NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Namawee. Show all posts
Showing posts with label Namawee. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Tak Pakai Tali Leher Mana Boleh Masuk Parlimen, Lainlah Kalau You Namawee!


Al-kisah tersebutlah kisah dua hari lepas saya ke Parlimen untuk menemubual Raja Nong Chik Menteri Wilayah Persekutuan berhubung Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Baru 2011 yang dibentangkan di Parlimen dua hari lepas.

Pakaian yang saya kenakan pada hari berkenaan adalah kemeja lengan panjang, seluar slack dan berkasut kulit. Baju kemeja yang saya pakai saya lipat dibahagian lengan hingga ke paras siku sebab saya lebih selesa begitu, namun saya tidak mengenakan tali leher kerana saya beranggapan tali leher tak perlu jika kita sekadar berada di ruangan lobi. Nazri Aziz yang kata dulu ketika kecoh kes Namawee pakai snow cap masuk Parlimen.

Tapi ketika di kaunter untuk mendaftarkan nama, seorang anggota yang bertugas meminta saya mengenakan tali leher dan menurunkan lipatan lengan baju jika tidak saya tidak dibenarkan masuk kerana tidak mematuhi kod etika berpakaian yang ditetapkan.

Dah diarahkan begitu, saya pun akur dan segera menurunkan lipatan lengan baju saya sambil mengatakan bahawa tali leher saya berada di dalam beg. Mujur brader tersebut benarkan saya masuk tanpa banyak bicara. Sampai saja ke dalam saya terus ke galeri cenderahati untuk membeli sehelai tali leher kerana bimbang tidak dibenarkan masuk ke sidang dewan.

Harganya boleh tahan tercekik juga iaitu RM50, tapi nak tak nak terpaksa beli juga sebab kod berpakaian telah mengatakan setiap lelaki mesti berpakaian kemeja lengan panjang dan bertali-leher.
Semua pelawat perlu mematuhi tatacara berpakaian semasa berada di Bangunan Parlimen iaitu; 
KOD ETIKA BERPAKAIAN SERTA PERATURAN-PERATURAN BAGI PELAWAT-PELAWAT AWAM SEMASA BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA 
PAKAIAN YANG DIBENARKAN 
LELAKI

1) Long-Suite dan bertali leher
2) Berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher
3) Berbaju batik lengan panjang
4) Berbaju melayu lengkap bersamping dan bersongkok
5) Berseluar panjang (slack)
6) Berkasut kulit 
PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN 
1) Baju T / jaket
2) Baju tanpa lengan / lengan pendek
3) Seluar jeans
4) Pakaian ketat dan menjolok mata
5) Selipar / kasut sukan
6) Baju berkolar bulat / Nehru kolar
Barulah saya tahu (maklumlah orang kampung) rupanya ketat etika berpakaian untuk ke Parlimen, saya ingatkan bolehlah cilok-cilok masuk walaupun tak bertali leher, tapi jangkaan saya meleset. Yang hairannya, mengapa pemuda bengong bernama Namawee boleh masuk ke Parlimen dengan hanya memakai T-Shirt dan Snow Cap...?


Bukanlah berniat ungkit kisah yang sudah lepas, saya cuma hendak sampaikan kepada sahabat pembaca sekelian bahawa kalau hendak ke Parlimen kita hendaklah mematuhi kod etika berpakaian yang ditetapkan, sebab kita ini tiada apa-apa keistimewaan jika hendak dibandingkan dengan Namawee.

Sebab apa saya kata gitu...?

Sebab para pembesar negara tidak akan memberikan apa-apa keistimewaan kepada kita kerana kita bukan manusia yang bernama...

NAMAWEE... Syoknya jadi Namawee...

Benarlah kata Tun Faisal di blognya jika Namawee hendak dijadikan ikon pemimpin hari ini ada masalah nilai dan fikrah...


KLIK SINI BACA...



YY : "anak cina anak saya....anak melayu anak pungut..."

Wednesday, October 5, 2011

Jika Namawee Unik - Kami Juga Memiliki Keunikkan Tersendiri...


Saya sokong PM Datuk Seri Najib Tun Razak dan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan olehnya, tapi jika PM mengatakan Namawee pemuda yang unik dan pendokong kuat 1Malaysia. Maaf kami sama sekali tidak setuju, sebab kami tahu pemuda berbangsa cina ini seorang yang rasis dan biadap dalam menyampaikan karya-karyanya yang bertaraf sampah!

