyat pula menghantar pelajar2 itu balik adalah munasabah.
Satu lagi cara ialah Kerajaan akan mengantar balik pelajar2 dari kalangan anak2 orang BN. Pakatan Rakyat akan mengantar balik anak2 orang Pakatan Rakyat.

Yuseri Yusoff said...

Elok juga tu bro.. Bukan apa, kita tolong dan lakukan tanggungjawab sebaik mungkin pun, tiada ucapan terima kasih dihulurkan..

zizie said...

Pakatan HAram nk bayai KOs pelajar Malaysia.???..,,diorg nk cekau mne duit tu,,...,,....Duit semua kawalan pusat yg pegang,,,

Anonymous said...

Mana nak cekau duit tu... apa lu ingat PAS tak de duit ke tu yang RM120K apa? he he dapat sorang berapa ye untuk 11,000 pelajar... tak sampai RM11-00 banyak tu be...

Anonymous said...

rasanya takde masalah kot puak PASberg ni nak hantar balik pelajar2 tu..duit collection derma lepas ceramah banyak bro..tak cukup lagi bleh pakai duit tabung memali tu..try tanya mat sabun ada balance lagi tak..heh..





-ingat liwat ingat bang nuar-

Anonymous said...

Puak puak ni boleh diperumpamakan sbg masyarakat subsidi.... semua kena orang tolong. Tak boleh buat sendiri.... lepas tu pulak tak pernah bersyukur. Eloklah dia orang fikir macam tu, nanti kalau anak puak puak ni tak mengenang budi pada mak bapak pulak kita tahulah dari mana ilmu subsidi dan derma tu diaorang dapat. Puak puak ni tak pernah nak faham erti tangan yg memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima....

Anonymous said...

Cadangan yg sgt munasabah. Kta tengok mcm mana puak PR uruskan proses pemindahan semula rakyat Malaysia ni. Setakat modal air liur, senang arr, cuba buat! kita tengok...
mmg berlagak sombong, puak yg x reti bersyukur dan berterima kasih.

Dot said...

sana sini proksi pas yg proksi kpd dap menjalankan dakyah songsang mrk. tak habis2 nak sabo kerajaan. agaknya mereka ni dilahir sekali dgn songsang fahaman kut...
tak faham bahawa...

tangan yg memberi lebih baik dari tgn yg menerima...

lidey lim said...

tu lah spesis tak tau besyukur.
haha kaw dah tak mampu sangat pon suh puak PR sponsor anak2 puak depa pun dah cukup. kita tengok apa jawapannya nanti. ha ha

NagaEmas said...

Saya sokong cadangan saudara tu 100%!! Mmang sesangat munasabah! Lagipun majoriti yang balik tu sume kader-kadernya PAS. Jangan sampai terlungkup sudah. Barangkali mereka kecewa tidak dapat 'syahid' di tengah jalan raya Mesir! Tu pasal keluar statement macam orang takde akal.

Anonymous said...

Ini lah dia, cerita benar kerja PAS tak abis-abis nak buat cerita bodoh. Kalau ye pun sabar lah. KPT dah pun keluar kenyataan. Tunggu lah jangan nak tunjuk bodoh.

Orang tengah usaha macam-macam. Yang Pemuda PAS tidak keje ke lain selain dari lontar soalan bodoh???
cuba bagi idea bukan setakat baling batu ke pada orang lain.

Cadangan aku sebelum hantar pelajar kena buat AKU JANJI jadi rakyat Malaysia yang BERSYUKUR dan TAAT KEPADA NEGARA. Stop!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...