Isu-isu Melayu Islam antara perkara yang hangat dibahaskan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013. Jika diperhatikan kuasa ekonomi orang Islam di negara kita jauh ketinggalan berbanding golongan bukan Islam.
Walaupun kerajaan memperkenalkan agenda untuk memperkasakan ekonomi kaum bumiputera, ia tidak mampu direalisasikan tanpa kesedaran dalam diri kaum Melayu Islam itu sendiri.
Selain itu kebimbangan kaum Melayu Islam terhadap status halal produk-produk keluaran bukan islam kebelakangan memperlihatkan betapa pentingnya kaum Melayu Islam diberi kesedaran mengenai kuasa mereka selaku pembeli dan pengguna.
Kesedaran dalam diri masyarakat Melayu Islam perlu dipupuk mulai sekarang dan ia dilihat penting bagi memastikan kuasa ekonomi Melayu Islam dipertingkatkan, kaedah mendahulukan produk keluaran peniaga Melayu Islam perlu ada dalam diri kita umat Islam.
Ia sekaligus membantu meletakkan ekonomi orang Melayu Islam duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan ekonomi kaum bukan Melayu.
Justeru, sebagai pembeli dan pengguna kita perlu melakukan jihad ekonomi dengan mendahulukan produk keluaran peniaga Melayu Islam setiap kali mencari barang-barang keperluan harian.
Senarai peniaga-peniaga Melayu Islam dan produk keluaran mereka boleh diperolehi melalui laman Facebook - Kuasa Pembeli Pengguna Melayu Islam
Bersama kita membantu dan memberi sokongan dengan 'Buy Muslim Products First' bagi membantu ekonomi peniaga Melayu Islam
2 comments:
MUSLIM SHOULD BUY MUSLIM PRODUCTS 1ST, AGREE WITH YOU BROTHER...
Patut benda ni dah lama buat, kerajaan juga patut main peranan bantu peniaga Melayu Islam. Macam mana ekonomi peniaga Melayu nak duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan ekonomi bukan Melayu jika GLC-GLC pun tak main peranan. Banyak kalau nak diceritakan kelemahan kerajaan dalam membantu peniaga melayu islam. Kerajaan perlu peka dengan hal ini.
Post a Comment