Buat PM yang dihormati, lihatlah sendiri perangai pemuda yang dianggap 'unik' dan pendokong kuat 1Malaysia ini. Adakah pemuda ini benar-benar faham apa itu 1Malaysia dan Prinsip Rukun Negara...?




Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan pemuda yang bernama Namawee ini merupakan pendukung kuat 1Malaysia. Malah PM kita menganggap Namawee seorang yang unik dalam menyampaikan ideanya untuk orang ramai.

Baca sini...

Saya tidak faham unik yang bagaimana dimaksudkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, adakah untuk menjadi 'seunik' Namawee kita perlu mempersendakan laungan azan dengan menyamakannya seperti ayam berkokok dan rentak lagu R&B...?

Saya dapat merasakan ramai pemuda berbangsa Melayu mungkin terkilan bila mana PM memberi pujian melambung kepada beruk Namawee ini. Namun saya ingin bersangka baik, saya beranggapan bahawa pujian dari PM kepada pemuda bernama Namawee ini adalah demi mengembalikan sokongan anak muda cina kepada kerajaan.

Nampaknya kita terpaksa terima hakikat bahawa kemungkinan Namawee akan digunakan sebagai batu loncatan untuk kerajaan menarik sokongan anak muda cina kepada BN, maklumlah MCA dah jelas sehingga kini gagal memainkan peranan efektif dalam mengembalikan sokongan kaum cina kepada mereka.

Tapi persoalannya adalah...

Setelah pelbagai keistimewaan dan pujian diberikan kepada Namawee berapa peratuskah sokongan anak muda cina kembali kepada BN...?

Berapa banyak filem, lagu, video yang dihasilkan oleh Namawee untuk membantu kerajaan menarik kembali sokongan anak muda cina kepada kerajaan...?

Adakah Namawee benar-benar faham dengan konsep 1Malaysia yang diterapkan oleh PM sebagaimana diwar-warkan dalam setiap percakapannya...?

Jika beliau faham, kenapa azan dipersendakan, wanita bertudung diperlekehkan, malah orang Melayu dilabel sebagai pemalas dan sakai...?

Sebagai anak muda, kami juga ingin menarik perhatian PM yang kami sayangi, kami juga inginkan pujian melambung daripada PM. Oleh hal demikian maka sahabat saya blogger 1peluru (yang tak berapa nak muda usianya) menghasilkan semula lagu Lancau 2.0 versi terbaru. Lagu ini sebenarnya telah lama dihasilkan oleh beliau namun ada pihak lain yang 'menakuk di kepala takuk' dengan membuang segala 'watermark' dalam video original sebelum ini.

Lagu ini dihasilkan untuk menunjukkan kami juga berbakat dan unik dalam menyampaikan idea kami kepada rakyat Malaysia.

Unik tak bahasa yang kami gunakan?

Harap-harap kami pun mendapat pujian daripada pembesar negara.

Hahahaha....

Baca apa kata blogger 1peluru mengenai 'keunikan' Namawee KLIK SINI...


YY : Nak jadi unik kena guna bahasa kesat.... :)

Thursday, August 4, 2011

Nasi Lemak 2.0 Nak Sapu 1Malaysia - 'Tahniah' Namawee!



Namawee telah berjaya menghasilkan filem kononnya menggambarkan 1Malaysia yang sebenar. Filem berjudul Nasi Lemak 2.0 bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Kita tidak pasti siapa yang memberi Namawee dana untuk menghasilkan filem tersebut, kerana Namawee hanya  memaklumkan dana tersebut disumbangkan oleh ahli perniagaan.

Tapi yang menariknya ahli perniagaan ini muncul memberi sumbangan selepas Namawee berjumpa dengan Dato Seri Nazri Aziz di Parlimen dahulu, yang mana mencetuskan kemarahan ramai pihak kerana cara berpakaian Namawee tidak menepati etika berpakaian untuk ke Parlimen.

Tak kisahlah siapa yang sumbangkan dana, namun setiap babak di dalam filem Nasi Lemak 2.0 jika diperhatikan dengan teliti mengandungi mesej bersifat perkauman secara halus.

