NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, November 22, 2012

Cara Orang Malaysia Boikot Mc Donald's Untuk #SaveGaza


Orang kita, budaya kita...

Orang kita pantang melihat barang percuma...

Siang malam melalak boikot yahudi, boikot Israel, boikot Mc Donald's - tapi bila bangun pagi rakyat kita sanggup beratur panjang hanya kerana egg muffin percuma?

Kita tahu bahawa usaha untuk memboikot Mc Donald's bukan perkara yang mudah, namun percayalah Allah SWT tidak akan bertanya sama ada kita berjaya memboikot Mc Donald's atau pun tidak

Tetapi yang pasti Allah SWT akan bertanya apakah yang kita  usahakan untuk menghalang saudara kita di Gaza dari terus dizalimi oleh Israel laknatullah.

Mungkin rakyat kita kurang peka bahawa 'boikot' itu bermaksud 'peperangan' sudah tentu setiap serangan yang kita cuba lakukan, pihak musuh bertindak 'menyerang balas' dengan menggunakan 'peluru' seketul egg muffin percuma.

Akhirnya kita tewas dalam peperangan hanya kerana seketul egg muffin...

Benarlah kata orang, rakyat kita memang pantang dapat benda percuma, tetapi tidakah mereka  fikir, apa sangatlah seketul egg muffin percuma jika hendak dibandingkan dengan nyawa saudara kita di bumi Palestin?

Ayuh!

Datang beramai-ramai ke Majlis Perlancaran Tabung #SaveGaza oleh Pergerakan Pemuda UMNO yang akan disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin di PWTC jam 5.30 petang ini.


Nak pergi berperang dengan menghunus senjata tidak kita mampu, oleh itu marilah kita bersama-sama menyalurkan sumbangan ikhlas ke Tabung Save Gaza Aman Malaysia melalui nombor akaun yang tertera di bawah :



YY : Nok kemah keming guano kalu royak lain, tapi buat lain - supo dengan ustaz 'munafik' sekor tu. Dok rok cetong!

3 comments:

Anonymous said...

Dlm negara kita sesama ISLAM tidak bersatu! Adakah allah akan makbulkan doa kita. Di muka bumi ini juga umat islam tidak bersatu. Sebenarnya kita sedang di azab oleh allah dgn dihina didunia! Bangunlah dan bersatu wahai saudara ku! Sama kita singkirkan pemimpin islam yg pafai cakap saja dandayus dari menerajui negara dlm pemetintah atau pembangkang! Hamba allah,,

Anonymous said...

Terbaik dari ladang..

http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/inilah-wajah-cikgu-yang-dipecat-sebab.html

puteraduyong said...

walau sedikit usaha kita... itu sudah memadai jika tidak membantu langsung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...