NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, February 5, 2011

Krisis Mesir : PAS Kelantan Hanya Bagi RM93.67 Setiap Seorang Pelajar?


Pada 2 Februari yang lalu, kerajaan PAS Kelantan mengumumkan bantuan sebanyak RM120,000 untuk para pelajar dari negeri Kelantan.

Usaha ini saya beri pujian, kita tidaklah sejahat orang PAS yang setiap usaha kerajaan buat selalu 'kondem' cuma saya ingin persoalkan sejauh mana kebijaksanaan PAS dalam menyelesaikan krisis yang dihadapi oleh para pelajar di Mesir ketika ini.

Untuk pengetahuan umum, rekod setakat ini menunjukkan jumlah pelajar Kelantan yang berada di Mesir ketika ini adalah seramai 1,281 orang pelajar daripada jumlah keseluruhan pelajar di Mesir iaitu 11,319 orang.

Pada 2 Februari BERNAMA melaporkan bantuan RM120,000 itu dibawa oleh bekas pengerusi Kelab Pelajar Mesir selaku wakil kerajaan Negeri Kelantan iaitu Encik Zulkifli Yaakob.

Bantuan ini dikatakan untuk pelajar Kelantan di Mesir yang tidak cukup bekalan makanan. Walaupun kita sedia maklum tiada pelajar yang mati kebulur dan bekalan makanan dilaporkan masih mencukupi sebagaimana dakwaan pelajar bila dihubungi oleh wartawan TV3, dan hal ini boleh diikuti di slot Buletin Utama beberapa hari yang lepas.

PAS nampaknya agak berkira dengan pelajar kelahiran negeri berkenaan, kenapa saya kata PAS agak berkira? Umum tahu mengenai PAS Kelantan pernah memperuntukkan sebanyak RM4 juta untuk blogger kickdefella memburukkan kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga membawa kekalahan besar Tun Lah pada PRU12.

Tapi peruntukkan untuk pelajar mereka hanya berikan RM120,000. Mungkin ada yang berkata RM120,000 cukuplah untuk pelajar tersebut yang berjumlah 1,281 orang.

Jika dibahagikan jumlah RM120,000 kepada setiap pelajar kelahiran Kelantan seramai 1,281 orang itu setiap seorang akan dapat berapa jumlah keseluruhan?

Mudah sahaja, tekan kalkulator taip 120,000 dibahagikan kepada 1281. Berapakah angka yang tertera pada kalkulator saudara pembaca?

120,000 dibahagikan kepada 1281 = 93.676815 /-

Betul ke? RM93.67 sen setiap seorang pelajar? Cukup ke? Harga roti di Mesir ketika ini dilaporkan melonjak sehingga RM30 sekeping. Jadi duit yang diperuntukkan oleh kerajaan PAS kepada ini para pelajar kelahiran Kelantan beli 3 buku roti alamaknya habislah perbelanjaan mereka?

Kerajaan PAS yang kaya - raya di Kelantan hanya mampu memperuntukkan sebanyak itu? Usahkan beli tiket kapal terbang, beli 3 buku roti pun duit tersebut dah habis tuan puan sekelian.

Kerajaan Sabah yang dikatakan miskin oleh Pakatan Haprak ini telah pun bertindak menyewa pesawat khas untuk menerbangkan pelajar dari Sabah. Tapi kerajaan negeri Kelantan hanya mampu memperuntukkan RM93.67 sen untuk setiap pelajarnya.

Berapa bantuan untuk pelajar kelahiran Kelantan yang di peruntukkan oleh PAS Kelantan?


RM93.67


Berapa Double Y??

Tadi aku dah cakap RM93.67...


Betul ke awak kira ini Double Y. Tidak percaya tekanlah kalkulator masing-masing. Apa angka yang tertera wahai saudara pembaca?


RM93.67


Kah.. Kah.. Kah.. Beli 3 buku roti terus habis duit. Alahai PAS, itulah orang sudah bilang, jangan politikkan setiap isu.

Nah amik! Bagi stempek atas muka pemimpin PAS Kelantan!

RM4 Juta untuk kekal berkuasa boleh peruntukkan, soal nyawa anak-anak Kelantan hanya bernilai RM93.67 sen.

3 comments:

Anonymous said...

woi!!!!mane lak harge roti RM30 sebuku!!!salah tu.aku yg dok kt mesir ni tau harge roti kt sini.kau pe tau.kalau roti keping2 tu ...harge nye dlm rm5 je.kalau roti yg bulat tu - org arab panggil roti "eish"..sekeping baru 5sen.murah kan!!!kalau setakat rm93 tu cukup la tuh!!!roti ni kalau makan ngn pegedel tokmiah ..puyo,sedap bro!!!

Anonymous said...

Double Y, Pinjam jap kalkulator ko, nak cuba kira belanja yg kerajaan tanggung utk bawak balik pelajar dari kelantan tu...

Tambang kapalterbang, makan, tempat tinggal di jeddah... isk.. isk.. isk... sorry la Double Y, aku tak tau guna kalkulator ko nie... maklumla, aku PMR pun sangkut....

Anonymous said...

TU dia memang PAS cakap je pandai...
PAS bagi sumbangan kat bola kelantan pun lebih dari tu...
Bola lebih berharga dari nyawa rakyat kelantan..
PERGI la PAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...