NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Saturday, February 5, 2011
PAS & PKR Lacurkan Nama Rasulullah S.A.W di Surau Seri Manjung?
Semakin hari semakin kalut dan ribut puak Pakatan Rakyat dalam percubaan mereka untuk memesongkan fikiran rakyat supaya terpengaruh dengan segala dakyah kosong mereka.
Malam tadi berlangsungnya satu siri ceramah yang dijalankan oleh puak Pakatan Rakyat bertempat di Surau Madah di Seri Manjung Perak. Walaupun banyak kali pihak mereka cuba mengatakan bahawa UMNO/BN mempergunakan institusi ibadat untuk kepentingan politik.
Tetapi kali ini jelas kita dapat lihat bagaimana mereka menggunakan sebuah surau untuk menyampaikan ceramah politik mereka. Ceramah ini dihadiri lebih kurang 100 orang kebanyakkan mereka terdiri daripada totok PAS di sekitar Seri Manjung.
Walaupun saya sekarang ini menetap di Kuala Lumpur, saya tetap dapat semua maklumat mengenai isi ceramah yang disampaikan oleh puak Pakatan Rakyat kerana saya ada menghantar ejen 007 ke lokasi ceramah tersebut.
Jika diperhatikan dalam banner ini, tajuk ceramah yang mereka ingin sampaikan adalah "CERAMAH MAULIDUR RASUL". Ini bermakna sepatutnya ceramah tersebut berkisar mengenai perjuangan Rasullah S.A.W namun keadaan yang berlaku adalah sebaliknya.
Ceramah yang dimulakan oleh Laksamana (B) Haji Imran itu didapati banyak kali tersasul ketika membaca ayat suci Al-Quran, apa yang saya dapat sehingga 3 kali tersasul ketika Haji ini memulakan mukadimah beliau, ini barangkali hukum Tuhan kerana seringkali menghalalkan ayat-ayat suci Al-Quran dilacurkan kepada yang bukan Islam.
Dalam ceramah yang disampaikan beliau, tidak sedikit pun menceritakan perihal Rasullah S.A.W sebagaimana yang dicatitkan di dalam tajuk yang tertera pada banner, sebaliknya isi ceramahnya hanyalah mencaci, mengeji serta menyumpah seranah kerajaan BN.
Dari awal mukadimah sehingga akhir langsung tiada sebarang yang berkaitan dengan Maulidur Rasul disampaikan kepada hadirin oleh Haji Imran ini. Tak mengapalah mungkin beliau terlupa. Lalu spy saya ini tunggu giliran penceramah berikutnya, iaitu Ketua Srikandi PKR Cik Siti Aishah.
Saudara pembaca hendak tahu apa yang disampaikan oleh Siti Aishah ini? Menurut spy saya yang berada di lokasi, sudahlah si Siti Aishah ini tiada kelulusan dalam bidang agama, tapi dijemput untuk berceramah mengenai 'Maulidur Rasul'. Lalu dengarlah spy saya ini dengan teliti setiap bait-bait dan lirik yang disampaikan oleh Ketua Srikandi ini.
Dari awal sampai akhir lagi sekali tiada langsung mengenai kisah Rasullah S.A.W sebagaimana tajuk ceramah tersebut. Sebaliknya spy saya ini berkata, Siti Aishah ini bercerita mengenai bebanan peminjam PTPTN, katanya ramai pelajar IPTA/IPTS jadi pelacur disebabkan ingin bayar hutang PTPTN.
Bagi saya ini satu fitnah jahat, kalau benar. Saya cabar Siti Aishah untuk membuktikan dakwaan yang dibuat oleh beliau, kerana setahu saya, keterlibatan pelajar IPTA/IPTS ke dalam kancah pelacuran disebabkan perasaan ingin hidup mewah dan mengejar kebendaan.
Ini dapat dilihat daripada statistik kes pelajar IPTA/IPTS rata-rata memberikan alasan ingin hidup mewah dan disebabkan itu mereka terjebak ke dalam industri pelacuran, jadi di sini dakwaan Siti Aishah ini merupakan satu fitnah jahat yang cuba dilemparkan terhadap kerajaan.
