NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, March 11, 2014

#PRKKajang : Calon BN @ChewMeiFun Ada Integriti & Kredibiliti, Calon PKR Hanya Ada Air Mata Palsu?


Pilih calon yang berintegriti dan berkredibiliti.

Satu pesanan kepada pengundi Kajang menjelang penamaan calon yang dijadualkan hari ini dan 23 Mac ditetapkan sebagai hari pembuangan undi.

Seperti diketahui Anwar Ibrahim tidak layak bertanding kerana dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan, Zaid Ibrahim juga dilaporkan menarik diri begitu juga dengan Nallakaruppan.

PR memilih Wan Azizah sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kajang.

Pengundi Kajang perlu ingat bahawa, Wan Azizah bukan calon atau pemimpin yang berkredibiliti kerana beliau memasuki politik disebabkan desakan untuk perjuangkan nasib suaminya.

Pengundi Kajang juga perlu tahu memilih Wan Azizah bermakna mereka mengulangi kesilapan PRU13.


Kejayaan Wan Azizah mengekalkan kerusi Permatang Pauh dalam tiga siri PRU, bukan disebabkan kemampuan beliau sebagai wakil rakyat tetapi disebabkan simpati pengundi terhadap dirinya.

Jika dibandingkan latar belakang politik di antara dua wanita ini jelas Chomey Fun dilihat lebih memahami rakyat, lebih tahu berhubung dengan rakyat dan paling mustahak beliau tahu bagaimana mahu menyelesaikan sebarang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.


Kerana Chomey Fun adalah bekas ahli parlimen, Timbalan Menteri, Senator dan seorang yang mempunyai prinsip perjuangan.


Prinsip perjuangan terbukti apabila beliau melepaskan semua jawatan kerana perwakilan MCA memilih Chua Soi Lek sebagai Presiden semasa pemilihan MCA 2010.

Wan Azizah walaupun bekas ahli parlimen tetapi dia bukan orang politik, sebab itu Wan Azizah mudah melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.


Rekod Wan Azizah sepanjang menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pula jelas di mana tiada apa perubahan yang dibawa, pendek kata masa Wan Azizah hanya untuk Anwar Ibrahim bukan untuk rakyat Permatang Pauh ketika itu.


Terpulang kepada pengundi Kajang sama ada mahu memilih seorang isteri kerana rasa kasihan terhadap dirinya atau mahu mengasihani diri sendiri sebagai rakyat Kajang dengan memilih Chomey Fun?

Bahasa mudah, calon BN ada kredibiliti dan integriti tetapi calon PKR hanya ada air mata palsu, boleh lihat di blog-blog PR mereka mula guna visual Wan Azizah bagi meraih simpati.



Arioss...!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...