NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, March 28, 2014

@IsmailSabri60 Sangkal Tuduhan PR, Penyenaraian Keluar BERNAS Tidak Jejaskan Pesawah! #DSIS


Beberapa hari yang lepas pembangkang menuduh konon Menteri Pertanian & Industri Asas Tani gagal menjawab soalan yang dibangkitkan oleh YB Alor Star semasa sessi penggulungan titah di Raja 2014 tempoh hari.

Menurut pembangkang DS Ismail Sabri gagal menjawab isu penyenaraian keluar Bernas dari Bursa Saham sama ada menjejaskan pesawah atau sebaliknya. 


Setahu saya perkara ini telah dijawab dengan jelas oleh DS Ismail Sabri dalam perenggan terakhir bagi menjawab soalan YB Alor Star mungkin saudara Fahmi Fadzil tidak fokus kepada setiap jawapan yang diberikan oleh menteri sepanjang sessi penggulungan berlangsung.
"YB Alor Setar telah membangkitkan isu berkaitan dengan BERNAS. 
Untuk makluman Yang Berhormat, 
Penyenaraian atau penyenaraian keluar BERNAS dari Bursa Malaysia tidak menjejaskan Perjanjian Konsesi semasa antara Kerajaan dan BERNAS serta tidak akan memberi kesan ke atas tanggungjawab dan obligasi sosial BERNAS kepada Kerajaan dan petani. 
Tanggungjawab dan obligasi sosial yang dilaksanakan oleh BERNAS berdasarkan Perjanjian BERNAS adalah seperti berikut:
(i) mengurus dan mengekalkan stok penimbal negara pada setiap masa; 
(ii) mengurus semua Pusat Belian Padi; 
(iii) menjadi Pembeli Terakhir Padi pada Harga Minimum Terjamin iaitu RM750 tan metrik; 
(iv) menguruskan Skim Subsidi Harga Padi dan Insentif Peningkatan Hasil (IPH); dan

(v) menguruskan Skim Kilang-Kilang Bumiputera.

Saya tidak tahu jawapan bagaimana yang diharapkan oleh pembangkang, kerana setahu bahagian akhir sessi penggulungan oleh DS Ismail Sabri, jelas beliau telah menjawab soalan tentang penyenaraian keluar Bernas dari Bursa Saham berdasarkan perjanjian antara kerajaan dan Bernas.

Jelas jawapan yang diberikan oleh kerajaan melalui DS Ismail Sabri bermaksud kerajaan akan memastikan pendapatan pesawah tidak terjejas akibat penyenaraian keluar Bernas dari Bursa Saham.

Mungkin bagi pembangkang melalui Malaysiakini perenggan yang saya nyatakan di atas bukan satu jawapan sebaliknya satu lagi persoalan.

Betul orang cakap, dari bersoal jawab dengan pembangkang - baik kita bersoal jawab dengan dinding ada juga faedahnya!

Hahaha...

Arioss..!

1 comment:

Nakhoda Kuala said...

Salam bro ! Tolong linkkan blog http://nakhodakuale.blogspot.com/ .
Terima kasih ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...