Tidak cukup dengan dakwaan bodoh tersebut, Siti Aishah juga mendakwa kerajaan lambat bertindak mengeluarkan pelajar-pelajar kita di Mesir kerana kapal TLDM yang digunakan agak lambat kerana memakan masa untuk belayar.
Agaknya Siti Aishah ini bodoh dan bengap, kenapa tidak diceritakan mengenai 3 buah kapal terbang MAS dan 2 buah kapal terbang milik Air Asia yang digunakan dalam operasi tersebut, itu belum lagi dicampur dengan kapal terbang milik TUDM yang diturut digunakan dalam operasi tersebut. Agaknya Siti Aishah hendak bodohkan siapa?
Sudahlah 'jual' nama Rasullah S.A.W di banner untuk menghalalkan proses ceramah yang dijalankan di Surau, dalam ceramah pula diselitkan dengan fitnah dan umpat keji demi matlamat politik mereka.
Selepas 2 penceramah ini gagal menyampaikan matlamat sebenar isi dan tajuk ceramah, spy saya ini bertindak pulang ketika Nizar Lambai cuba naik ke pentas, dan ketika itu juga tabung-tabung derma di edarkan untuk mereka mencekik duit rakyat di Seri Manjung.
Kalau tajuk ceramah 'Maulidur Rasul' seeloknya diceritakan kisah-kisah serta perjuangan yang dibuat oleh Rasullah S.A.W ketika menyampaikan dakwah bukan bertindak menyebarkan fitnah dan dakyah politik sempit wahai Pakatan Haprak. Kalau hendak ceramah mengenai politik, pergilah ke padang sekolah ke, tapak pasar malam ke, kenapa surau dijadikan medan ceramah?
Surau itu satu-satunya tempat untuk umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik. Kalau surau pun digunakan demi kepentingan politik dimana lagi tempat untuk umat Islam ini hendak bersatu?
Kesimpulannya wahai saudara pembaca yang budiman. Sudahlah surau dijadikan lokasi ceramah, tidak cukup dengan rumah ibadat yang suci dipergunakan, nama Rasullah S.A.W juga di 'jual' demi cita-cita politik mereka.
Hello Nizar Lambai and the gang, berapa banyak duit rakyat Seri Manjung korang cekik tadi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HOT MINGGU INI
-
Jam 5.00 Petang nanti saya akan ke Persidangan Parti-parti Politik Asia (ICAPP) yang untuk mengikuti perkembangan serta persidangan yang be...
-
SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat ...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
-
Inilah dunia bloggers, kita beranggapan diri kita saja yang betul - hanya pendapat kita yang betul, pendapat orang lain adalah salah. Kr...
-
Ini adalah situasi terkini di Dataran Merdeka, gelagat kumpulan pengikut PKR memprovokasi serta mencetuskan kekecohan terhadap pengguna la...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
RECOMMENDED
-
-
-
-
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh11 months ago
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi4 years ago
-
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]
Arkib Artikel Kawe...
-
▼
2011
(662)
-
▼
February
(29)
- Al-Fatihah Blogger Melayurayadaily Kembali ke Rahm...
- Saifuddin Abdullah, Api Dalam Sekam, Gunting Dalam...
- Cadangan Menarik Dari Pembaca Blog, Sdr Fakeh..
- Blogger Prihatin : Mohon Bantuan Untuk Adik Humairah.
- Nama Gobala di Salah Guna Untuk Program Ceramah di...
- Terkini : Adun BN Kerdau Bahagian Kuala Krau Menin...
- Update : Farid Sudah di Temui..!
- Update : Misi Mencari Farid! - Di Mana Sdr. Farid?
- Ustazah Nur Bahyah Kena 'Urutan Cakar Harimau' di ...
- Urgent : Misi Mencari Farid Yang Hilang!!
- Pelajar Dari Mesir di Upah RM60 Untuk Burukkan Ops...