Perhatikan salah satu babak di dalam filem tersebut :




Antara dialog ada mesej tersirat adalah "1 Malaysia will not fool on me".

Selepas itu disambung di minit 0.49 dengan dialog "Isn't they said they never fool on me".

Mesejnya adalah 1Malaysia adalah slogan yang hanya memperbodohkan mereka orang cina.

Manakala babak pemuda cina dilanggar bas pula,  dialog menarik dalam filem agung ini adalah "Another election coming up in Johor, BN will definitely give goodies".

Babak ini menggambarkan bahawa BN itu hanya memberi hadian/durian runtuh setiap kali adanya pilihanraya sahaja.

Di babak-babak akhir sungguh 'menyayat-hati' dengan berlatar belakangkan logo 'Sapu 1Malaysia dan disusuli dengan "We rooted on this country, but we never receive equal treatment"

Banyaklah mesej tersirat dalam filem karya Namawee ini, semua ini sebenarnya bentuk propaganda halus yang cuba diserapkan ke dalam minda remaja-remaja cina.

Mesej tersirat yang digunakan adalah bertujuan menggambarkan masyarakat cina di Malaysia tidak pernah mendapat layanan yang adil sebagaimana kaum-kaum lain lebih-lebih lagi kaum Melayu.

Adakah filem ini menggambarkan konsep 1Malaysia yang sebenar sebagaimana diilhamkan Dato Seri Najib?

Walaubagaimanapun, tahniah kepada pemberi dana dan Namawee  kerana berjaya menghasilkan satu filem propaganda yang baik.




YY : Siapa yang guna slogan "Sapu Malaysia"?

Saturday, December 11, 2010

WAJIB BACA!! : Isu Namawee ke Parlimen, Nazri Atau Rakyat Yang Tidak Faham Undang-Undang?


Disebabkan sekarang ini hangat isu Namawee masuk Parlimen dan dikatakan diberi layanan VIP ke atas penyanyi rapper tersebut oleh Dato Seri Nazri Aziz, saya melakukan sedikit ulangkaji ikut kemampuan saya yang terhad ini. 

Dato Nazri Aziz berkata, dalam isu Namawee rakyat perlu faham undang-undang dan tidak perlu mengikut emosi sehingga meminta kerajaan mengenakan tindakan terhadap Namawee hanya kerana menghasilkan video klip mempunyai unsur hasutan. 

Malah beliau berkata lagi, kita tidak perlu beremosi dalam isu tersebut dan beliau meminta rakyat melihat secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain. Dalam erti lain, jangan ungkitkan semua kesalahan Namawee gara-gara satu video yang dikatakan menghina seorang guru. Baiklah isu video lagu 'Negarakuku' sudah lama dimaafkan oleh kerajaan. Itu kita terima, saya cuma ingin bertanya mengenai isu video lagu yang menghina azan, wanita bertudung dan amalan puasa yang dijalankan oleh umat Islam. Adakah ianya juga sudah dimaafkan oleh kerajaan?


Baiklah, mari kita teliti kes ini mengikut undang-undang sebagaimana diinginkan Dato Nazri Aziz agar kekeliruan yang timbul dalam isu Namawee dapat diredakan. Mengikut hasil ulang kaji yang saya lakukan, laporan Polis terhadap Namawee di Johor sahaja diberitakan sebanyak empat laporan, laporan dibuat di Kulai Jaya,  Pasir Gudang,  Masai dan Johor Jaya.

Manakala laporan Polis terhadap Namawee juga ada dibuat di Kuantan,  Putrajaya dan Melaka. Kesemua laporan ini sepatutnya disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jadi mengikut pemahaman saya yang tidak seberapa ini setiap laporan yang dibuat pihak Polis perlu membuka kertas siasatan. Dalam kata lain, Polis perlu menahan atau mendapatkan keterangan daripada individu yang laporan dibuat terhadapnya. 

Selepas siasatan dilakukan, kertas pendakwaan akan disediakan, dan kes ini akan dibawa ke mahkamah untuk mengikuti proses perbicaraan. Jadi di sinilah bermulanya sessi soal balas di antara peguambela serta pendakwaraya. Selepas melalui proses yang ditetapkan keputusan samada bersalah atau tidak si tertuduh terpulang kepada bukti serta hujah pembelaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. ( Jika saya tersilap info, saya sedia menerima teguran daripada para pembaca ).

