NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, February 26, 2014

Kerana Low Profile Tun Daim Tidak Disenaraikan Individu Terkaya di Msia Walaupun Kuasai IBC Bank?


Saya tertarik dengan kenyataan Ahli Parlimen PKR Bukit Katil merangkap Ketua Anak Muda Keliru (AMK) iaitu Shamsul Iskandar yang mempersoalkan Malaysian Business keluaran 16 Februari kerana mengecualikan nama Tun Daim dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia.

Memetik laporan The Star, Sam Ketot mendakwa pengecualian nama Tun Daim menimbulkan tanda tanya kerana umum mengetahui Tun Daim serta anak beliau Datuk Wira Dani adalah tergolong dalam kumpulan terkaya di Malaysia.


Sam Ketot tidak perlu menuduh konon nama Tun Daim sengaja dikecualikan Malaysian Business bagi menyembunyikan sesuatu.

Kerana sekitar September 2004 majalah tersebut pernah menyiarkan satu temuramah bersama Pengurus Besar ICB Global Management Sdn Bhd, Harith Harun individu yang menyelia rangkaian International Commercial Bank Group (ICB).

Ketika itu Tun Daim dikatakan enggan ditemubual oleh Malaysian Business, menurut Harith ICB beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London mempunyai 130 buah cawangan di seluruh dunia.

Tun Daim dikatakan menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) dengan pegangan sebanyak 151,844,00 unit saham iaitu mewakili 84.4 peratus kepentingan dalam ICB dan jumlah aset Tun Daim dianggarkan bernilai RM26 billion pada tahun 2008.


Mungkin kerana Tun Daim sentiasa bersikap 'low profile', sebagaimana buku 'Daim yang Diam' menyebabkan beliau tidak pernah sekali pun disenaraikan oleh Malaysian Business atau Forbes sebagai individu terkaya di Malaysia.

Justeru, biarlah Malaysia mengenali Tun Daim sebagai orang paling miskin di dunia Sam Ketot tak perlu susah hati.


Layan lagu dulu...



Arioss...!

7 comments:

Anonymous said...

Daim org Melayu paling kaya di dunia. Semua orang tahu lama dah. Maybe dia sendiri taknak tunjuk kekayaan dia.

Anonymous said...

yang kau sibuk daim tu kaya ke miskin apahal , dia bapak tiri ke kau ke sam ketot...kau jaga bontot kau sudah..

Anonymous said...

Itulah dikatakan Melayu yang hebat. Jangan macam sorang lagi tu, lulusan hanya General Degree dalam Pengajian Melayu, tapi berlagak kononnya dialah pakar dalam bidang ekonomi. Semua manusia dalam malaysia ni tak pandai ekonomi macam dia... kononnya. Bila ada krisis ekonomi, dia duduk belakang sekali, nak bagi idea pun tak kedengaran... suruh ikut telunjuk IMF lagi ada la...

Anonymous said...

Adakah Malaysian Business tak masukkan Tun Daim atas kemahuan Tun Daim sendiri. Jika begitu saya rasa ada ramai lagi orang kaya tapi low profile. Adakah admin setuju?

- anang -

Anonymous said...

Yg sorang lagi bekas menteri kewangan dulu tu mmg bukan tahu byk sgt pasal ekonomi...tapi cakap berdegar degar...abis semua org di kencingnyer bila ceramah...yg dia tahu cina doll dan lubang kunyit. ..haramjadah

Anonymous said...

KORANG MEMANG BODOH BUSINESS WEEK TAK MASUKKAN NAMA DAIM SEBAB DAIM TAKNAK RAKYAT TAHU ASET KEKAYAA. DIA ADALAH MENTERI KEWANGAN PALING KAYA MENGALAHKAN MADEYKUTTY KO TAU TAK. MADEYKUTTY PUN KENA TIPU DENGAN DAIM DULU, DAIM PALING LICIK CARA DAN KOTOR MENGALAHKAN ANWAR KALO KORANG NAK TAHU. MEMANG UMNGOK KORANG NI!

Anonymous said...

Salam,

Cuba semak siapa tulang belakang publishing Malaysian Business setahu saya adalah Kadir Jasin. Adakah Kadir Jasin main peranan supaya nama Tun Daim tidak disenaraikan dalam individu terkaya di Malaysia?

Wallahuallam.

(Melayu Bisnes)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...