BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, February 8, 2014

Penghantar Surat ADUN Hutan Melintang Keluar Parti Dedah Ia Permainan PKR Alih Isu #PRKKajang?


Isu ADUN Hutan Melintang, YB Kesavan keluar parti heboh diperkatakan pada 4 Februari lalu selepas sepucuk surat yang dikatakan dihantar kepada Speaker DUN Perak tersebar di laman media sosial.


Namun selepas beberapa jam perkara tersebut dinafikan oleh PKR melalui Pengarah Komunikasi parti berkenaan Fahmi Fadzil disusuli kenyataan dikeluarkan YB Kesavan bagi menafikan perkara tersebut : 
"Dengan ini saya sekeras-kerasnya menafikan berita yang mengatakan saya telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta. Saya ingin menegaskan disini bahawa saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat. Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab." 
Yang Benar,

YB Kesavan a/l Subramaniam 

No KP 720613-08-6261
Susulan kes tersebut semalam Ketua Polis Negeri Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu kepada media bahawa lelaki berusia 61 tahun yang disoal siasat mengaku dibayar oleh individu tidak dikenali serta bertemu individu berkenaan dalam program parti di Kajang :
"Lelaki itu mengakui dirinya sebagai penyokong PKR dan telah bertemu dengan individu berkenaan di sebuah program parti di Kajang. Dia juga mendakwa tidak mengetahui berkenaan isi kandungan surat yang dihantarnya” The Star Online
Awal pagi tadi pula saya menerima maklumat mengatakan ia antara pengakuan yang direkodkan dari penghantar surat ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Ipoh. 

Dalam kenyataan (bawah) lelaki tersebut mengaku diupah sebanyak RM1500 oleh seorang lelaki India dan turut diberitahu PKR merancang 'politik gaming' ADUN Hutan Melintang akan keluar parti dengan menjadi ADUN Bebas sambil menjadi informer kepada PKR :

KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS
Nampaknya, ADUN Hutan Melintang perlu menjelaskan adakah perkara ini benar-benar dirancang dan dipersetujui oleh dia sendiri sebagaimana dikatakan penghantar surat berkenaan?

Siapa lelaki India yang dikatakan dan kenapa dia sanggup mengeluarkan sebanyak RM1500 sebagai upah supaya surat tersebut dihantar?

Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan polis, diharap agar pihak berkuasa membuat penyiasatan menyeluruh seterusnya membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Arioss...!

2 comments:

Anonymous said...

RM3 juta untuk jadi SPY?

usin said...

licik betul 'game' pkr ni. itu pasal walaupun pkr adalah parti setahun jagung berbanding pas dan dap, pkr masih boleh survive. adakalanya jugak, pkr yg seolah menjadi kepala. contohnya di selangor. agaknya sebab kpr eh (macam kapir pulak), pkr ni wujud kerana dendam kesumat serta pertolongan syaitan, maka idea, tindakan, skil, gaming dan strategi semua adalah advance sebab dibantu iblis dan iblis bermuka manusia. pas dan dap pun kekadang tewas. apatah lagi parti lawan macam umno. dengan mudah umno kena kilas tengkok. kalau mca, gerakan dan mic, tak payah ceritalah. lama dah 'tergolek dog'. bagi penyokong umno, tak perlulah berubah seperti pkr. jika Allah takdirkan umno ni padam, terimalah sebagai ketentuanNya. umno hanyalah parti dunia, sedangkan kehidupan akhirat tiada sudahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...