Jadi di sini saya ingin bertanya kepada Dato Nazri Aziz, apakah status siasatan serta laporan Polis yang dibuat oleh beberapa NGO terhadap Namawee? Adakah ianya masih dalam siasatan atau sudah lama 'ditutup'? Kerana dari apa yang kita lihat sehingga ke hari ini tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap individu yang bernama Namawee ini.? Pertermuan blogger bersama Dato tempoh hari, Dato ada menerangkan yang kononnya tindakan tidak dapat di ambil terhadap Namawee kerana, guru besar yang dihina oleh Namawee di dalam video tersebut tidak tampil membuat laporan Polis, kalau begitu bagaimana dengan laporan Polis oleh NGO-NGO lain? Tidak lakukah??

Bicara pun belum dah diputuskan  budak Namawee tidak bersalah kenapa? Kenapa Dato? Kenapa?? Apa yang istimewa sangat pemuda bernama Namawee sehingga kerajaan memberikan layanan istimewa terhadapnya? Bukanlah saya dengki atau iri hati serta saya seorang yang bersifat perkauman, cuma ketidak-adilan dilihat sangat ketara dalam pihak kerajaan menguruskan kes pemuda bernama Namawee!!

GEMPAR : Nazri Aziz Cuba Mendahului Mahkamah Dalam Kes Namawee??

Susulan Namawee diberikan layanan istimewa oleh 'wira parlimen' Dato Seri Nazri Aziz semalam, ramai pihak yang nyata kecewa dengan kejadian tersebut. Antara pihak yang melahirkan kekecewaan itu adalah Yang di Pertua Perkasa Perak iaitu Ahmad Zaini Ismail.

Memetik laporan Malaysia Insider:

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Perkasa mendakwa kerajaan mengecewakan rakyat khususnya orang Melayu dengan cara pihak berkuasa mengendalikan kes penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee, malah memberikannya “layanan VIP” di bangunan Parlimen.

Sehubungan itu, Yang Dipertua Perkasa Perak Ahmad Zaini Ismail turut mempersoalkan status kes penyanyi itu, yang turut dikenali sebagai Namewee, sedangkan pengetua-pengetua didakwa mengeluarkan kenyataan rasis terhadap pelajar-pelajarnya sudah dikenakan hukuman. 

“Kementerian Dalam Negeri dalam kes Namewee sebenarnya mengecewakan rakyat khususnya umat Melayu.

“Apakah status laporan polis masyarakat terhadap kebiadapan Namewee sedangkan guru yang dihinanya telah dihukum tanpa pembelaan begitu juga dengan pegawai-pegawai kerajaan yang teraniaya, lantaran kes yang hampir sama,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Zaini yang juga ahli jawatankuasa pusat Perkasa berkata, “tiba-tiba” Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membela dengan memberikannya layanan “VIP”, malah mengumumkan Namewee tidak bersalah. 
 
Kelmarin, Namewee (gambar) mengadakan pertemuan dengan Nazri di Parlimen dan memohon bantuan kerajaan untuk membiayai pembikinan video 1Malaysianya bertajuk Nasi Lemak 2.0.

Permohonan itu disampaikannya ketika bertemu Nazri bagi menyatakan hasratnya untuk berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyatakan niatnya mempromosikan 1Malaysia.

Nazri dipetik berkata, perkara itu akan dibawa ke pengetahuan Najib semasa mesyuarat Kabinet. Kabinet mengadakan mesyuarat mingguannya semalam. 

“Dia (Namawee) hadir berjumpa saya hari ini bagi meminta bantuan kerajaan untuk membiayai pembikinan video 1Malaysianya bertajuk Nasi Lemak 2.0. serta hasratnya untuk berjumpa Perdana Menteri,” katanya. 

Beliau berkata, hasrat dan cara bagaimana kerajaan boleh membantu dalam usaha remaja tersebut mempromosi 1Malaysia menerusi muzik itu akan hanya diputuskan selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri.

Mengenai sentimen perkauman dan gesaan supaya Namewee dikenakan tindakan, Nazri berkata, rakyat perlu memahami undang-undang dan tidak dipengaruhi emosi sehingga meminta kerajaan mengambil tindakan terhadapnya hanya kerana video klip yang dihasilkannya yang didakwa mempunyai unsur hasutan.