- "Terima Kasih" Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
- Nik Aziz Kalau Nak Sembang Pasal Tarif Air, Pastik...
- Esok Arman Perkasa Akan Buat Anwar Terduduk?
- Pengumuman dari SPR!!!
- Zuraida Kamarudin Cemburu Dengan Kecantikkan Rosmah?
- Siapa Akan Tanggung Pelajar Pergi Semula Ke Mesir?
- Totok PAS Yang Sambut Anak Depa di LCCT.
- Isu Nik Aziz di Cabar Debat : Kejap Budaya Islam, ...
- Krisis Mesir : PAS Kelantan Hanya Bagi RM93.67 Set...
- Krisis Mesir : Fitnah Anjing PAS Terhadap Kerajaan...
- Isu Pemimpin Cawangan UMNO di Tangkap 'Berdoggie' ...
- Pemimpin UMNO di Tangkap 'Doggie' Isteri Orang?
- PAS & PKR Lacurkan Nama Rasulullah S.A.W di Surau ...
- Mari Baca Contoh Blogger Celaka Yang di Lahirkan O...
- Tiga Pesawat TUDM di Terbangkan Ke Mesir Hari Ini.
- Krisis di Mesir, PR Cuba Menakuk di Kepala Takuk!
- Penyelewengan Memang Wujud Dalam PAS.
- Siapa Wanita Ini di Hati Anwar Ibrahim?
-
▼
February
(29)
3 comments:
Mantap bro..
Hahaha..!!
Macam mana pun mereka cuba mencaci dan menghina UMNO dan kerajaan BN, Allah swt memberikan pertolongan nya kepada UMNO dan kerajaan BN sekarang ni. Lihat lah apa yang berlaku kebelakang ini, semua yang mereka fitnahkan terbalik kemuka mereka semula, mungkin Allah swt hendak memberi mereka peringatan bagi sesiapa yang hendak beringat.
Berpolitik kerana Allah dan agama tidak salah tetapi pihak pakatan PAS dan PKR ini bukan nya berpolitik kerana Allah swt dan agama Islam malah mempolitikkan Allah swt dan agama Islam kerana undi untuk mereka berkuasa dan tiada lain tujuan mereka. Bukan untuk kepentingan dan pembangunan negara dan rakyat tetapi hanya hendak menutup kelemahan kelemahan mereka mentadbir negeri negeri yang di menangi olih mereka pada PRU 12 yang lepas dan juga mengalih pandangan kes liwat pemimpin mereka. DAP pulak hanya mengambil kesempatan di atas keretakkan bangsa Melayu sekarang ini dengan mengadakan tuntutan tuntutan yang akan menghapuskan kedaualatan raja raja Melayu dan hak hak istimewa orang Melayu.
kalau itu lah tujuan mereka dengan agenda agenda tersembunyi mereka, maka rakyat akan tentu mengkubur pakatan haram pada PRU 13 yang akan datang ni.
Double Y....
ISLAM itu SUCI.... tapi sayang sekali puak Parti Amukan Syaitan (PAS) dengan banggang nyer telah mengotorkan kesucian itu.
Yelah siapa kita untuk menghukum AHLI SYURGA tersebut, mereka yakin perjuangan dan apa yg mereka lakukan itu benar kerana mereka AHLI PAS.... PAS menjanjikan SYURGA kepada mereka, jadi apa guna ada TUHAN klu hanya menyokong perjuangan PAS mampu utk masuk ke syurga.
Berbeza dengan orang UMNO, kita di didik untuk senantiasa merendah diri, menghormati sesama kita dan selalu INGAT PADA ALLAH. Bagi UMNO, perjuangan dalam politik belum cukup menjanjikan syurga untuk kita tetapi haruslah diseimbangkan dengan amalan di dunia dan untuk di akhirat.
Kita mati kelak hanya amalan didunia ketika hidup kita bawa, tapi bagi PAS cukup sekadar kad keahlian atau borang pengesahan ahli PAS bagi membuktikan mereka layak masuk SYURGA. Hebat mereka ini........
Post a Comment