“Dalam perkara sebegini, kita tidak boleh beremosi dan perlu melihat setiap kesalahan itu secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain,” katanya.

Namewee mencetuskan kemarahan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan berikutan pengeluaran beberapa video kontroversi yang menyentuh isu perkauman.

Namewee pula berkata, beliau tidak berniat menyakiti hati sesiapa melalui klip video tersebut malahan mendakwa beliau adalah rakyat Malaysia yang patriotik dan sayangkan negara. 
 
Beliau berkata, antara video yang dihasilkannya ialah berkaitan Malaysia sebagai negara terbaik di dunia sebaliknya media hanya menyiarkan kesalahan yang dilakukan.

- Malaysia Insider -

Kepala hotak lu Namawee tidak menyakiti hati sesiapa, cuba buat survey tengok berapa peratus yang nyata kecewa dengan video-video serta lagu yang kononnya patriotik lu. Adakah video negaraku yang ditukarkan kepada 'Negarakuku' bertujuan menunjukkan yang Malaysia adalah negara terbaik?

Adakah menghina laungan azan merupakan satu alternatif baru Namawee untuk menunjukkan negara Malaysia adalah negara terbaik?

Adakah Menteri sekarang memperakui bahawasanya bahasa kesat yang digunakan dalam video Namawee adalah langkah terbaik untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia?

Lepas ini saya berharap agar video lagu-lagu Namawee yang 'patriotik' ini diputarkan di sekolah-sekolah sebelum pelajar memasuki kelas untuk memulakan sessi pembelajaran. Tadika-tadika Kemas seluruh negara juga diharap  wajib menyanyikan lagu-lagu Namawee untuk menimbulkan semangat cintakan negara di kalangan kanak-kanak. Kalau boleh program Permata juga turut memutarkan lagu-lagu Namawee!

Betullah kata Tun Mahathir, melayu hari ini adalah bangsa yang mudah lupa, walau dipijak dihenjut kepala sekalipun melayu ini adalah pemaaf.

Akhir kalam, jom kita tanya pak menteri? apa status siasatan dan laporan Polis yang dibuat ramai pihak terhadap Namawee??? Bersalah atau tidak biar mahkamah yang putuskan, kenapa menteri pula yang memandai cakap Namawee tak bersalah? Benggong!!

Friday, December 10, 2010

Mengejutkan Bila Ramai Menteri Rupanya Peminat Namawee??

Gambar di atas di petik dari blog Dr.Novandri

Hari ini boleh dikatakan seluruh dunia blog menceritakan akan perihal Namawee masuk Parlimen, malah heboh juga diperkatakan mengenai si Namawee ini buat Parlimen macam bapak dia punya hotel.

Saya pun hairan kenapa begitu istimewa sekali layanan pak menteri terhadap Namawee ini. Kenapa kita kata dia istimewa? Yelah, masuk Parlimen pun tak perlu mematuhi 'dress code' yang ditetapkan.

Cuba kita perhatikan 'dress code' antara Namawee dengan Armand Perkasa, gambar saya petik dari blog Papagomo di SINI

Mengenai Namawee yang tidak mematuhi etika berpakaian untuk ke Parlimen juga ada di ulas oleh Dr.Novandri. Belum habis isu Namawee dapat layanan istimewa daripada Dato Nazri, timbul pula isu yang kononnya seorang lagi Timbalan Menteri ada menghubungi Namawee untuk berjumpa. Perkara ini dikhabarkan oleh blogger Keris Putera

Mungkin Timbalan Menteri tersebut menghubungi Namawee untuk menyatakan kesudian beliau menaja filem terbaru Namawee berjudul Nasik Lemak 2.0 yang dikatakan mengalami masalah dana.

Aneh bila manusia yang menghina lagu Negaraku, menghina azan, memaki -hamun TNB secara terbuka ini rupanya sungguh istimewa di mata pak menteri kita.

Namawee tidak melakukan apa-apa kesalahan, cuma keliru. Hahahaha... Orang melayu yang bakar gereja sedang merengkok dalam penjara sekarang ini oiii.. Namawee bebas berkeliaran, malah berkeliaran di bangunan Parlimen lagi tu.. Hahahahaa Nasib kau la melayu!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal